Wednesday, August 24, 2016

LASAGNA ROTI AYAM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulillah bersiaran lagi QH hari ni...
Tenggelam timbul tenggelam timbul je sekarang ni...hehehe...impian tu kalau boleh nak selalu update blog ni...hari2 kalau boleh tapi tu la impian tinggal impian jer...hehehe

Tapi takpe sekurang2 blog ni berupdate la juga jika dibanding waktu dulu...langsung tinggal macam tu aje...hihihi...ye la kadang kita ni perlukan ruang seketika untuk berehat...tapi berehat terlalu lama pon tak elok juga kan...nak mula balik tu nanti aduiii kemain payah dan bercinta...




Hari ni QH nak update menu yang simple tapi sedap tau...untuk yang nak berdiet tak nak makan nasi tu kan kununnya boleh la cuba resepi ni...makan 2 potong lasagna ni dah cukup kenyang dah...hihihi...ye la...nak lagi sedap makan panas2...aishhhh...sendiri taip sendiri kecur lak

Nak siapkan lasagna ni senang je...bahan yang digunakan pon tak banyak...lagi satu jika suka nak tambah cendawan butang ke...nak bagi rasa pedas2 sikit lagi ke tu semua boleh ejas2 sendiri nanti...apa yang QH buat ni mengikut citarasa QH...ayam nak tukar ke daging pon boleh...tu nanti terpulang la yer ikut selera masing2...oh yer nak tambah cili padi pon boleh...kita kan Malaysia jadinya kalau tak pedas tak sah kot...selera local macam ni takde cili padi macam tak kena je pulak ye tak...hehehe

macam biasa resepi ada QH sediakan seperti di bawah tu yer...selamat mencuba...  



LASAGNA ROTI AYAM

Bahan-bahan:
200 gm isi ayam – dikisar
1 tin kecil sos spageti prego
1 biji bawang besar – dipotong dadu
2 biji bawang putih – dicincang
1/2 biji lada bengala hijau – dipotong dadu
Garam secukup rasa
3 biji telur
Roti potong gardenia secukupnya
Cheese mozzarella secukupnya


Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga sedikit garing dan naik bau.
2. Masukkan isi ayam yang telah dikisar tadi. Gaul rata.
3. Masukkan pula sos spageti prego dan garam secukup rasa. Kacau dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan lada bengala. Kacau lagi sehingga pekat. Matikan api.
5. Pukul telur dan celupkan roti. Susun roti tadi ke dalam loyang loaf.
6. Lapiskan dengan isi ayam yang telah dimasak tadi.
7. Lapiskan atasnya dengan roti yang dicelup dengan telur. Ulang sehingga habis.
8. Akhir sekali taburkan chesse mozzarella.
9. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180’C selama 25 minit.