Monday, August 22, 2016

IKAN MERAH MASAK LEMAK KUNING



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Kembali bersiaran hari ni...
Ok kembali nak kongsi resepi masak2 pula...hihihi
resepi ni bukan la baru QH masak tapi ianya telah diperam hampir sebulan lebih la...ya ampun lama sangatkan...resepi ni QH masak sebagai menu berbuka bulan Ramadhan yang lepas...hihihi...teringin sangat la masa tu nak makan masak lemak...

Bulan puasa hari tu QH rajin juga ke supermarket...terpandang la kat si ikan merah ni...nampak ada 2 keping ikan merah di situ...ok beli...nampak isi ikan merah ni kemain segar lagi...mana hati tak tertawan...hehehe




pilihan QH kali ni Ikan Merah Masak Lemak Kuning...asihhh bulan puasa yang lepas kemain lagi seleranya macam2...hehehe...kebetulan la pulak QH rajin lain sesangat time tu...lauk buka banyak masak sendiri dari beli...nampakkan...nampakkan kerajinan QH macam mana...hehehe

ok senang je nak masak lemak kuning ni...tak perlu tumis2...lebur je semua dalam periuk...ikan merah tu pon QH tak goreng...memang sangat mudah dan senang...kalau masak lemak macam ni QH suka yang pedas2 sikit...baru la umphhh...jangan terlalu pedas sangat nanti kacau selera...biarkan sederhana gitu...resepi seperti biasa QH sediakan seperti di bawah tu yer...selamat mencuba



IKAN MERAH MASAK LEMAK KUNING

Bahan2
2 keping ikan merah - size sederhana – bersihkan dengan asam jawa
100 ml santan pekat
100 ml air
5 batang kacang panjang
1 helai daun kuning
10 biji tomato ceri – jika suka
1 batang serai - dititik
1 keping asam gelugur
gula secukup rasa 
garam secukupnya rasa

Bahan kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
10 - 15 biji cili padi - boleh tambah lagi jika suka pedas
1/2 kunyit hidup
sedikit belacan – dibakar dahulu




Caranya
1. Campurkan santan, air, serai, asam gelugur dan bahan kisar di dalam periuk.
2. Panaskan di atas api perlahan sambil terus dikacau sehingga hampir mendidih.
3. Apabila kuah santan mula mendidih masukkan ikan dan terus kacau sehingga ikan masak.
4. Kacau sekali-sekala supaya santan tidak pecah.
5. Kemudian masukkan kacang panjang dan daun kunyit.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Akhir sekali masukkan tomato ceri.


3 comments :

NEKCIK said...

Tumpang lunch lah ..

Qhaifa Nur said...

Selalu masak sup saja..
Masak lemak kuning sedap juga

ibh_sue said...

Kalau masak lemak tak pernah tak terliur tengok. (^__^)