Friday, July 1, 2016

BISKUT KEKACANG



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Sebelum nak bercuti panjang sempena hari raya yang akan menjelang beberapa hari lagi...takut tak sempat nak update entri yang seterusnya...QH ingin menyusun sepuluh jari tanda kemaafan jika ada kata2...tindak tanduk QH sepanjang berkarya di blog menguris hati pengunjung blog ini...kadang kita tak perasaan kata2 yang kita titipkan itu mungkin tidak disenangi oleh orang lain...QH mohon maaf sekiranya ada...


Dikesempatan ini juga QH ingin mengucapkan selamat hari Aidilfitri kepada semua pengunjung blog QH...terutamanya yang sama2 menyambut perayaan tersebut...in shaa Allah semoga kita semua dapat meraikan hari yang penuh gembira itu dengan keluarga tercinta hendaknya...mana yang pulang ke kampung tu hati2 semasa memandu...ingatlah orang2 tersayang yang menunggu kepulangan kita di kampung nanti...



Ini merupakan kukis raya QH yang ke-6...sebenarnya ada lagi kukis raya yang QH buat cuma tak sempat nak diupdate semua...in shaa Allah di lain kesempatan nanti QH update satu persatu...kan dag bagitahu sebelum ni...tahun ni malas2 dia...kemain banyak juga kukis yang di buatnya...hehehe

Ok ni kukis paling senang QH buat dan cepat saje siapnya...kukis ni permintaan mak QH...dia nak sangat biskut kacang mazola ni...ok QH dah turutkan permintaannya...cumanya QH ada olah sedikit dalam resepi ni...nak tahu kena la baca entri sehingga habis yer...



Resepi kukis ni QH ambil dari blog Kak Wan...banyak jenis juga QH ambil resepi dari blog Kak Wan...hehehe...terima kasih ye kak...resepi biskut akak sentiasa menjadi pilihan QH...QH mohon maaf sekiranya dalam resepi tersebut QH ada membuat olahan...maklum la QH ni kalau tak derhakakan resepi orang memang tak sah dia...hehehe

Dalam resepi ni QH ada buat olahan dimana QH tambahkan badam di dalam resepi tersebut...kat gambar pon dah nampakkan seketul badam kat atas kukis tu...hihihi...rupa kukis ni QH kekalkan bentuk tradisi...gentel2 jadi bulat macam tu je...rasanya sedap dan wangi...teksturnya gebu dan cair dimulut...susah juga QH nak gambarkan macam mana rasanya tu...jadi kena cuba kalau nak tahu rasanya kukis ni...resepi ada di bawah tu yer...selamat mencuba...malam raya pon sempat lagi tau kalau nak buat kukis ni



BISKUT KACANG

Bahan2
140 gm tepung gandum – QH guna tepung redrose
125 gm gula aising
130 gm peanut butter
30 gm tepung jagung
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
100 gm serbuk kacang tanah – QH buat 50gm kacang tanah lagi 50gm serbuk badam
200 ml minyak jagung

Hiasan : Kacang tanah secukupnya – QH gantikan dengan badam

Caranya
1. Pukul peanut butter dan gula aising hingga rata.
2. Masukkan tepung, baking powder, garam, esen vanilla dan serbuk kacang tanah. Gaul rata.
3. Tuang sedikit-sedikit minyak jagung dan uli hingga menjadi doh. (tak guna habis, cukup hingga dapat doh yang tak melekat di tangan)
4. Ambil 1 sudu teh adunan, gentel bulat. Sapukan kuning telur dan letaka kacang ditengahnya.
5. Bakar pada suhu 140C selama 30minit hingga masak.
(QH guna suhu 180C dan bakar selama 20 minit)
6. Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.


1 comment :

Norhayati Mohd Isa said...

Emmm sedapnya kuih tu QH..
Raya nanti akak datang ye.. :)

Salam lembaran syawal QH..
Mohon kemaafan jika ada salah dan silap sewaktu meninggalkan komen.

Selamat hari raya maaf zahir dan batin.