Qasey Honey. Powered by Blogger.

TERIMA KASIH AROMA JUN 2016



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Alhamdulillah…
Sebelum ni hampir 2 tahun QH meninggalkan blog kesayangan ni…jika berupdate pon boleh dihitung dengan jari entri terkinikan…kiranya tuah memihak kepada QH bila keputusan untuk kembali aktif berblog seperti dahulu membuahkan hasil yang QH tidak duga…manakan tidak begitu banyak peluang dan ruang yang diberikan untuk blog Qasey Honey ni…secara tak langsung satu promosi percuma untuk memperkenalkan kembali blog Qasey Honey…syukur!!! in shaa Allah jika tiada aral team Qasey Honey bersedia untuk bekerjasama dengan mana2 majalah atau event yang berkaitan...

Baiklah…kini QH kembali berkongsi resepi di dalam majalah Aroma keluaran Jun 2016…ingat lagi pertama kali QH muncul di dalam majalah untuk berkongsi resepi iaitu majalah Aroma lah langkah permulaan QH tampil bersama resepi…ianya pada Mac 2013…hampir 3 tahun kan jaraknya dengan keluaran terbaru ni…

QH sangat berterima kasih kepada editor malajah Aroma iaitu Puan Siti Dimiati kerana memberi peluang kedua kepada blog Qasey Honey untuk berkongsi resepi di dalam majalah tersebut…QH juga ingin memohon maaf kerana lambat dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan…Alhamdulillah akhirnya siap juga…yang membuatkan QH terharu apabila keluaran terkini gambar resepi dari QH menjadi cover majalah Aroma ni…terima kasih team Aroma…

Di dalam majalah Aroma ni QH kongsikan 14 jenis resepi…konsep resepinya adalah santai dan pemanis mulut…sesuai la dengan kedatangan bulan Ramadhan ni kerana ianya sesuai dibuat sebagai juadah berbuka puasa nanti…resepi juga hampir keseluruhannya yang mudah2 dan senang2 sahaja...jika ada apa ada masalah dengan resepi tersebut boleh emel QH untuk sebarang pertanyaan...

Jadi pada yang masih belum lagi mendaptkan majalah ni kena cari cepat2 tau...sebab majalah ni cepat habis...ok sekian dulu entri untuk kali ni...in shaa Allah kita akan berjumpa lagi nanti...

Salam Ramadhan Al Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa serta terawih...


1 comment

Unknown said...

tahniah QH wah sekarang ni kemain laris kan
Alhamdulillah rezeki yg ALLAH bgi
walaupun dah lama tak muncul di blog tapi tetap laris sana sini
kaknoor tumpang happy utk QH