Monday, June 27, 2016

TART NENAS KERANG



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Ok masih dengan projek kukis raya...hehehe...macam tak sempat je nak habiskan list kukis yang ada tu...nampaknya kena sambung ke tahun depan kot...hihihi...bolehkan...dulu2 1 hari boleh 2-3 kukis QH buat...sekarang ni 1 jenis kukis je dah pancit...lebih banyak nak berehat je lebih...hehehe...


Tu dia...tengah mengila viral tart nenas kerang ni sekarang...buka la FB masing2...laju je tart kerang ni lalu lalang kat wall...mana la tak geram kita tengokkkan...dah la tart nenas ni memang kesukaan QH...bila beraya tu kalau nampak je tart nenas memang kukis tu dulu QH makan...hihihi...buat kukis ni pon entah berapa ketul yang masuk ke mulut...tart ni suam2 panas rupanya lagi sedap la...tak caya cuba la...nasib baik la buat malam kalau siang...haaa pikir la sendiri...hahaha


Bila cari2 resepi tart ni...ada macam2 resepi...tapi QH pilih resepi dari FB milik Kasih Bean...kebetulan masa tu ada kawan QH yang share post resepi tart tu...terima kasih yer Kasih kerana sudi berkongsi resepi tart kerang yang sedap ni...QH macam biasa la...ada je idea nak memandai2 dia tu...hehehe...QH kaler2kan tart kerang ni...sebab tengok kukis2 yang QH buat tu takde kaler2 yang menarik pulak...hehehe...

Resepi ni QH buat 1 adunan je...dapat dalam 150 biji macam tu...rasanya memang sedap dan gebu...jem nenas tu QH tak buat...beli siap kat bakery je...lain kali nak juga cuba buat inti nenas tu sendiri...bila itu tak pasti...hihihi...ok tepung gandum tu QH letak akhir sekali...sedikit demi sedikit...sukatan tepung gandum tu QH tak habis guna pon...agak2 doh lembut dan tak melekat ditangan...cukup...pada yang ingin mecuba resepinya seperti dibawah tu yer...selamat mencuba!!!


TART NENAS KERANG
sumber: Kasih Bean@FB

Bahan A
225 gm butter - QH guna Anchor
150 gm majerin - QH guna Planta
80 gm gula icing
80 gm susu tepung
75 gm tepung jagung
1/2 sudu kecil emplex
1 1/2 sudu kecil esen vanila
3 biji kuning telur - gred A

Bahan B
530 gm tepung gandum
(tepung nanti boleh diubahsuai supaya dapat doh yang lembut)
Inti nenas/epal secukupnya
Pewarna hijau/pink/purple - QH tambah

Untuk sapuan
1 biji kuning telur
beberapa titik pewarna kuning - QH tak letak
1 sudu kecil susu cair



Caranya
1. Sebatikan butter, majerin, gula dan telur. Pukul gunakan senduk sahaja.
2. Kemudian campurkan semua bahan2 kecuali intinya. (tepung gandun QH letak akhir sekali)
3. Uli doh sehingga doh tidak lekat di tangan, pastikan doh lembut supaya mudah untuk proses menekan doh.
4. Siap uli perap doh sekejap supaya bahan2 lebih sebati dan mesra. (QH bahagikan kepada 3 dan warnakan dengan pewarna pilihan)
5. Ambil sedikit doh, masukkan dalam acuan tart kerang. Masukkan inti nenas dan tutup dengan sedikit doh lagi.
6. Kemudian tekan acuan tart kerang untuk mengeluarkan tart tadi. Susun dalam loyang pembakar.
7. Oleskan bahagian atas dengan sapuan kuning telur. 
8. Sedia untuk dibakar dengan suhu 170C selama 25-30 minit atau mengikut kepanasan oven masing2.
9. Sejukkan di atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.


4 comments :

Norhayati Mohd Isa said...

Oooohhh ada acuan tart nenas ni rupanya QH..
Akak ingat macam mana lah membentuknya..

Warna warni lagi tart ni..
Patutlah menggoda orang menengoknya kan..

Akak tahun ni langsung tak membuat kuih sendiri hihihi..
Dah tua makin malas akak ni :D

idzwa kamaruddin said...

wahh ni pembaharuan nie !

adda syuhada said...


sedapnyer...

Hasliynda Lynn said...

cantiknya...nak mkn pun syg hihi