Monday, June 13, 2016

STEAMED CHICKEN CURRY



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ni dah masuk Ramadhan ke 8...macam cepat je masa berlalukan...QH tengok di FB sekarang sedang berperang dengan kukis raya...di blog QH belum nampak lagi...geram je kan tengok...hihihi...QH tak tahu lagi bila nak mula mengkukis...barang2 untuk kukis pon QH tak beli lagi...hehehe...lambat sikit la tahun ni tak macam tahun2 sudah...bukan apa takut beli awal2 tak terbuat je...mood untuk mengkukis belum mai lagi la...hehehe...


Mood QH lain pulak sekarang...rajin pula dia nak masak2 sekarang ni...ada je resepi yang dia nak cuba dan reka2...ok la tu kan...resepi yang QH nak kongsikan hari ni bukanlah resepi yang baru...beberapa tahun sudah QH dah pernah kongsikan dalam blog ni...klik SINI untuk lihat...kali ni QH masak lagi dan adalah sedikit olahan yang QH buat...



Tak banyak pon olahan yang QH ubah tu...cuma tambahkan sedikit bahan jer...sambil2 menghabiskan stok bahan kat rumah tu...resepi bila sekali tengok nampak agak rumit...banyak step nak kena buat...tapi percaya la bila dah cuba senang je...QH dah banyak kali masak resepi ni tau...kali ni QH share kembali sebabnya sedap pula bila ditambah dengan sayur bendi tu...nak rasa lebih pedas boleh tambahkan hirisan cili padi tu...baru la terangkat dan berpeluh makan...hihihi

Untuk resepi kali ni QH tak gunakan peha ayam...QH guna semua part ayam tu...QH masak dalam 1/2 ekor...step pertama yang kena buat...goreng ayam tu dahulu...angkat dan toskan...lepas tu masukkan ke dalam loyang yang sesuai...ok lepas tu masak kuahnya...ikut bahan2 seperti di bawah tu...bila kuah dah masak...tuangkan ke atas ayam tadi...akhir sekali boleh la ianya dikukus...QH kukus lebih kurang 20 minit dan siap dah...sambil2 mengoreng ayam dan masak kuahnya tu...time tu boleh la sediakan pengukus dan biarkan air sehingga mendidih...jadi takde la buang masa disitukan...macam mana senangkan...tu la caranya QH menyediakan menu ni...macam biasa resepi ada di bawah tu yer...selamat mencuba!!!


STEAMED BOXING CHICKEN CURRY
Olahan by : SkyBlue' Kitchen

Bahan A
8 keping peha ayam ~ ambil bahagian bawahnya sahaja dan  buangkan kulitnya - QH guna pelbagai bahagian ayam

Bahan Perap
1 tsp garam
1 tsp gula
1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1 tsp serbuk kunyit
1/4 tsp serbuk cili
1 tbsp tepung jagung
1 tbsp tepung beras
1/2 tbsp tepung gandum
1/2 tbsp tepung kastard
1/2 tsp minyak bijan


Bahan B
1 inci halia ~ dihiris halus
2 ulas bawag putih ~ dicincang
4 biji cili padi ~ dihiris
3 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah ~ dihiris
175 ml air
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan C
1/4 tsp serbuk cili
4 tbsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1 tsp serbuk kunyit
Sedikit air panas

Bahan D
Garam
Gula
Gula melaka
Asam jawa + sedikit air ~ buangkan bijinya
ita tambah 1 kiub ayam

5 batang sayur bendi - QH tambah


Kerat bahagian hujung peha ayam dan tarik isinya ke bawah (buat boxing chicken stalks). Bersihkan ayam dan dibuang kulitnya.
Perap ayam bersama bahan² perap selama 30 minit (Diana lebih suka memerap ayam tu 20 minit pada suhu bilik kemudian perap di dalam peti ais selama 3 jam).
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
Susun ayam di atas pinggan yang sesuai. Ketepikan.
Goreng bawang merah menjadi bawang goreng. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dan masukkan halia, bawang putih dan 2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
Kemudian masukkan bancuhan bahan² C dan tumis sehingga pecah minyak.
Tambahkan air dan bahan² D. Biarkan ianya mendidih.
Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
Angkat dan tuang di atas ayam tadi.
Taburkan hirisan cili padi dan 1 tangkai daun kari. 

Bersihkan sayur bendi dan dibelah 2. Ini terpulang taknak dibelah pon boleh. Susun sayur bendi di atas ayam tadi.
Kukus ayam sehingga masak.
Angkat dan taburkan bawang goreng semasa menghidang. Yang ni QH tak buat.
Sesuai dimakan bersama nasi putih panas.