Wednesday, June 1, 2016

PUDING IKAN KOI



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Ok yang ni lagi satu resepi yang amat sesuai untuk juadah berbuka puasa nanti...nak buat pada bila2 masa pon sesuai juga...cuma sekarang dah nak masuk pra Ramadhan kan jadinye boleh la masukkan resepi ni dalam list menu untuk bulan puasa nanti...hihihi...puding ni bila di makan sejuk2 sedap tau...bagaikan menari2 di tekak...hahaha...


sebab tak semua orang boleh berbuka puasa dengan makanan berat2 terus...ada yang suka dessert dulu la...kuih2 dulu...lepas isyak baru makan nasi...betul adakan macam tu...QH la antaranya yang macam tu bila berbuka...hehehe


Resepi puding ni bukan la baru...sebelum ni tak silap QH tahun lepas lagi dah viral Puding Ikan Koi ni...QH biasa lah selalu siaran lewat...hihihi...resepi puding ni QH ikut pada plastik serbuk agar2 tu...cuma perlu tambahkan susu segar untuk adunan body ikan tu...lepas tu bila dah keras baru lah di kalerkan...idea Puding Ikan Koi ni QH ambil dari kawan FB iaitu Che Eda...sebabnya dia yang mula2 cuba dan terus menjadi viral...QH pon ada juga rujuk dengan dia sebelum buat ni...

Nak buat puding ni senang je...walaupon nampak macam susah aje kan...tu yang kena rajin2 mencuba...mulanya QH pikirkan macam tu juga...tapi dah bila dah cuba...la senang je...cepat je dah siap...yang nampak agak rumit mungkin bab nak kaler2kan body ikan tu kan...bab kaler2 ni QH suka...calit sana calit sini siap..tak payah nak buat terlalu detail...comot2 tu macam tu baru nampak macam real sikit...hihihi...pewarna yang QH gunakan adalah pewarna dari Ameri...pewarna tu tak perlu dicampurkan dengan ape2...cuma picitkan sikit dalam pinggan atau bekas yang sesuai...ambil berus lukisan, calitkan sikit pewarna tu dan terus sapu pada body ikan tu...design ikut kreativiti sendiri...

Resepinya boleh rujuk seperti di bawah tu...kalau masih tak paham boleh bertanya dengan QH...in shaa Allah QH akan jawab nanti...jom mencuba!!!


PUDING IKAN KOI
Idea: Che Eda

Bahan-bahan:
10 gm serbuk agar-agar
250 gm gula pasir
1 liter air
1 cawan susu segar
Acuan ikan koi
Pewarna oren
Pewarna hitam
Pewarna kuning
Pewarna merah
Pewarna biru


Cara membuatnya:
1. Didihkan air di atas api. Setelah air telah didih masukkan serbuk agar-agar dan gula. Kacau sehingga larut.
2. Asing lebih kurang 2 cawan adunan agar-agar tersebut. Ketepikan. Pastikan adunan yang diasing tadi sentiasa berada di atas api untuk mengelakkan puding mengeras. Gunakan api paling kecil/perlahan. Buat secara double boiler pon boleh juga untuk mengelakkan adunan hangit.
3. Masukkan susu segar ke dalam aduan agar-agar. Kacau rata.
4. Setelah adunan mendidih. Matikan api dan tuang adunan tersebut ke dalam bekas ikan koi.
5. Biarkan sejuk seketika sebelum di simpan ke dalam peti sejuk.
6. Di dalam periuk yang berasingan, didihkan adunan agar-agar yang diasingkan. Letakkan sedikit pewarna biru. Kacau rata.
7. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai.
8. Sementara menunggu agar-agar berwarna biru mengeras. Keluarkan puding ikan koi. Warnakan badan ikan koi dengan warna oren, hitam, merah dan kuning.
9. Setelah siap, letakkan puding ikan koi ke atas agar-agar berwarna biru tadi.
10. Sejukkan dalam peti sejuk.


No comments :