Wednesday, June 15, 2016

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Iftar ke-9 dari QH...tetiba tekak teringin sangat nak makan asam pedas...dah beberapa hari QH tak ke bazar Ramadhan tau...baik dia tahun ni...bulan puasa tahun ni dia rajin nak masak2...musim Ramadhan kali ni entah angin rajin sepoi2 melanda QH...menu berbuka nak masak sendiri...hehehe...ok la tu kan...nak jadi isteri yang baik dan mithali kena rajin2 turun ke dapur...barulah suami sayang...hihihi...tak sedap takpe janji airtangan isteri...lama2 dan hari2 masak sedap la nanti...betul tak...


Lagi satu perasan tak sekarang dia dah rajin update blog...hahaha...harap2 mood dia berkekalan...ngeeee... 



Biasa la kan bila bulan puasa macam ni...tengok tu teringin...tengok ni pon teringin...kali ni QH teringin nak makan asam pedas pula...tapi ikan ni saiz comel2 je...takde lak saiz yang besar sikit...ehhh tapi sedap juga tau...manis pula isinya mungkin ikan segar tu yang buat bertambah sedap...

Ini resepi belasahan QH...main campak2 dan agak2 je...tapi QH rasa sedap sangat la pulak...hahaha...QH masak ikut bahan yang ada dirumah...dari bazir2 je kan...baik perkenankan dihabiskan sebelum waktunya...asam pedas ni QH tak letak bunga kantan tapi QH gantikan dengan daun limau purut...wangi dan harum je baunya...kuahnya pula QH masak sedikit pekat...QH gemarkan kuah yang macam ni...tak suka terlalu cair...pada yang ingin mencuba resepinya seperti di bawah yer...selamat mencuba semua!!!



ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

Bahan2
5 ekor ikan kembung – bersihkan
20-25 tangkai cili kering ~ rendam dan kisar
10 batang bendi
1 cekak daun kesum
3 helai daun limau purut
1 batang serai – diketuk
1 kiub pati ikan bilis
1/2 cawan air asam – buang bijinya
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan kisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan – dibakar sekejap


CARANYA
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga harum.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan dikacau selalu.
3. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan kuah mendidih.
4. Tambahkan kiub ikan bilis dan daun limau purut. Kacau rata.
5. Masukkan pula ikan dan bendi. Kacau perlahan dan masukkan daun kesom. Biarkan merenih.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Siap.


7 comments :

Norma NML said...

Sedapnya tapi akk bsa buat tak letak belacan sbb kami ni jenis kulit mudah alahan :)

HALAMANKU said...

Salam.. akak, mmmm sedapnya asam pedas ikan kembung.. siap ada rampai bendi.. nyum2 bertambah nasi.. hihihi

adda syuhada said...

wahhhh bestnye...

Nooriah Abdullah said...

alahai sedapnya asam pedas tu QH
merah menyala mesti sedap sngt tu
dah lama duk kt negera orang belum jumpa asam pedas lagi
sbb takde ikan hahaha

nurul afifah said...

best nya asam pedas QH ni...menyelerakn je.
hiuu

nurul afifah said...

sedapnye nmpak QH punya asam.pedas .menyelerakn je..hiii

nurul afifah said...

sedapnye nmpak QH punya asam.pedas .menyelerakn je..hiii