Tuesday, June 14, 2016

APAM MEKAR RIBENA



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Diam tak diam dah 9 hari kita di bulan Ramadhan...pejam celik pejam celik masa berlalu begitu cepat...semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan untuk kita semua dan segala urusan dipermudahkan...

Dah fikir ker apa iftar yang nak disediakan untuk berbuka nanti...kadang boleh buntu jugakkan bila fikir pasal juadah ni...apa kata cuba resepi ni pula nak...




Apa kata untuk menu berbuka hari ni jamukan keluarga tersayang dengan hidangan apam mekar sebagai pembuka selera...selain sebagai penghias di meja waktu berbuka nanti...apam ni sesuai dimakan pada bila2 masa...di tambah pula dengan rupanya yang comel dan kaler yang menarik siapa yang tidak akan tertarik bukan...apatah lagi bila mak atau isteri yang buat dan sediakan...alangkah nikmatnya hidangan tersebut...betulkan

Apam ni kali kedua QH buat...sebelum ni QH buat dengan perasa lain...boleh klik SINI untuk melihat entri yang lepas...kali ni QH ubah dengan perasa ribena pula...ribena ni salah satu kesukaan QH tau...sebelum tu QH ingin berterima kasih kepada empunya resepi kerana sudi berkongsi resepi yang super comel ni...



Jika kita kreatif sebenarnya perasa tu boleh diubah mengikut kesesuaian tau...pastu letaklah kaler2 yang menarik...apam yang sangat2 biasa akan menjadi luar biasa comelnya nanti...untuk kenduri kendara pon sesuai tau...lagi bila tengok apam tu mekar kemain...jadi suka sangat2 kan...

Apam ni nampak macam senang je nak buat...tapi kalau salah teknik dan caranya...mau juga tak menjadi tau...memang seram nak tunggu siap...kadang ianya akan menjadi bantat la, kecut la, tak gebu dan macam2 tekstur ada nanti...kat bawah ni QH share sedikit tips untuk apam tu menjadi dengan cantik jelitanya...

- pastikan telur dan susu jangan di ambil dari peti sejuk. Gunakan kedua bahan tersebut yang bersuhu bilik.
- jika menggunakan air bersoda pastikan botol/tin yang belum dibuka lagi
- pukul telur dan gula sehingga betul kembang dan gebu
- kukus dengan api yang besar dan pastikan air kukusan betul2 panas dan menggelegak



APAM MEKAR RIBENA
sumber: HaSue

Bahan-bahan:
250 gm gula kastor
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
200 ml air ribena
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovalette
Pewarna Ungu
Pewarna Hijau

Cara membuatnya:
1. Panaskan kukusan. Balut penutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air jatuh ke atas bahan kukusan.
2. Pukul telur bersama gula kastor hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanila dan pukul. Kemudian masukkan ovalette dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum dan air ribena berselang seli sambil dipukul sehingga gebu.
5. Asingkan 5 sudu besar adunan tadi dan warnakan dengan pewarna hijau.
6. Lebihan adunan tadi diwarnakan dengan pewarna ungu.
7. Masukkan setiap bahagian adunan ke dalam piping beg yang berasingan. Sediakan cawan kertas secukupnya.
8. Paipkan adunan tadi ke dalam cawan kertas. Kukus selama 15 – 20 minit.


3 comments :

Gee® said...

Gebusnyaaa... bak nak sepiring...

HALAMANKU said...

wah... canteq n mekar indah kaler apam mekar rebina akak tu.. rasanya pasti sedap.. nyum2

Norhayati Mohd Isa said...

Cantik warna purple tu QH..
terserlah mekar nya..
Buat kecik2 macam ni ..
Sekali ngap masuk mulut haha..