Thursday, May 19, 2016

RENDANG AYAM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Walaupon tak sihat kena bersiaran juga hari ni...sebabnya QH kalau boleh taknak dah blog ni sunyi dan tidak berupdate...lagi2 nak dekat bulan puasa nanti ni kan...tentu ramai yang ingin mencari resepi untuk juadah berbuka puasa...sekurang2 QH dapatlah membantu dan menyumbangkan idea untuk para2 isteri di luar sana membuat persediaan...


Jika sesiapa ada idea atau cadangan minta QH mencuba resepi...boleh cadangkan pada QH yer...kadang buntu juga nak masak apa walaupon terdapat pelbagai pilihan resepi...siapa cakap blogger tak buntu dalam mencari resepi...ni haa contohnya ada...hihihi

Kali ni puasanya belum lagi tapi tekak ni tetiba nak makan macam lauk hari raya pula...kikiki...tetiba rasa nak makan rendang ayam...nak tahu ni salah satu peberet QH tau...jadi apa lagi gugel la mencari resepi...hihihi




Resepi ni QH ambil dari blog Dapur Tanpa Sempadan...kebetulan empunya blog ni orang Johor jadi sudah tentu selera QH ke arah tu...hihihi...jangan marah yer...QH masak separuh dari resepi asal tu...nak masak banyak2 dalam rumah QH tak ramai pon...hihihi...rendang ayam ni selain makan bersama nasi impit...sedap jugak tau dibuat colek makan dengan roti...alahaiii jadi teringat2 la pula kat rendang ayam ni...sebab sedap tau...mana yang ingin mencuba resepi ada kat bawah tu...

Bila tengok resepi ni nampak macam renyah...susah...macam banyak je bahan nak pakaikan...QH pon mula gitu juga...macam malas je nak masak kalau guna banyak bahan ni...hahaha...kantoi!!! tapi alahai senang dan mudah je...jadi lepas ni tak kisah la resepi tu guna banyak bahan ke...sikit ke bahan yang diperlukan...teruskan je memasak jangan berkira tau...yang nak makan kita juga...betul tak...jadi kena rajin2 lah masak sendiri...hihihi

Pada abang Che Mat Gebu...terima kasih atas perkongsian resepi yang sedap ni...izinkan QH panjangkan resepi ni di sini pula yer...yang lain2 tu jom cuba!!!



RENDANG AYAM
Sumber: Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA
1 ekor ayam (kurang lebih 1.3 kg), potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan (QH goreng ayam suku masak - lumur ayam dengan garam dan sedikit serbuk kunyit)
4 camca besar rempah rendang Baba's
3 cawan pati santan
2 keping asam gelugor
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, mayang halus
1 camca besar penuh gula melaka
3 camca besar kerisik
3 camca besar cili kisar (nak pedas boleh tambah lagi)
1 kiub ayam (optional)
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS
15 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras
6 batang serai, hiris halus

BAHAN-BAHAN TUMIS
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


CARA MEMBUATNYA 
1.             Bancuh rempah rendang dengan bahan2 kisar halus, kacau hingga menjadi pes, ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan pes rempah, kacau dan biar hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau selalu.

2.           Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tuang santan, kacau dan tambah kiub pati ayam. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Masukkan kerisik, asam gelugor dan juga sedikit garam. Kacau rata.

3.           Bila pekat, tambah daun limau purut dan gula melaka, kacau. Masak dengan api kecil hingga rendang jadi pekat dan tidak terlalu berkuah. Masukkan daun kunyit yang dimayang halus, kacau dan rasa, jika kurang masin, tambah sedikit garam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..


2 comments :

Nooriah Abdullah said...

sedapnya rendang tu QH
lengkap semua daun yg wangi2 ada
limau purut lah daun kunyit lah
mmg terbaik ni

Amie said...

MMmmm... cam raya pulak dah... kita wat rendang daging, dia wat rendang ayam ha ha haaa.... jom makan sama!