Qasey Honey. Powered by Blogger.

KILLER BREAD



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Bersiaran pun dia...
Nampak dah kan ape yang QH kongsikan hari ni...rasanya bertahun juga la QH tak meroti ni...so hari tu ape lagi balas dendam ler...hihihi...macam biase bahan semua cukup dan terlebih cukup sampai nak expire dah...hehehe...macam2 hal...

Memang jadi hal juga pon...syok2 kita tuang semua bahan dalam breadmaker...hmmm boleh pula BM tu taknak pusing...dah godek2 tetap sama...mungkin sebab bertahun BM tu tak digunakan...langsung tak berfungsi dia...ye ker boleh begitu ekk?? sudahnya tuang semua bahan2 tu ke dalam mangkuk mixer pula...



Hasil kejadian meroti kali ni QH gunakan mixer sahaja...tengok la hasilnye tak mengecewakan...kena baca entri ni sampai habis tau...QH nak ceritakan macam mana nak hasilnya roti yang super gebus gebas ni...

Masukkan kesemua bahan kecuali butter ke dalam mangkuk mixer...gunakan hook mixer yang khas untuk meroti tu...putar pada kelajuan sederhana sahaja...lebih kurang 30-40 minit...lepas tu baru lah masukkan mentega...putar lagi sampai doh sebati dan elastik...QH menggunakan mixer Kitchen Aid...so kelebihan mixer ni bowl mixer ada disediakan penutupnya...QH rehatkan sebentar doh ni dan tutup bowl lebih kurang 30 minit atau sehingga doh naik sekali ganda...

panaskan oven dengan suhu 170'C dalam 15 minit...doh yang dah naik tadi tu ditumbuk2kan untuk mengeluarkan gelombong udara/angin...sediakan bekas atau loyang yang sesuai...griskan dengan butter...bahagikan doh kepada 3 bahagian...yang ni terpulang nak buat bentuk macam mana...bahagikan doh sama rata dan beratnya...



bulat2kan doh tersebut dan susun ke dalam bekas yang telah digriskan dengan butter...masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi...jangan bakar lagi...yang ini untuk proses mengembangkan lagi doh supaya naik lagi sekali ganda atau lagi cantik jika doh tu naik tinggi melebihi dari bekas yang digunakan...proses ni ambil masa lebih kurang 30 minit...bila doh dah naik tinggi dan kembang keluarkan dan sapukan bahagian atas doh dengan sapuan telur yang telah dicampur dengan susu segar dan butter...tujuannya untuk nampak atasnya berkilat...kemudian taburkan dengan badam nib yang dikisar kasar dan campurkan dengan gula pasir...buat secukupnya...agak2 aje...kemudian barulah di bakar pada suhu 170'C selama 20 - 25 minit...

Resepi ni QH ambil dari blog Ady Greatsword Kitchen...terima kasih abang Ady...izinkan QH panjangkan resepi ni di sini pula...resepi kali ni memang QH suka sangat...kejadiannya memang tidak dijangka...sangat2 puashati...nak tahu roti ni sangat lembut...macam beli kat kedai tu...bahannya yang digunakan pula tak banyak tapi hasilnya tengok la sendiri kat gambar2 yang ade ni...cantik berongga dan ringan...

Nak buat roti ni kena sabar tau...buat dengan kasih sayang in shaa Allah menjadi...ikut step by step yang QH terangkan tadi...sebabnya dah terbukti memang menjadi...boleh buat lagi nanti...resepi ada 2 versi QH sediakan kali ni...satu resepi asal dari blog abang Ady...lagi satu QH melayukan dan QH terangkan mengikut apa yang QH buat dan tambah...selamat mencuba!!! tak paham boleh komen kat bawah n nanti QH jawab ye


KILLER BREAD

260g bread flour
3g instant dry yeast
160-180g + 2 egg yolk + full cream milk
30g to 40g sugar
2g salt
40g butter

– mix all ingredients (except butter) together and knead till you get a silky and elastic dough
– incorporate butter and knead till window pane stage (crucial)
– divide dough into 3 portions, then roll out flat. swiss roll, and place into greased loaf pan
– rise till dough reaches 90% of height of pan
– bake in preheated oven of 170 degrees C, second lowest rack for 20-25mins, tenting bread with foil if it browns too quickly


KILLER BREAD
Sumber: Ady Greatsword Dapur

260 gm tepung roti
3 gm yis kering segera/mauripan
160 - 180 gm + 2 kuning telur + susu penuh krim - QH letak 180gm
30 gm gula 40 gm - QH letak 40gm
2 gm garam
40 gm mentega
1 biji kuning telur + 1 sudu besar susu segar + 1 sudu besar mentega - QH tambah untuk sapuan atas roti
Badam nibs dikisar kasar + gula pasir secukupnya - QH tambah

- Campurkan semua bahan (kecuali mentega) bersama-sama dan uli sehingga anda mendapat doh seperti sutera dan elastik.
- Masukkan mentega dan uli sehingga doh elastik. Rehatkan doh sehingga mengembang atau naik sekali ganda. Tutup bekas dengan penutup yang sesuai.
- Panaskan oven.
- Bila dah mengembang, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
- Sediakan bekas atau loyang yang sesuai. Griskan loyang dengan mentega.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagikan adunan sama rata beratnya.
- Masukkan ke dalam oven seketika sehingga doh naik lagi sekali ganda. Buka sedikit penutup oven.
- Kenaikan sehingga doh mencapai 90% daripada ketinggian pan.
- Sapu atas roti dengan bancuhan telur tadi. Taburkan badam dan gula pasir.
- Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 170'C selama lebih kurang 20 - 25 minit. 


4 comments

adda syuhada said...

sedapnyer QH..

norhidana said...

ayoooo menggodanya...
mmg sesuai ngn namanya

Nadz Nazharzan said...

QH, buatkan untuk kak Nadz :) :) :)

Amie said...

Gabusnya! He he heee... Kalo roti kembang gitu rasa seronok sangat.... tapi masalahnya bila kita makin mengembang rasa tak seroklaaa ha ha haaaa