Friday, May 27, 2016

CHICKEN BOLOGNESE PUFF



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Jumpa lagi!!!
Tinggal beberapa hari lagi kan akan masuk ke ambang bulan Ramadhan...mudah2an kita semua masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa tahun ini...

QH tengok di FB ramai dah mula membuat kukis untuk hari raya kali ni...paling laju lalu di wall sekarang ni Tart Nenas...macam2 bentuk ada...haishh tak sabar pulak nak mengkukis juga ni...hehehe...maklum la dah beberapa tahun kan QH tak share resepi kukis raya...untuk tahun ni In Shaa Allah...




Ok sebelum kita sibuk dengan kukis raya ni...QH nak share dulu resepi yang sesuai untuk juadah berbuka puasa atau bersahur...nak buat untuk sarapan pagi atau minum petang pon sesuai juga tau...resepi ni simple je tapi mengenyangkan...ikut QH macam tu la...hihihi...

QH buat ni pon sebab nak menghabiskan stok puff tu...kalau lama lagi simpan ada potensi kena buang tu...tak baik dan elokkan nak buat macam tu...hehehe...tapi jangan tak tahu puas juga memikirkan resepi ape yang sesuai dengan puff ni...adohaiii macam2kan...



Fikir punya fikir...last QH decide buat Chicken Bolognese Puff je...stok sos bolognese pon ada 2-3 tin lagi masa tu...beli banyak sebab ada offer...hihihi...

Resepi kat bawah ni QH ikut citarasa sendiri...mana yang terkurang atau terlebih sikit nanti ejas2 la sendiri yer...kalau ikut selera QH memang dah cukup rasa dan sedap...terpulang la kalau ada nak tambah dengan bahan yang sesuai...



CHICKEN BOLOGNESE PUFF

Bahan-bahan:
Pastry puff bersaiz 8x8 inci secukupnya
200 gm isi ayam – dikisar
1 tin kecil sos spageti prego
1 biji bawang besar – dipotong dadu
2 biji bawang putih – dicincang
1/2 biji lada bengala hijau – dipotong dadu
Garam secukup rasa
Cheese mozzarella secukupnya

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga sedikit garing dan naik bau.
2. Masukkan isi ayam yang telah dikisar tadi. Gaul rata.
3. Masukkan pula sos spageti prego dan garam secukup rasa. Kacau dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan lada bengala. Kacau lagi sehingga pekat. Matikan api.
5. Gris loyang dengan butter. Susun pastry puff. Letakkan ayam Bolognese ke dalam pastry puff tadi.
8. Akhir sekali taburkan chesse mozzarella.
9. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180’C selama 25 minit.