Qasey Honey. Powered by Blogger.

DEKO KEK CAWAN DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PUTRAJAYA



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Wah hari ni QH bersiaran la...hehehe
tapi hari ni QH nak kongsikan gambar2 aktiviti QH ketika di Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya yang lepas...lama juga QH ambil masa nak update aktivitinya tu...hihihi...banyak sangat gambar sampai tak tahu mana yang nak dipilih...tak banyak gambar pening...banyak gambar lagi pening nak pilih...adoiyaiii...hihihi 







Kali ni pada 31/3/2016 QH ke Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya pula...satu pengalaman dan kenangan yang tak mungkin QH lupakan...gigil tu berdiri atas pentas...di PICC pula tu...sebelum ni pernah beberapa kali ke sana sebab kerja...tapi kali ni QH dijemput oleh pihak MPH untuk event blog pula...pengalaman pertama QH...amat bernasib baik kerana team Qasey Honey iaitu adik beradik QH sendiri sudi sama2 menolong untuk menjayakan program tersebut...TERIMA KASIH!!!




Di PIBF ni untuk seisi bersama Qasey Honey bermula jam 11.00 pagi hingga 12 tengah hari...masa tu hari bekerja...jadi memang pelajar2 dan cikgu2 je yang ramai datang ke sana...orang awam ada juga tapi tak ramai...QH sendiri pon ambil cuti rehat pada hari tu...hehehe...keesokkannya pula secara kebetulan adalah hari lahir QH...jadinya ni merupakan 1 hadiah la pada QH...sangat istimewa dan terindah...





Alhamdulillah program hari tu mendapat sambutan yang baik dari adik2 yang ingin belajar mendeko cupcake...QH minta maaf sebab lupa dari sekolah mana yang datang hari tu...maklum la lama sangat peram entri ni...habis lupa maklumat2 penting tu...kikiki...




memang seronok tau tengok adik2 dan pengunjung2 yang turut sama mencuba mendeko ni...sporting dan nampak ada yang berbakat...QH memang terus terang takde la mahir...setakat deko yang simple2 tu boleh la...nampak macam jadi je tu ok la tu...hehehe...dikesempatan ini QH ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana bersama2 QH menjayakan program mendeko bersama QH...




terima kasih juga kepada pihak MPH kerana sudi mengadakan 1 seisi khas untuk Qasey Honey di sana...terima kasih juga pada Encik Haziq kerana menjemput QH sekali lagi dalam event MPH...




Ok...QH rasa setakat ni dulu entri untuk hari ni...ada masa lagi QH akan bersiaran lagi...jom kita layan gambar yang banyak ni untuk tatapan semua...bukan senang tu QH nak letak gambar sendiri banyak2 macam ni dalam blog...hehehe...ok jumpa lagi semua...



































No comments