Monday, April 18, 2016

DEKO KEK CAWAN DI MPH SUBANG PARADE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…




Hari ni QH nak update aktiviti blog Qasey Honey pula…nanti lama2 simpan dah tak best pula…lagi satu QH akan lupa nak update…hihihi…pada 13/3/2016 team Qasey Honey mendapat undangan dari pihak MPH untuk mengadakan demo menghias kek cawan di MPH Subang Parade…pada tarikh tersebut QH memang lapang…jadinya QH dengan hati terbuka menerima perlawaan tersebut…tema pada hari tersebut QH suka…ianya bersempena dengan Hari Wanita Sedunia!!!






Kalau nak tahu…ni bukan kali pertama tau QH mengadakan demo di MPH…kali pertama dulu pada tahun lepas 2015 di MPH Setia City Mall…tapi QH takde update diblog…tu yang ramai tak tahu…hihihi...jadinya ni kali kedua la QH mengadakan demo di MPH…sebelum tu QH nak beritahu…QH akui yang QH tidak la semahir mana pon untuk menghias kek atau cupcake…memang takde mana2 sijil dalam bidang kulinari atau menghias kek ni…untuk ke mana2  kelas pon QH belum sempat nak pergi…impian QH tu untuk ke kelas baking dan memasak…untuk menambah pengetahuan dan mengetahui teknik yang betul…selama ni QH belajar dari Youtube atau Google…




Setakat deko yang simple2 tu QH boleh la sikit2…hihihi…QH terima perlawaan tersebut pon untuk mencabar diri sendiri berhadapan depan orang ramai dan mencari atau menimba satu pengalaman yang baru…bukan senang sebenarnya bila berhadapan dengan orang ramai di luar sana…mendeko pula tu…terketar2 tangan…hehehe…tapi QH kutip tu sebagai satu pengalaman yang bermakna dan berharga buat QH terutama untuk blog kesayangan QH iaitu Qasey Honey…




Bila kali kedua berhadapan dengan orang ramai ni…mendeko lagi…kurang sikit la debarnya…cehhh kunun2 dah ada pengalaman yang lepas…cuma nak bercakap depan orang ramai tu lagi QH kena perbaiki…tetiba jadi pemalu dan penyegan…hihihi…sudahnya QH banyak mendeko dari bercakap…ngeeee…mungkin kena pergi kelas “public speaking” kot…hihihi…nasib baik la ada Encik Haziq dari team MPH yang menjadi emcee pada hari tu…takde la sunyi sangat sepanjang tempoh event tu berlangsung…terima kasih yer Haziq jemput team Qasey Honey…




Alhamdulillah event tersebut berjalan dengan lancar…dikesempatan ini juga QH ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada yang hadir pada hari tersebut dan ke depan bersama2 dengan QH untuk mencuba dan belajar mendeko…pada event tersebut siapa yang cuba mendeko akan mendapat cupcake tu tau…rugi tak datang…kikiki




Oh ye…sebelum terlupa nak ucapkan terima kasih kepada rakan blog dan FB QH iaitu Kak Roslina dan anaknya little princess Hana…rakan FB dear Ailin yang sudi luangkan masa pada hari itu untuk datang support event QH…QH minta maaf sekiranya layanan tidak memuaskan…terima kasih juga sudi beli buku masakan QH tu…




Pada deko cupcake tersebut QH tunjukkan cara nak buat bunga ros dan daun, deko butterfly, deko menggunakan edible image, hias cupcake burger dan rumput…dalam banyak2 deko yang QH tunjuk tu…ramai yang berminat nak mencuba buat rumput2 tu…mungkin ada hiasan ladybug yang comel tu agaknya…hehehe…




Satu pengalaman juga QH mengajar deko…walaupon sendiri deko pon macam kartun…kikiki…ada yang bertanya ada buka kelas tak…erkkk…QH sendiri pon tak pergi lagi mana2 kelas…hehehe…tunggu QH dah khatam dan pro…dah belajar dari sifu2 yang terer dalam bab deko mendeko ni…in shaa Allah mana tahu satu hari nanti diizinkan QH pula yang buka kelas dan mengajarkan…tolong doakan yang terbaik yer buat QH…jika nak cerita plan2 team Qasey Honey ni macam2…mau panjang berjela pula entri kali ni…penat nak baca nanti…kikiki…segala rancangan tu biarlah menjadi rahsia dulu…taknak nanti iye bercanang sana sini…habuk pon takde…tak pasal yang menunggu mereput…hehehe…




Ok entri kali ni…memang banyak sangat gambar…sebabnya QH pon dah tak tahu nak pilih…sudahnya berpuluh2 gambar ada dalam entri hari ni…sesekali takpe kan…mana yang jauh dan tak berkesempatan hadir pada hari tersebut tentu nak tengok jugak apa aktiviti2nya…kali ni QH belanja gambar kaw2 punya…hehehe…jarang2kan QH interprem macam tu…hehehe…apa lagi…jom layannnn…in shaa Allah kita akan berjumpa di lain siaran pula…



















3 comments :

mama dee said...

terbaik la kak.. semoga terus maju jaya

cheq da said...

Comei nya QH...baru melihat wajah QH..

Amie said...

Terubat rindu dpt menatap gambar wajahnya yang comel tu....