Wednesday, March 23, 2016

AYAM BALI


Assalamualaikum dan salam sejahtera…


Alhamdulillah dapat juga QH bersiaran hari ni...lately ni QH agak sibuk sikit dengan macam2 hal...banyak benda yang perlu QH uruskan dan QH memerlukan sedikit ruang untuk diri sendiri seketika...terpaksalah bertangguh dahulu untuk mengupdate blog...cuba juga mencari masa untuk berblog...tapi keadaan tetap tidak mengizinkan...ramai juga yang bertanya dan komplin blog lama tidak berupdate...hehehe...maaf yer semua...^_*

Ok QH nak sambung cerita entri yang lepas…ada yang bertanya best ke ada blog sendiri ni??? Jawabnya ye…sebab apa??? Ni yang nak cerita ni…hehehe…

Memang best la bila ada blog sendiri…sebabnya di dalam blog ni la kita bebas untuk berkarya…bebas untuk meluahkan apa sahaja kat laman blog sendiri...bagi QH ianya satu medan terapi dan memori terindah dalam hidup...nak tulis mengenai diri sendiri ke…berkongsi resepi ke…kongsikan aktiviti yang kita buat ke atau sampaikan maklumat2 yang berguna…tu semua terpulang pada blogger tu sendiri…rumah sendirikan…jadi bikin la ikut suka nak yang macam mana…tapi pastikan ianya berfaedah dan tidak terlalu merapu…lagi bagus kalau blog tu fokus pada satu2 bidang…kalau terlalu carca marba orang pening juga nak follow…hehehe…nak selitkan sikit2 takde masalah..blog sendirikan…QH sendiri kadang ada juga share aktiviti QH selain resepi…


Dalam pada kita berkarya di blog…walaupon memang blog tu kita yang punya tapi kena ingat juga...perlu berpada2 bila mengupdate sesuatu entri tu...lagi mudah jangan sentuh isu2 yang sensitif...paling penting perlu menjadi diri sendiri...buat blog dengan identiti yang tersendiri...ciplak2 ni jauhkanlah ye...jangan meniru gaya penulisan blogger lain...mula2 berblog memang kita akan rasa malu untuk menulis...paling ketara takde idea...ayat lintang pukang...tapi tak kisah la macam mana gaya penulisan kita tu…pastikan ianya identiti yang tersendiri…biar dikenali dengan cara yang tersendiri…bila selalu diasah bakat menulis ni...in shaa Allah gaya penulisan akan bertambah baik dan nampak matang...lagi satu bila berblog ni jangan mengharapkan yang indah2...mengharapkan orang lain suka blog kita…mengharapkan blog kita ramai follower…tu semua bonus!!! Alhamdulillah jika ianya meletop…pastikan blog kita ada value, nampak mahal dan vogue gitu…hehehe


QH dulu mula2 berblog pon macam tu juga...semua rasa masam manis pahit masin tu dah merasa...sampailah sekarang ni...tak semua perkara yang kita suka orang akan suka juga...lumrah alam dan hukum karma...rasa malu memang ada...pastu fikir ada ke yang nak baca apa yang dititipkan dalam blog ni...gaya penulisan pula boleh diterima ke...tapi semua tu QH cuba untuk laluinya...sebabnya kita yang membuat pilihan untuk berblog...cuba untuk belajar sesuatu yang baru…setakat ke hari ni Alhamdulillah hasil karya QH dapat diterima semua dengan baik...walaupon ada juga mendapat komen2 yang negatif...ianya tidak menjadi kudis pon dan QH tak pernah rasa nak marah ke apa...dari komen2 yang ada tu lah...dari masa ke semasa QH akan cuba perbaiki kelemahan2 dalam berkarya...terima kasih semua!!! QH sayang semua...


Kalau ikut rasa nak membebel ni banyak lagi yang QH nak cerita dan kongsikan tapi nanti bila masa pulak nak ke resepikan…hihihi…jadinya kena sambung di entri yang lain...sambung lagi...hehehe


Resepi yang QH nak kongsikan kali ni pernah menjadi satu fenomena dan viral di laman sosial FB dan blog...masa tu hari2 ada je yang pos gambar Ayam Masak Bali ni...macam2 gaya dan versi yang keluar di wall FB QH...tahan liur je la bila tengok...ramai dah yang mencuba resepi ni…QH je la yang lambat banyak mencuba…selalu lambat mencuba pon dia...hihihi…orang dah kenyang perut makan...QH nya baru la nak terhegeh2 cari resepi...kikiki

Resepi Ayam Masak Bali ni QH ambil dari blog sifu QH iaitu Che Mat Gebu...terima kasih yer...memang sedap la...pulak tu cara masaknya tidak rumit tau...campak2 dah siap!!! senangkan...dah jadi senanglahkan...hehehe...untuk resepi ni QH takde ubah ape2...semua QH ikut macam resepi yang asal...kalau masak2 ni jarang QH nak ubah2...nanti takut jadi tak sedap lak...hihihi...senang cakap jangan nak memandai...pada yang belum mencuba lagi resepi ni...cubalah dan sangat berbaloi...nampak je macam rendang tapi bukan yer...

Ok QH tak tahu siapa pemilik sebenar resepi ni...sebabnye dah dipanjang2kan di laman sosial...tapi QH tetap nak bagi kredit pada empunya resepi asalnya...terima kasih banyak2 kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ni...Alhamdulillah ramai yang sudah mencubanya...pada yang belum cuba lagi tu...selamat mencuba!!! resepi seperti di bawah tu yer...ikut je in shaa Allah menjadi...


AYAM BALI

BAHAN - BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca teh penuh kunyit serbuk*
3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
6 batang serai, diketuk
4 pelepah daun kari
1 camca besar kicap lemak manis JALEN
1/3 cawan cili kisar
1 camca besar rata gula (atau secukup rasa)
Garam secukup rasa
1/2 cawan air

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
1.             Goreng ayam tadi hingga hingga masak, tapi jangan sampai garing, cuma embal2 saja (che mat goreng dengan api sederhana dan tutup kuali, goreng dalam 15 minit sambil dibalik2kan, kemudian angkat dan toskan).
2.           Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minya. Tumis serai hingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap. Tambah bahan2 kisar halus dan cili kisar. Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.

3.           Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah ayam, gaul rata dan tuang air. Masak hingga pekat. Kacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....Selamat mencuba!



3 comments :

Norhayati Mohd Isa said...

Sedapkan QH..
Akak dah 2 kali masak..

Nooriah Abdullah said...

selamat petang QH
lama nya kaknoor tak singgah sini.
kaknoor belum pernah try jugak ni ayam bali
esuk lusa boleh lah try
mesti sedap ni ayam mmg fav semua boleh lah cuba

tun_telani said...

salam kak QH ^^ tun dh lama xbuat ayam masak bali ni.. dulu2 pernah buat sblm jd fenemona fb. tiba2 tahun ni semua duk tayang pula. tp mmg sedap.