Tuesday, January 12, 2016

PUDING ABC

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…


Alhamdulillah jumpa lagi kita dilaman blog ni…

Sejak dari awal QH berblog…ada follower yang PM QH di FB…tanya macam mana nak buat blog…tengok macam best bila ada blog ni…nak berblog juga tapi tak pandai…macam mana nak ambil gambar…ye nampak bestkan…seronok tengok blog2 masakan ditambah pula dengan gambar yang cantik2 lagi…membuatkan ramai yang teruja untuk mencuba resepi tersebut…ada masa yang terluang nanti persoalan tu semua akan QH terangkan satu persatu…pastikan terus bersama dengan QH…in shaa Allah

Yang QH nak tekankan kat sini hari ni…ok yang semua nampak tu hanya yang indah2 je kan…tapi disebalik nak bikinnya tak semudah tu sayang2…jenuh mengusahakan supaya ianya jadi yang terbaik…tak semua yang foodblogger cuba tu sekali sentuhan terus menjadi…ada juga resepi yang dicuba tapi hasilnya kurang memuaskan…yang tak menjadi terus pon ada…foodblogger ni ramai yang amatur macam yang lain juga…takde la sehebat yang anda2 bayangkan…cuma bezanya foodblogger bila mencuba sesuatu resepi tu mereka akan snap gambar dan kongsikan di blog milik masing2 untuk ditunjukkan kepada semua hasil yang mereka telah cuba tu…


Cuaca yang panas sekarang sedang elok la jika ingin mencuba resepi yang QH kongsikan ni…dimakan sejuk pula tu…hmm alahai…tak tahu nak kata la…hehehe…resepi ini juga QH pernah kongsikan untuk majalah Jelita Januari 2015…haa lama dah tu kan…setahun yang sudah…ngeeee…resepi ni QH ambil dari blog Masam Manis…terima kasih Kak Ita kongsikan resepi ni…izinkan QH kongsikan di sini pula…

Jika ada yang ingin mencuba puding ni…QH nak share la sikit tips untuk puding tu nampak lagi cantik dan jelita…hehehe…kalau menggunakan loyang atau bekas yang besar macam yang QH cuba ni…pastikan kacang merah dan jagung manis tu diblend sedikit atau potong kecil…taknak pon boleh cuma bila nak potong puding tu nanti isi tu akan terkeluar dan tak rata…rujuk gambar yer…kalau menggunakan bekas yang kecil dan puding tersebut tak perlu dipotong bolehlah biarkan kacang merah dan jagung manis tu sebiji2…lagi sedap bila mengunyahnya…resepi ni QH tak buat apa2 olahan…QH ikut seperti resepi asal sahaja…untuk mencuba resepi seperti di bawah yer…selamat mencuba…in shaa Allah jumpa lagi di lain entri… 



PUDING ABC

Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar
1 liter air
300 gm gula
400 ml susu cair
1/4 cawan tepung kastard
2 sudu teh esen vanila
secubit garam
kacang merah dalam tin 
jagung manis                         
cendol secukupnya
coklat emulco
pewarna merah jambu
pewarna hijau

Cara penyediaannya
Didihkan agar-agar bersama gula dan air hingga agar-agar larut.
Satukan susu cair bersama tepung kastard dan gaul rata.
Tuangkan dalam agar-agar.
Tambahkan esen vanilla dan secubit garam. Masak sehingga pekat.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
Satu bahagian diletakkan jagung manis.
Satu bahagian diletakkan coklat emulco dan gaul rata.
Satu bahagian letakkan pewarna hijau dan cendol.
Satu bahagian letakkan pewarna merah jambu dan kacang merah.
Tuang satu adunan ke dalam acuan dan biarkan mengeras.
Tuang lapisan kedua dan ulang proses yang sama hingga habis. Sejukkan.


Tips:
Sebelum tuang adunan lapisan yang lain, lorekkan lapisan sebelumnya menggunakan garfu atau pisau. Tujuan supaya antara lapisan tersebut tidak terpisah.

Maaf yer untuk entri QH kali ni agak kelam kabut sedikit ceritanya…terimalah seadanya…hehehe…lama sangat tak berkarya jadi agak tepu sikit nak membebel…*-^


4 comments :

adda syuhada said...

sedapnyer..

norhidana miswan said...

aduh kak... apasal menggoda sgt nih... semua ada lak tu... banyak lak tu... meriah je nengoknya

Juls Julie80 said...

wahhhhhhhhhhhhhhhh

sedapnyerrrrrrrrrrrr

makan lak sejuk22222 time panas222222222222

kebbabboooooooooomm!!

Mayang ABDUL RAZAK said...

wah sedapnya