Wednesday, May 21, 2014

KARI KETAM KERALA



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Baiklah...permulaan awal mukadimah kali ni...QH nak menjawab dahulu soalan2 yang sering saja di tanya oleh pengunjung2 blog dan kawan2 FB yang lain...untuk menjawab soalan tu satu persatu...kekadang tu QH akan terlepas pandang jugak dan mungkin ade yang tertinggal...jadi QH jawab di sini aje yer...ngeeee

Ramai yang bertanya dimana QH membeli pinggan mangkuk atau cake stand yang seperti terdapat dalam blog QH ni...ok untuk pengetahuan semua...tapi kejap...takde la QH nak senaraikan pinggan tu beli kat mana...mangkuk ni pulak beli dimana...ni secara keseluruhan saja yer...sebab QH sendiri pon tak ingat kalau nak dilistkan satu persatu macam tu...hehehe...tempat yang biase QH pergi untuk cari pinggan mangkuk yang comel2 tu semua...QH biasa ke Sogo, Daiso, 100Yen, DIY, IKEA, Parkson dan kedai pinggan mangkuk kat sekitar Chow Kit...memang merata...sebab suka...hehehe...

Thursday, May 15, 2014

SAMBAL SOTONG



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Bersiaran lagi hari ni…

Hmmm dah lama rasanya QH tak berkongsi resepi lauk pauk di sini…kali terakhir beberapa bulan yang lepaskan…QH tetap memasak seperti biase di rumah…cuma masak yang simple2 dan kebanyakkan resepi ulangan yang QH telah kongsikan di blog…jadi takde la QH nak kongsikannya lagi…hehehe…sebab QH suka resepi yang pelbagai untuk blog QH ni...kalau ada resepi yang sama pon...biasanya akan QH olah ianya menjadi resepi lain pula...baru la pelbagai sikitkan...blog ni QH nak jadikannya sebagai satu buku masakan untuk diri sendiri...ala2 versi digital la kononnya...hihihi...senang untuk dirujuk di masa2 akan datang...sedara mara, kawan2 atau sesiapa pon boleh jadikan sebagai rujukkan...QH pon tak sangka sehingga sekarang ni...QH dapat menghasilkan dan berkongsi dari satu resepi kepada beratus resepi dalam blog ni...hai laaa bangga pula pada diri sendiri...hehehe...

Monday, May 12, 2014

NUTELLA PRETZEL BROWNIES



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Akhirnya bersiaran juga QH hari ni...rindu sangat2 dengan dunia blogging ni...tapi selalu saja tak sempat untuk mengupdate...bertambah pula untuk berjalan ke blog lain...

Ok sebelum cerita hal2 lain...QH ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua pengunjung dan kawan2 yang telah bergelar ibu serta yang akan bergelar ibu nanti...tiada yang lebih murni daripada tugas dan peranan seorang ibu...tak lupa juga SELAMAT HARI IBU buat mak QH Puan Khadijah binti Abu Bakar...