Wednesday, August 6, 2014

SIRI BLOGGER MASAKAN - QASEY HONEY



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi…
Tiada kata yang mampu diucapkan di saat ni…pelbagai rasa ada...bersyukur, gembira, teruja dan bermacam lagi yang melanda perasaan QH tika ini…

Dimana tiba giliran QH ada buku masakan sendiri...satu peluang yang susah untuk QH lepaskan...sememangnya selama QH berblog ni tidak pernah terlintas langsung akan melalui saat2 ini...nak kata mimpi tapi ianya adalah kenyataan...bila QH menerima emel daripada En. Hishamuddin dari Kongsi Resepi mempelawa QH untuk projek buku edisi Siri Blogger Masakan...

Bila terbaca saja emel tersebut...memang QH tak terkata apa2...macam nak lompat bintang pon ada...hehehe...bukan sekali emel tu QH baca tapi berpuluh kali...faham2 aja rasa keterujaan QH masa tu tahap mana *_^


Sama sekali tidak menyangka kerjasama ini adalah dengan pihak MPH...satu nama yang cukup besar pada QH...QH diminta untuk untuk menyiapkan 3 buku masakan tersebut sekali gus...QH memilih dan mendapat persetujuan dari pihak MPH untuk menyediakan menu SANTAI PETANG, KEK & PUDING dan NASI & MI...

Sebenarnya buku ni agak lewat juga QH siapkan disebabkan tetiba kamera yang selalu QH gunakan tu rosak...memang dugaan sangat masa tu...benda yang sangat penting untuk menjayakan projek ni...terus QH pejam mata untuk membeli kamera yang baru...faktor cuaca pon ye juga...bila menu yang disediakan telah siap...tetiba langit yang cerah menjadi kelam bila bumi disimbah hujan...QH cari pula flash umbrella...gunakan la skill yang diajarkan oleh penjual tu...hihihi...tiba hari buku ni untuk dicetak pon ada beberapa masalah lagi...bila terdapat beberapa resepi yang QH olah tidak diedit dengan tepat...tapi akhirnya Alhamdulillah...siap juga sepenuhnya...baru la QH tahu tidak mudah untuk menyiapkan buku masakan ni...

Ketiga2 buku ini telah dikeluarkan lebih kurang selepas 2 minggu puasa dan telah berada di tangan QH pon masa tu...cuma bulan puasa hari tu QH tak berkesempatan untuk mengeluarkan entri ini...sibuk dengan biskut raya...hihihi...untuk mendapatkan buku2 ni, sekarang ianya telah berada di MPH seluruh Malaysia dan kedai2 buku yang terpilih...ianya juga turut akan berada di Singapura dan Brunei...jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku resepi QH ini yer...setiap buku dijual pada harga RM9.90...afdal dapatkan ketiga2 sekali...hehehe


Mengenai resepi2 di dalam buku ini...ianya tidaklah sepenuhnya resepi dari QH sendiri...QH ambil dari rakan2 blogger yang lain, rakan2 di FB dan dari majalah...sepertimana biasa resepi yang QH ambil ada sebahagiannya QH olah mengikut citarasa sendiri...di sini QH ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang resepi yang QH ambil resepinya...juga kepada rakan2 dan pengunjung2 blog QH yang lain...yang sentiasa memberikan sokongan buat QH untuk terus menghidupkan blog ini...tanpa sokongan2 yang diberikan mungkin QH tidak akan sampai ke tahap sekarang ini...InsyaAllah QH akan terus berkongsi resepi sehingga termampu... 

Sekalung penghargaan dan terima kasih juga ingin QH sampaikan buat En. Hishamuddin dari Kongsi Resepi dan Ms Lillian Ng dari MPH yang mempelawa, memberi peluang yang sangat besar dan kepercayaan kepada QH untuk turut sama terlibat dalam projek buku Siri Blogger Masakan ini...terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dari awal sehingga terhasilnya sebuah buku...tidak lupa juga terima kasih kepada warga MPH yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan projek ini...QH minta maaf kerana lewat menyiapkan buku ini dari jangka masa yang ditetapkan...


MPH online

Oh yer...buku2 ini selain boleh dibeli dikedai2 MPH dan kedai2 buku berdekatan...ianya boleh juga dibeli secara online di laman web MPH...klikkan saja pada link tersebut di caption gambar di atas...caranya pilih Title dan taipkan Siri Blogger Masakan atau pilih Author dan taipkan Qasey Honey...akan keluar senarai buku2 ini...

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh tinggalkan komen di ruangan ini...InsyaAllah QH akan menjawab pertanyaan yang dikemukakan...

Akhir kata semoga apa yang QH kongsikan di dalam buku ini dapat dimanfaatkan bersama...jika terdapat kekurangan dan tidak memenuhi citarasa anda QH mohon maaf...sebab QH bukan seorang chef atau profesional dalam bidang kulinari ini...QH hanya seorang blogger masakan sahaja yang suka mencuba pelbagai resepi...

Ok sampai di sini dulu kita berjumpa...InsyaAllah ada resepi baru yang QH cuba nanti...blog akan diupdate seperti biasa...salam sayang semanis gula untuk semua...JANGAN LUPA DAPATKAN BUKU MASAKAN QH TU YER...banyak resepi2 yang sedap2 dan QH tak pernah kongsikan di blog sebelum ini...pada yang sudah dapatkannya...TERIMA KASIH BANYAK2 ^_^  



19 comments :

izahdaut said...

tahniah qh.
u deserve it.
memang antara blogger yang sangat cantik hasil photonya.
tahniah skali lagi.. numpang happy :)

Bicara Kak Noor said...

assalam QH, wah tahniah akhirnya dah keluar buku yg pernah QH cerita dulu syukurlah, kaknoor tak sabar nak tengok ni,nanti akak cari di kedai2 buku

Gee® said...

Tahniaaaah...!!

Honey said...

Salam Qasey,

Tahniah ye! :)

Selamat hari raya!

asyifa mustaffa said...

Tahniah QH!
Nak wish kat sini juga...moga terus sukses...:)

Eyma Balkish said...

Tahniah...semoga dapat menghasilkan banyak buku lagi untuk dikongsi bersama :)

Bbwana adienia said...

wah, tahniah la QH..seronoknya kan

Suzana Ibrahim said...

Tahniah QH,kalau jumpa saya pasti akan membelinya..gambar cantik!

Halizah Hamzah said...

Tahniah QH!!👏👏👏💐

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Tahniah QH... nanti akak nak cari buku resepi QH ni :)

mai has said...

tahniah Qh.hebat di online dan juga menapak di offline.saya tumpang gembira...:-)

Amie said...

Tahniah QH...tahniah & tahniah! Moga akan terbit yang seterusnya... meriahnya dunia masakan!

Mummy Dina said...

Tahniah QH! Cantiknye gambar muka depan buku tu..nanti nak gi cari kat MPH la..:)

Mayang ABDUL RAZAK said...

tahniah qh.... mmg layak pun.. semoga lebih maju jaya lagi yer

Nur-nba said...

Tahniah QH.. Gambar2 sangat memukau..Semoga QH terus berkongsi resepi dgn kami..

jamiah tulisman said...

Tahniahhh....baru baca entri ni..baru tahu QH dah ada buku masakan..tak sabar nak pegi beli

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam QH..walaupon dah trlambat nak ucapkn.InnshaaAllah,klu g kedai MPH..kak atie cari buku Qh ni yer...

Rosdi Eunos said...

Tahniah untuk saudari ..
seronok bila minat ni di hargaikan?. Semoga terus sukses dan prolifik dalam menjadi blogger masakan yer?

Peron said...

OMG, sedapnya puding tu >.< nak order.

Sekiranya memerlukan servis membina laman web, bolehlah kunjungi http://www.perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/ untuk mendapat info selanjutnya.

Kalau ada website untuk display semua jenis makanan bestlah untuk saya pilih :D