Friday, July 4, 2014

BISKUT MILKY OREO



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Bertemu lagi semua…
Hari ini sudah masuk Ramadhan yang ke 6 kan…

Sudah terfikir2 ker nak masak apa petang ni untuk menu berbuka?? QH?? Masih setia untuk ronda2 ke bazar yang berdekatan…hihihi…kebiasaannya takde la nak round 1 bazar tu...QH terus tuju ke gerai yang sudah biasa dan tiap tahun memang gerai2 tu aja la yang memenuhi citarasa QH…suka tengok orang2 yang berniaga ni...macam2 juadah ada...lagi 1 QH suka juga tengok gelagat pembeli yang pelbagai karenah...hehehe...masa2 ni la kita dapat tengok semua tu kan...nak tahu bazar mana yang selalu QH tuju?? QH lebih suka ke bazar Taman Melawati…bukan tak nak masak sendiri tapi balik kerja pon dah rasa macam letih sangat…jadi beli jer la apa yang patut…lagipon masa berbuka kita bukan boleh nak makan banyak sangatkan…makan kuih2 dan minum air pon dah rasa kenyang…bulan puasa macam ni jarang la nak makan yang berat sangat kecuali takde kuih2 tu…hehehe…baru la akan berbuka dengan nasi terus…untuk bersahur pula lagi simple aja yang QH makan…biasanya QH akan bersahur dengan roti ker, nuget2 ker, lempeng dan air manis saja…cukup dah...tapi kalau balik kampung nak cari nasi la pulak kalau bersahur...hihihi...mungkin kumpul ramai2 tu boleh jadi berselera kot...


Ok habis dah cerita bab berbuka dan bersahur tu…sekarang ni QH nak kongsikan koleksi biskut raya untuk tahun ini... hehehe…ok tipu sebenarnya…biskut raya ni tahun lepas lagi QH dah buat…cuma tak sempat aja untuk QH kongsikan di sini…hampir setahun tu peramkan resepi ni…aduhaiii…^_^

Tapi QH masih ingat lagi akan rasanya tu...biskut ni memang sedap dan senang untuk buat biskut ni...tak banyak ragam...kejap aje dapat siapkan biskut ini...macam mana kita acu...macam tu jugak la kejadiannya selepas bakar...pastu dah boleh didekokan iku kreativiti masing2...

Resepi biskut ini QH ambil dari blog Akma...terima kasih ye Akma sudi berkongsi resepi biskut ini...untuk coklat putih tu QH menggunakan brand Beryl's Gourmet...sebab ramai yang bertanyakan coklat brand ape yang QH guna...lagi 1 coklat brand ni senang nak dapatkannya...mana2 bakery banyak jual brand ni...

Baik la jika sudah berkenan dengan biskut raya ni...boleh la salin resepinya di bawah tu yer...selamat mencuba...


MILKY OREO

Bahan A
130 gm butter
70 gm gula kastor
1/4 tsp esen vanila
Secubit garam

Bahan B
170 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
20 gm tepung beras
20 gm cornflakes – kisar halus
20 gm serbuk badam – bakar dulu
20 gm badam nib – bakar dulu
20 gm serbuk oreo
1/8 tsp baking powder

Cadangan Hiasan:
Coklat Putih - brand Beryl's Gourmet
Serbuk Oreo

Caranya:
Pukul bahan A hingga sebati.
Masukkan bahan B dan uli hingga jadi doh. Biarkan selama 20 minit.
Canai dan terap dengan acuan yang disukai dan bakar hingga masak.
Setelah masak, biarkan sejuk.
Celupkan dengan coklat putih dan terus tabor serbuk oreo.

Selepas coklat kering bolehlah simpan dalam bekas kebas udara.


Tips SSK Mencairkan Coklat Putih:
Terlebih dahulu didihkan air dalam periuk kecil
Potong coklat kecil-kecil, masukkan dalam bekas tahan panas. Tambahkan sedikit shorting. Timbang shortening yang digunakan adalah 10% daripada timbangan coklat.
Setelah air mendidih, kecilkan api. Jika perlu tutup api. Tapi saya biasa kecilkan saja. Lepas itu letak bekas berisi coklat di atas periuk didihan.

Kaedah ini dinamakan doubleh boiler. Perlu diingat, meletakkan bekas berisi coklat itu hendaklah dilakukan tanpa menyentuh air tersebut. Kita hanya perlukan wap panas air didihan itu sahaja untuk mencairkan coklat putih, berlainan dengan coklat masakan.


8 comments :

PetakBunga said...

boleh dah ni .. start buat biskut raya ni.

idzwa kamaruddin said...

nyums!~

asyifa mustaffa said...

Ada pula tepung beras tu...hehe...

Rohah said...

Asslama QH...dah lama akak tak bertandang ke sini...
meriahnya biskut ni...macam nak cuba je utk koleksi raya tahun ni...
tapi tahap kerajinan tipis la...
;]

Bbwana adienia said...

wah, mesti sedap biskut ni kan QH..dari bahan2 ja pun dah tau sedap..^_^

fazianbatrisyia said...

mesti sedap ni....oreo...coklat

alya zainol said...

Salam..kak, berapa lama nk bakar n kalau x letak shortening dlm white coklat boleh tak? :-)

Qasey Honey said...

wasalam...bakar dlm 15-20 minit pd suhu 180C..bergantung jugak pd suhu oven di rumah..coklat puith xperlu letak shortening..