Thursday, May 15, 2014

SAMBAL SOTONG



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Bersiaran lagi hari ni…

Hmmm dah lama rasanya QH tak berkongsi resepi lauk pauk di sini…kali terakhir beberapa bulan yang lepaskan…QH tetap memasak seperti biase di rumah…cuma masak yang simple2 dan kebanyakkan resepi ulangan yang QH telah kongsikan di blog…jadi takde la QH nak kongsikannya lagi…hehehe…sebab QH suka resepi yang pelbagai untuk blog QH ni...kalau ada resepi yang sama pon...biasanya akan QH olah ianya menjadi resepi lain pula...baru la pelbagai sikitkan...blog ni QH nak jadikannya sebagai satu buku masakan untuk diri sendiri...ala2 versi digital la kononnya...hihihi...senang untuk dirujuk di masa2 akan datang...sedara mara, kawan2 atau sesiapa pon boleh jadikan sebagai rujukkan...QH pon tak sangka sehingga sekarang ni...QH dapat menghasilkan dan berkongsi dari satu resepi kepada beratus resepi dalam blog ni...hai laaa bangga pula pada diri sendiri...hehehe...


Tapi diakui sekarang ni QH agak malas sikit nak pegang kamera...keluar ke mana2 pon dah jarang nak angkut sekali...kalau bawak pon memang bawak saja je la...tak digunakan pon...ni semua sejak2 QH ke kursus fotografi la ni...tak pasal kursus tu pulak disalahkan...hehehe...entah la...konon2nya perasan macam dah pro sangat la tu...hihihi...tersimpan saja kamera tu dalam drybox...jadi sia2 dah ilmu yang QH dapat tu tak dipraktikkan selalu kan...tapi bile tengok gambar orang lain yang cantik2...ada juga perasaan iri hati tu...dalam hati siap berkata2 nak buat lebih dari tu...tapi setakat tu saja je la...lepas tu takde maknanya nak buat ape2 pon...boh layan...hehehe...itu dah kelebihan masing2...no dengki2 okey semua...



Ok la melalut ke mana2 pulak...ngeee...resepi kali ni QH ambil dari dapur CMG@Dapur Tanpa Sempadan...Sotong Sambal ni memang salah satu kesukaan QH...macam mana la tak terliur dibuatnya bile abang Che Mat kita ni tayang lauk ni di FB...dengan sambalnya yang merah menyala tu...wajib la mencari sotong dan masak...kebetulan masa tu ramai pula yang menayang lauk sambal sotong...lagi la tak boleh tahan melihatnya...hmmm sebenarnya kalau sotong masak apa pon memang QH suka...hehehe...sebelum lupa...terima kasih yer pada abang Che Mat yang sudi berkongsi resepi yang sangat mengujakan selera QH ni...memang sedap, cukup rasa dan boleh bertambah nasi dibuatnya...mungkin sebab kami sama2 orang Johor kot jadi seleranya pon seia dan sekata saja...hehehe...pandai la tu...pada yang ingin mencuba lepas ni...resepinya seperti di bawah yer...untuk resepi ni QH takde nak olah ape2 pon...semuanya QH ikut seperti resepi yang ada...cuma air tu QH lebihkan sedikit bagi berkuah sambal sotong tu...ok selamat mencuba semua...


SAMBAL SOTONG

Bahan-bahannya
400 gram sotong bersaiz sederhana (cuci bersih dan tak perlu dikerat, toskan)
1 senduk nasi penuh cili kisar
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus
7 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
4 biji cili merah, belah 2 dan buang bijinya
1/2 inci halia
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan, dibakar wangi

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak.
2. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan masak hingga sambal pekat.
4. Tambah sotong dan bawang besar, gaul rata dan masak hingga sotong mengecut (kurang lebih 4 -5 minit, kalau masak lama2 nanti sotong liat), rasa dan jika ok boleh matikan api.
5. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.


4 comments :

aima said...

faberet ni

Bicara Kak Noor said...

tak boleh di tolak kalau sambal sotong ni, makan nasi pun mesti tambahhhh sedappp

Amie said...

Macam lama rasanya tak kunjung ke sini... rindu kat QH! Rindu masakannya!

Rohah said...

assalam...meriahnya tgk sotong...tp kan,akak dah banyak bulan tak membeli sotong