Monday, May 12, 2014

NUTELLA PRETZEL BROWNIES



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Akhirnya bersiaran juga QH hari ni...rindu sangat2 dengan dunia blogging ni...tapi selalu saja tak sempat untuk mengupdate...bertambah pula untuk berjalan ke blog lain...

Ok sebelum cerita hal2 lain...QH ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua pengunjung dan kawan2 yang telah bergelar ibu serta yang akan bergelar ibu nanti...tiada yang lebih murni daripada tugas dan peranan seorang ibu...tak lupa juga SELAMAT HARI IBU buat mak QH Puan Khadijah binti Abu Bakar...


“Mak, kau telah melihat aku tertawa...
Kau juga pernah melihat aku menangis...
Aku mungkin tidak selalu mengatakan hal ini...
tapi terima kasih untuk segalanya dan aku mencintaimu...”
‘SELAMAT HARI IBU’


Mungkin ade yang tertanya2...mengapa dan kenapa QH dah lama tak mengupdate blogkan...sebenarnya blog QH ni ada masalah sikit...baru2 ni QH dapat message dari Google ade seseorang yang cuba untuk menukar kata lalu akaun QH ni...hmmm kenapa la ada yang berniat tidak2 macam tu dengan QH...entah apa lagi yang nak di skodengnya...nak resepi...detail dah QH bagi..takde yang tersembunyi pon...macam mane QH buat...macam itu jugak la resepi yang QH kongsikan pada semua...


selain tu komen2 pula rupanya selama ni semua masuk ke spam...entah2 ade komen yang QH dah terdelete agaknya...sebab kalau kat spam tu...macam2 komen masuk...komen yang tak lojik pon banyak...tak sempat nak baca satu persatu...patut la bila tengok blog...takde sesiapa pon yang komen...tanggapan QH mungkin ramai yang dah lupa dengan blog ni...sebab akhir2 ni QH jarang sangat ke udara...tetapi sebaliknya yang terjadi...

waktu sekarang semuanya dah ok...harap lepas ni takkan terjadi lagi perkara yang sebegitu...sebab QH sangat sayang pada blog ni...


untuk pengubat rindu...hari ni QH kongsikan nutella pretzel brownies untuk semua...brownies ni memang sedap sangat2...resepinya QH ambil Darla@Bakingdom...kesemuanya QH ikut macam resepi yang diberi...cuma ada tambahan sikit aje...QH tambahkan biji apricot...ianya sejenis kekacang juga...QH belinya di Bake Yin, KL...ternampak kacang ni di rak terus ambil...rupanya tu pula macam biji badam tetapi saiznya tu kecil sedikit...sedap dan ade rasa2 lemak...

di bawah brownies ni sebenarnya ada dasarnya dari campuran serbuk pretzel...tetapi dalam gambar ni tak nampakkan...nak tengok versi Darla boleh klik pada di SINI...pretzelnya boleh guna ape saje...nak yang perasa original boleh...nak yang bersalut coklat ke...yang pelbagai rasa pon boleh...ikut pada selera masing...atasnya tu pula nak susun satu2 macam QH buat tupon boleh...nak susun rapat2 dan banyak2 pon boleh...ikut pada selera sendiri...yang pasti brownies ni sangat sedap dan agak manis sedikit...boleh kurangkan sikit penggunaan gula di bawah tu...QH sediakan dua versi resepi...jadi pilih la mana yang senang...selamat mencuba semua...


Nutella Pretzel Brownies 

Makes 1 8×8-inch batch

Ingredients
FOR THE CRUST
1 1/2 cups pretzels
1/3 cup brown sugar
3 tablespoons unsalted butter, melted

FOR THE BROWNIES
1/2 cup (50 grams) unsweetened cocoa powder
1/2 cup (64 grams) all-purpose flour
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon salt
1/2 cup (1 stick or 113 grams) unsalted butter
1 cup (200 grams) sugar
2 eggs
1/2 teaspoon vanilla extract
1/3 cup nutella hazelnut spread

More Nutella spread for frosting the brownies
Extra pretzels for garnishing
To make the crust: Preheat oven to 350 degrees. Lightly coat an 8 x 8 inch baking dish with cooking spray; set aside.
Place the pretzels in the bowl of a food processor and pulse until broken up into tiny pieces. Add the sugar and pulse until combined, then pour in the butter. Continue pulsing until combined.
Press the pretzel mixture firmly into the prepared pan. Bake for 12 to 15 minutes, until the edges are golden and the crust feels firm.
While the crust is baking, make the brownies: In a medium bowl, combine the cocoa, flour, salt, and baking powder; set aside.
In a medium saucepan, melt the butter. Once melted, remove from heat and whisk in the sugar until combined.
Add the eggs, one at a time, mixing well after each addition. Stir in the vanilla and Nutella.
Whisk in the dry ingredients until combined and pour the batter into the prepared pan.

Bake for 35-40 minutes, or until a toothpick inserted in the middle comes out with a few crumbs clinging to it. Allow brownies to cool for at least 45 minutes before frosting with nutella spread and garnishing with pretzels.


NUTELLA PRETZEL BROWNIES

Bahan2
Lapisan dasar
1 1/2 cawan pretzel - dikisar
1/3 cawan gula perang
3 sudu besar mentega tanpa garam - cairkan

BROWNIES
1/2 cawan (50 gm) serbuk koko
1/2 cawan (64 gm) tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan (113 gm) mentega
1 cawan (200 gm) gula kastor – QH kurangkan ke 170gm
2 biji telur gred A
1/2 sudu kecil vanila
1/3 cawan nutella – boleh tambah lagi jika suka
1 cawan kacang/biji apricot @ jenis kekacang yang disukai – dikisar kasar (QH tambah)
Pretzel secukupnya

Caranya
Panaskan oven pada suhu 180C (bergantung kepada kepanasan oven masing2).
Griskan loyang 8x8 inci dengan sedikit mentega dan alaskan dengan baking paper.

Sediakan bahan dasar brownies terlebih dahulu.
Kisar pretzel dan masukkan ke dalam bekas yang lain. Masukkan gula perang dan gaul sehingga rata.
Kemudian cairkan mentega dan gaulkan ke dalam campuran pretzel tadi.
Tuang campuran tadi ke dalam loyang. Rata dan padatkan permukaan dasar tersebut.
Bakar selama 12 – 15 minit atau sehingga bahagian dasar tersebut keperangan.
Jangan sampai hangit.

Sementara menunggu bahagian dasar tersebut masak, sediakan bahan untuk brownies pula.
Satukan serbuk koko, tepung, garam dan serbuk penaik dalam 1 bekas. Gaul rata dan ketepikan.
Dalam bekas yang lain cairkan mentega. Matikan api.
Kemudian masukkan gula. Gaul menggunakan whisk sehingga rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Gaul lagi sehingga rata.
Masukkan pula vanilla dan nutella.
Masukkan campuran bahan kering tadi ke dalam adunan mentega. Gaulkan sehingga rata.
Terakhir sekali masukkan apa saje jenis kekacang yang disukai.
Tuangkan adunan brownies ke dalam loyang crust tadi.
Susun pretzel di atasnya.
Bakar selama 35 – 40 minit atau sehingga masak.

Sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong. Boleh dihiaskan jika suka.


6 comments :

Bicara Kak Noor said...

salam QH alahai macam2 ya sekarang ni banyak yg tak senang duduk dgn kesenangan orang, ada saja yg durang buat nak bagi kita susah, nasib tak terjadi pada kak noor kalau tak mmg orang tua ni tak tau nak buat apa haha, tapi blog kak noor tak hebat macam QH tkde yg bekenan pun kan, tumpang tanya cikit pretzel yg siap tu nk beli kat mana? hahaha sbb teringin nk buat brownies ni anak2 sukaaa

mia izzati said...

kretipnya kak...nampak sedap tu tak tahan..

norhidana miswan said...

sana sini org dok tayang pretzel nih... bt geram org je...

Bbwana adienia said...

salam QH..

dalam dunia blogging ni macam2 orang yang ada..ada yang suka dan ada pula sebaliknya..sabar ja la kan..apapun, brownies tu nampak sedap..

tun_telani said...

Salam kak QH... welcome back! ^^ mmg mcm2 dugaan berblogging nih.. tp gembira sbb jumpa ramai kawan yg baik2 :)

Mai Has said...

bosan2 makan pretzel begitu sahaja, letak atas brownie plakk...good idea!saya akan cuba.:-)