Monday, March 31, 2014

CONGO BAR



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Jumpa lagi semua…

Mohon maaf banyak2 sebab sekarang ni jarang2 sangat untuk bersiaran seperti biasa…macam mana pon QH akan cuba untuk berkongsi dan sediakan resepi yang terbaik buat semua pengunjung blog QH…terima kasih juga kepada kawan2 di luar sana yang telah mencuba resepi2 yang terdapat dari blog QH ni…semoga resepi yang ada di dalam blog ini dapat dimanfaatkan bersama…tak kira lah sama ada ianya dibuat untuk hidangan sekeluarga atau menjamu sahabat handai yang datang berkunjung…silalah ambil dan selongkar la resepi yang ada di dalam ni…QH juga tumpang gembira bila ada yang mencuba resepi dari sini…pastu berjaya membuatnya…tak kurang juga ada yang sudah mula mengambil tempahan…itu semua rezeki masing2kan…QH percaya rezeki itu ada dimana2 saja…jika rajin usaha pasti rezeki itu berpihak kepada kita…InsyaAllah…jika kita ikhlas maka adalah ganjaran untuk kita nanti…


Ok hari ni nak berkongsi pula resepi yang telah berkali2 QH cuba…bukan sebab tak menjadi…tapi bila dah siap tu…malas pula nak ambil gambarnya…ngeeee…tapi kali ni nak taknak kena keluarkan jugak walaupon malu nak tayangkan pada semua…boleh tengokkan apa sebab2nya tu…bila rajin ni la…boleh la pulak terhangus sikit bahagian atasnya tu…sabar je la…abaikan saja yer yang hangus tu…seni tu tau…bukan senang nak dapat…hehehe…nasib baik tak menjejaskan rasanya tu…


Sudah pasti ramai yang telah mencuba congo bar ni kan…rasanya tu yang susah kita nak terangkan di sini…senang cakap kena cuba…memang sedap…pasti akan membuatkan sesiapa saja berulang makan sampai habis…nak buatnya pula tidaklah sesusah mana pon dan bahan yang digunakan pon tak susah untuk dicari…resepi ni QH ambil dari blog Kak Rima…terima kasih ye kak…memang memenuhi citarasa QH…di bawah ni ade 2 versi resepi…resepi omputih tu dari Kak Rima…untuk bahasa melayu tu pula QH ambil dari blog Izah…bolehlah ikut mana satu resepi yang mudah untuk difahami yer…selamat mencuba…


CONGO BARS
By: Kak 
Rima

Ingredients
2 3/4 cup all purpose flour (315g)
2 1/2 tsp baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened (150g)
1 lb. light brown sugar (453g) (QH used 360g)
3 eggs (QH used gred A)
1 tsp vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips (326g) (QH used chocolate rice 200g)
1 cup chopped pecans (optional) (QH used walnut)

By mixer:
Sift flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside.
Combine butter and sugar using a mixer until blended.
Add eggs, one at a time to sugar mixture, mixing on low in between each addition.
Add vanilla and mix.
Add flour and mix until combined.
Stir in chips and then pecans.

By hand
Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.

Coat a 13 X 9 (QH used 10x10) pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish (QH used parchment paper)
Bake at 170C for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake.




CONGO BARS (versi Bahasa Melayu)

Bahan-bahannya:
2 3/4 cawan tepung serbaguna (all purpose flour)
2 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
2/3 cawan butter- dilembutkan
1 lb. gula perang lembut (light brown sugar
3 biji telur
1 sudu teh vanilla essence
11.5 ounce milk coklat chip
1 cawan kacang pecan dicincang

Menggunakan mixer:
Ayakkan tepung bersama baking powder dan garam ke dalam mangkuk yang besar dan ketepikan.
Satukan butter dan gula perang menggunakan mixer sehingga benar-benar sebati.
Masukkan telur satu persatu dan sebatikan dengan perlahan-lahan menggunakan mixer.
Masukkan pula essence vanila dan sebatikan.
Kemudian masukkan adunan tepung dan sebatikan. 
Akhirnya masukkan pula coklat chip dan kekacang, dan satukan.

Menggunakan tangan:
Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
Satukan butter  dengan gula sehingga benar-benar sebati. Disarankan menggunakan belakang sudu untuk memudahkan kedua-duanya sebati.
Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan butter dan gaul sebati setiap kali telur dimasukkan.
Masukkan vanila, kacang dan coklat.
Akhirnya masukkan adunan tepung.

Griskan loyang 13x9 dengan sedikit butter. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit.



12 comments :

norhidana miswan said...

nama dia nanmpak tak menyelerakan tp rasa dia comfirm sedap kn

Liza said...

salam QH, dah banyak kali buat congo bar ni ye. akk jugak la yg tertinggal...hihii

Rizziela said...

memang nak kena buat gak la...sedap nampak

Sue Bee said...

yummy!..

Gee® said...

QH... k.gee angkut resipinya yer... menggoda!!

mama sara nur said...

Assalam qh
Sedap nya, tgk dah tau sedap ni
Smlm akak berkira-kira nk buatnya pastu x jadi he hee simpan butter blk tp hari ni nmpk kat blog qh terus tambah semangat hihii
Nak try nk tryyyy jgk

Shiela said...

nak sikittttt.. :)

Bbwana adienia said...

salam QH..

cantik dan menggodanya congo bar tu..sya x pernah buat lagi..insyaallah ada masa nak juga try buat ni nanti.

Nieda ramly said...

kacang2 ni mmg kesukaan saya

fuzza nissa said...

Nk cuba gakk...

www.mummysayf.blogspot.com

Anonymous said...

1 lb gula perang tu byk mne ea. Maaf bdh bru blajr..huhu

Anonymous said...

Saya sedang cuba resepi ni
masih dalam oven
TQ QH