Wednesday, January 29, 2014

AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Pening arr
Mane tak peningnye…malam tadi ade 2 siaran yang mesti di tonton…hehehe…final Mastercheff All Star…pastu dalam masa yang sama ade bola pulak…JDT vs Lion XII…tapi QH tengok final MCAS tu dulu…dah habis…baru tukar channel…seri pula perlawanan malam tadi…takpe JDT teruskan usaha untuk perlawanan akan datang…jangan kecewakan penyokong2 anda yer…


Buat Zamir tahniah kerana berjaya merangkul gelaran Masterchef All Star Malaysia yang pertama…tak sangkakan…awal2 tengok rancangan ni…QH ade la ramalkan peserta yang lain yang akan menang…sebab nampak Zamir kurang menyerlah sikit dengan peserta yang lain…tetapi lama kelamaan baru nampak taringnya…rupa2nya diam2 Zamir ni berisi…berjaya hingga ke final…suka tengok presentation Zamir untuk final MCAS malam tadi…lagi2 menu yang pertama tu…ade standard yang tersendiri…walaupon masih muda tapi cukup menyerlah…(ceh pandai ekkk nak komen orang) hehehe…pada semua peserta MCAS yang lain…walaupon tidak berjaya tetapi anda juga adalah yang terbaik…


Ok sampai masanya untuk QH kongsikan 1 resepi yang begitu meletop2 dan panas beberapa bulan yang lepas…berjaya jugak QH nak mengupdate resepi ni…walaupon lambat…takpe janji diri sendiri puas hati…hihihi…yang menjadikan ianya meletop bile ramai yang tengok agar2 ni dari IG Datuk Siti Nurhaliza…termasuk la QH…hehehe…selepas tu terus masing2 nak mencubanya pula…kat wall FB ataupon blog masa tu penuh dengan resepi agar2 ni…QH sendiri sudah 2-3 kali buat agar2 ni…memang puas hati dengan hasilnya…agar2 ni bukan la baru semalam QH buat tau…ianya sudah hampir 3-4 bulan gitu…QH kan beberapa bulan yang lepas terberhenti sekejap dari berblog…jadi resepinye pon lambat sampai di sini…hehehe…


Resepi agar2 ni QH ambil dari blog Kak AlongRoz yang merupakan pemilik asal resepi ni…terima kasih pada akak sudi berkongsi resepi yang sedap lagi meletop ni buat kawan2 yang lain…izinkan untuk QH kongsikan pula resepi ni di blog QH pula yer…pada yang masih belum lagi mencubanya…dipersilakan cepat2 untuk mencubanya yer…pasti berbaloi tau…seindah nama sesedap rasa!!! selamat mencuba…


Heavenly Milo & Oreo Jelly (Agar-Agar Milo Lapis Oreo)

BAHAN2:
1 bungkus / 10 gm Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750 ml Air
160 gm Gula
1 tin (400 gm) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137 gm) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain & campurkan milo sehingga sebati.
3. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam loyang bersaiz 8 inci atau acuan kecil.
4. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku.
5. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo.
6. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.


Cara QH:
1. Cara penyediaannye sama seperti di atas.
2. Bahagikan adunan secukupnya. Satu dibiarkan dengan warna asal dan 1 lagi adunan dicampurkan dengan serbuk milo.
3. Kedua2 adunan agar2 ni hendaklah sentiasa dipanaskan di atas api kecil dengan cara double boiler untuk memastikan adunan tidak membeku dan mengering serta hangus.
4. Tuangkan lapisan pertama adunan coklat ke dalam acuan yang kecil. Biarkan seketika atau mengeras sedikit. Goreskan permukaan lapisan tadi dengan garfu.
5. Kemudian tuangkan pula adunan agar2 yang putih pula. Letakkan sekeping biskut oreo dan tekankan sehingga tenggelam. Biarkan ianya mengeras sedikit.
6. Goreskan permukaannya denga garfu sebelum tuang adunan agar2 seterusnya. Biarkan seketika di luar sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.  


TIPS UNTUK MELAPIS DARI HOMEKREATION:
a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya sebab takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dengan garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.

b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dengan baik.

11 comments :

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya QH teringin pulak akak mencubanya..... ramai dah tayang di blog dan FB ni ;)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam QH...sedapnya mkn sejuk2 nie :)

Bbwana adienia said...

salam QH..

agar2 tu nampak sedap sangat..apalagi ada oreo di lapisannya..memang mantap kalau dapat makan..

asyifa mustaffa said...

Lama nya x buat ni...serius mmg sedap kan....

sabar dubai said...

Hohoho sgt2 terliur qh

Umie Jazz said...

Assalamualaikum HQ terbaekk...

Gee® said...

nyum nyum 100x... terlior!!

asmah yusof said...

Mmg mengancam la QH...;)

Noor Syazwani Sukarno said...

memang meletop!!! tak lama agar2 ni masuk live kat meletop pulak hiiii

Mori Said said...

salam qh.... cantek agar2 tu... yummyy...

Nur Zayyani Liman said...

cantik bentuk puding tu..just nice..thanks sharing qh..