Wednesday, February 27, 2013

AYAM MASAK UJANG



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Cakkk kembali bertemu lagi di sini…^__^
Aduhaiii sekarang ni bile dah selalu tenggelam timbul di blog…sedikit sebanyak boleh membuatkan diriku ni agak malas sedikit untuk mengupdate blog seperti dulu…buka tutup buka tutup aje blog tu setiap hari…ade masa kadang tu siap mengantuk yang teramat sangat bile berada di depan komputer ni…jauh sangat bezanya sewaktu mula berblog dulu…boleh bertahan berjam2 mengadap blog…mungkin sudah faktor usia kot…hehehe


Sebelum terlupa…QH nak ucapkan selamat datang kepada follower baru kerana sudi berkunjung dan follow blog QH ni…nanti QH akan follow balik blog anda pula yer...tugasan QH untuk BW pon belum selesai lagi ni…akibat line tenet yang kesemputan sekarang…terpaksa berkali2 refresh setiap blog untuk meninggalkan komen…insyaAllah lepas ni akan menyambungkan semula tugasan tersebut bile dah siap semua kerja2 kat opis nanti…hihihi…QH hargai sangat untuk setiap komen2 indah yang kawan2 tinggalkan untuk QH…tanpa kawan2 siapa la QH ni…terima kasih :)


Baikla kali ni QH kembali nak kongsikan resepi lauk pauk pula…pernah dengar tak resepi Ayam Masak Ujang ni…mungkin rata2 ade yang tak tau kot…andaian saje yer…mane yang tau tu tentu orang Kluang…hihihi…sebab resepi ni agak popular  juga kalau di Johor…dari mane asalnya resepi ni QH tak pasti la pula…hehehe…tapi kalau kita ke kedai makan sesetengah kedai ade menyediakan menu ni…kalau di Kluang tempat popular masakan ujang ni di kedai makan dekat keretapi tu…memang sedap pon…bile dah selalu makan boleh agak la bahan2 yang digunakan tu…adik ipar QH pon pandai jugak masak ujang ni…dulu minta aje dia masakkan kalau tiba2 teringin nak makan…hehehe


Sekarang ni hubby QH pula yang terer masak lauk ujang ni…menu yang kerap juga la dimasak di rumah ni sebenarnya bila dah buntu nak masak lauk ape…cara masakannya pon simple saje…yang paling penting ianya sedap dan pedas berapi…hihihi…lauk ujang juga boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi goreng…makan dengan nasi putih la lagi sedap…pasti boleh membuatkan kita makan bertambah la ketika tu…hehehe…pada yang ingin merasa boleh la mencubanya yer resepi dari hubby QH ni…berbaloi2…selamat mencuba


AYAM MASAK UJANG

Bahan2
1/2 ekor ayam – di potong kecil2   
2 biji bawang besar – potong bulat
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi – diketuk (boleh tambah jika suka lebih pedas lagi)
10 sudu makan sos tiram
Tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukupnya

Caranya
Ayam dipotong kecil2 dan dibersihkan. Gaul ayam tadi dengan sedikit garam.
Goreng ayam tadi 1/2 masak atau jangan terlalu garing biar lembap2 sedikit. Angkat dan ketepikan.
Tumbuk hancur bawang putih, cili padi dan sedikit belacan. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum. Masukkan hirisan bawang besar yang dipotong bulat tadi.
Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.
Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan masak hingga pekat.
Masukkan ayam goreng dan gaul rata2. Masak sekejap. Rasa, dan jika ok boleh matikan api.
Boleh dihidangan dengan nasi putih atau nasi goreng.



Saturday, February 23, 2013

FOTO MINGGU INI : TELUK KEMANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Jom layan gambar pula...hari ni tiada resepi yang QH nak kongsikan...sesekali ape kata kita rehatkan minda dengan melayan gambar saje...cuti akhir tahun lepas sebelum balik ke Johor...QH singgah sebentar ke Teluk Kemang yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan...tak mandi manda pon...cuma saje cuci mata dengan keindahan alam semulajadi di tepi pantai pula...kalau dah time cuti sekolah Teluk Kemang ni dah sah2 la ramai yang berkunjung...memang jem nak ke sana...parking pon memanjang full...bertawaf jugak la kat situ untuk dapatkan parking...hihihi




Mungkin ade di antara kawan2 di luar sana yang belum berkesempatan lagikan nak ke Teluk Kemang ni...jadi QH kongsikan sebahagian gambar ape yang menarik yang ade di situ...macam2 ade...hehehe



Selain cuci2 mata tu...sambil tu QH nak belajar photography la konon2nya...sebab ramai yang bertanya macam mane QH mengambil gambar dan tekniknya...sebelum nak kongsikan dengan kawan2 yang lain...baik la QH penuhkan ilmu didada ni dulu...InsyaAllah bile dah rasa cukup ilmunya tu QH akan kongsikan di blog pula suatu hari nanti...



Tapi dah alang2 ni...QH ceritakan sedikit la teknik yang QH gunakan untuk gambar kali ni...gambar2 yang ade ni kesemuanya QH menggunakan sistem Auto+ dari kamera model Sony a55...tak silap QH model Sony ni ke atas yang ade sistem Auto+ tu...sistem ni senang untuk kita yang baru2 nak belajar mengenai photographer ni...semuanya telah diaturkan dan dikontrol jadi tak perlu untuk mengadjust ISO...cuma perlu fokus pada tempat yang nak diambil...hasilnye bergantung pada cuaca dan cahaya pada ketika itu...untuk gambar ni jugak QH menggunakan lens standard sahaje iaitu 18-55mm... 




memang takde hal la...murah saje 6 barang cuma RM10 saje...betul3 (tak kenal sama sekali model di atas tu)








nampaknye mereka sedang berbincang sesuatu yang penting!




jangan tak percaya di sini pon ade KFC jugak tau!


pemandangan yang indah untuk berjual beli ^__^





Ok sampai di sini dulu yer kita bersiaran...jumpa lagi nanti di lain episod...nanti QH akan BW pula ye ke blog kawan2...selamat berhujung minggu....kbai

Thursday, February 21, 2013

KEK CAWAN COKLAT RASPBERRY



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Alhamdulillah…setelah hampir 2 minggu menyepi dan tidak bersua…akhirnya kita dipertemukan pada hari ni…rindu pula rasanya…apa khabar yer semua?? Semoga semua dalam keadaan sihat dan ceria2 selalu serta persahabatan yang terjalin di alam maya ni akan kekal terjalin mesra dan berpanjangan juga…moga lepas ni juga dapur QH akan kembali riuh rendah seperti dulu ^__^


Bile dihitung sudah lama jugakan QH tidak mengepos resepi baru disinikan…maaf la yer semua…maklum la sejak kebelakangan ni masa agak terbatas untuk berbuat demikian…banyak perkara yang terjadi dan pelbagai kerja yang harus dibereskan…bile berada di rumah QH manfaatkan masa tersebut untuk berehat saje…sedia maklumkan bile badan dah penat ni mula la kesihatan juga sering terganggu…kejap ok dan tidak…


Baikla…setelah sekian lama menunggu…akhirnya muncul juga resepi kek di blog QH ni…kali ni QH mulakan episod kek ni dengan cupcake dulu…masa terhadkan jadi bile buat cupcake ni tidak memerlukan masa yang lama untuk mendeco…jika suka boleh la letakkan buttercream di atas cupcake tersebut…jika tidak boleh dimakan begitu saje…


Resepi ni QH perolehi dari majalah Sedap…QH tertarik untuk mencuba resepi ni sebab ditengah2 kek tu ade filing jem lagi…macam apam polka dot tu…tapi yang ni kek yer…resepi asal kek ni menggunakan jem nenas tapi QH tukarkan dengan jem raspberry...mengikut selera dan stok barang di rumah...bahan2 yang digunakan pon simple sahaje…mungkin bahan2 tersebut sudah tersedia ada di rumah kawan2 juga…rasanya kek ni memang sedap…penuh rasa coklat…pulak tu rasanya tidak la terlalu manis…jadi tak perlu untuk mengurangkan kandungan gula tersebut…


Untuk buttercream pula…QH mencuba resepi dari Chef Azli…buttercream ni pon tidak terlalu manis juga…pada QH tidak muak pula buttercream ni…jadi boleh la cuba yer nanti…kepada sumber resepi pada kali ni QH ucapkan terima kasih banyak2 kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ni…selamat mencuba semua…insyaAllah kita akan bertemu lagi di lain hari dan masa… 


KEK CAWAN COKLAT RASPBERRY
Sumber: Malajah Sedap
Resepi asal: Kek Cawan Coklat Nenas

Bahan2
75 ml susu cair
150 gm coklat masak hitam – dipotong-potong
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
100 gm gula pasir
75 gm mentega tawar
125 gm tepung gandum
25 gm serbuk koko
1/2 sudu makan serbuk penaik
110 gm jem raspberry atau secukupnya – untuk inti
Hiasan – coklat rice, hundred thousand, sprinkle, coklat cincang

Caranya
1. Panaskan susu cair. Matikan api. Masukkan potongan coklat masak hitam. Kacau sehingga coklat larut. Biarkan sejuk.
2. Pukul ringan telur, garam dan gula pasir menggunakan pemutar. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran susu cair sambil dikacau rata. Ketepikan.
3. Campurkan mentega tawar, tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik. Kacau sambil dikacau sehingga berbutir.
4. Masukkan campuran susu cair. Kacau rata.
5. Tuangkan setengah bahagian adunan dalam acuan muffin yang dialas dengan cawan kertas. Isikan jem raspberry. Lapiskan lagi adunan.
6. Bakar selama 25 minit dengan suhu ketuhar 180°C atau mengikut tahap kepanasan oven masing-masing sehingga masak. Sejukkan.
7. Hiaskan dengan krim mentega dan taburan hiasan yang sesuai.


BUTTERCREAM
By: Chef Azli Razali

Bahan2
60 gm gula
50 ml air
180 gm mentega
70 gm krimwell

Caranya
1. Masakan air dan gula sehingga likat seperti membuat air gula yang pekat untuk minuman. Tetapi lebih pekat sedikit.
2. Kemudian, biarkan sejuk sedikit dan keputihan dan bolehlah dipukul dengan mentega dan krimwell sehingga kembang dan putih.


Monday, February 4, 2013

UDANG GORENG TELUR MASIN



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali bertemu semu…
Sila jangan pening yer bile membaca entri pada kali ni…hehehe…sebab empunya sendiri pon agak pening2 lalat sekarang ni…motippp?? Lihat la gambar yang ade pada entri kali ni…punya besauuu gambarnya…berpinau mata ni dibuatnya…mesti gambar kali ni terlebih2 saiznya di skrin komputer semuakan…hihihi…maaf tak boleh diape2kan lagi…bile nak diresizekan seperti biase…gambar2 ni pecah2 pula…mungkin masa ni salah setting camera kot…menu yang nak difokus pon agak2 blur sedikit…jadi sila terangkan mata anda yer…hahaha


Baikla dari terus mata tu berpinar2 tengok gambar yang besar tu kan…nak baca panjang2 pon tentu la dah tak sanggup juga kan…maka elok la jika kita teruskan saje ke perkongsian resepi untuk hari ni…insyaAllah masalah sebegini takkan berulang lagi ^__^…jika ade yang suka lagi bagus…hihihi…


Resepi kali ni QH telah ubahsuai sikit dari resepi asal iaitu Ketam Goreng Telur Masin milik Kak Zila@zila4ever...resepi tu QH dah cuba jugak tapi nanti yer QH updatekan…sebab gambarnya belum habis di edit dan dipilih lagi…hihihi…sebab sekarang masa nak mengadap komputer lama2 amat terhad sekali…sampai masanya akan tertayang la resepi tu…


Untuk Udang Goreng Telur Masin ni…QH menggunakan udang saiz XXL…nak guna saiz biase pon boleh juga…itu semua terpulang pada selera masing2 yer…bile guna udang yang besar sikit ni rasanya lebih puas lagi bile memakannya…banyak isinya jadi terasa la isinya yang manis tu…manis2 masin…tu yang sedap…kalau dimakan begitu saje pon sedap…jadi boleh la dicuba yer nanti…resepinya QH sediakan seperti di bawah ni…


Udang Goreng Telur Masin

BAHAN2
1/2 kilo udang saiz XXL
10 biji cili api - dihiris ikut kepedasan masing-masing
3 tangkai daun kari
4 sudu besar mentega
5 biji kuning telur masin 
4 biji putih telur masin
1 sudu kecil gula
4 sudu besar santan
3 biji bawang putih - di ketuk
3 sudu besar tepung jagung atau secukupnya
garam
serbuk lada sulah secukupnya
minyak masak untuk menggoreng

CARANYA
1. Rebus telur masin terlebih dahulu sampai masak. Kemudian lenyekkan dan hancurkan telur masin tadi.
2. Bersihkan udang dan goreng udang dengan tepung jagung dalam minyak yang terendam sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
3. Panaskan kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sampai wangi.
4. Masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
5. Masukkan santan, gula dan lada sulah. Perasakan kesemuanya.
6. Kacau rata dan tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih.
7. Masukkan udang kacau rata hingga ia menyalut keseluruhan udang dan sedia dihidang.



Friday, February 1, 2013

ROTI JALA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali bersiaran!!!
Selamat bertemu kembali dan salam rindu buat semua…

Hari ni merupakan Hari Wilayah bagi seluruh Wilayah Persekutuan…bermakna CUTI la hari ni…pada yang bekerja tu jangan jeles yer dengan kami…hehehe…lagi bertuah ianya jatuh pada hari Jumaat penghulu segala hari…jadi bersambungan la sampai ke hari minggu nanti…dapat la 3 hari…yehaaaa…memang minggu yang menyeronokkan buat QH ketika ni…minggu ni QH tak terlibat dengan sebarang aktiviti opis seperti sebelum ni…jadi memilih untuk berehat saje di rumah…sebab minggu depan adalah minggu yang cukup2 padat buat QH…


Jadi dikesempatan ni QH mempunyai ruang untuk memberi tumpuan pada blog pula yang sudah semakin terabai sekarang ni…blog pon dah lama tidak berupdate…akibat kesempatan masa yang amat terbatas ketika ini…bile dah setiap minggu takde di rumah…dapur pon dah lama tak berasap dan berkecah…yang paling penting sekali QH dah lama tidak membaking…rindunya nak merasa kek hasil buatan sendiri…silap2 nanti kekok pula untuk mendeco kek bile dah lama tidak diasah bakat tu…hihihi…sungguh tau…tahun ni sebiji kek pon belum terhasil lagi ni…kalau tengok pada list...macam2 resepi kek yang nak diterainya…tapi bile yerk???


Takpe la kita tinggalkan dahulu persoalan tersebut tanpa jawapan…huhuhu…jom nikmati hidangan alam maya hari ni…perkongsian resepi kali ni adalah Roti Jala yang telah dibuat pada tahun lepas…diulang yer tahun lepas…hehehe…ketika tu mak QH datang ke sini…kebetulan ketika tu ade lebihan lauk kari ayam semalamnya…jadi buat la roti jala ni untuk sarapan pada pagi tersebut…kebetulan lagi QH dah lama tak makan…jadi kepingin pula…memang licin…itu QH buat 3 adunan tau…cuma agak penat sikit la memicit botol tu sampai siap…hehehe…tapi berbaloi…


Baik la setakat ni dulu yer entri untuk kali ini…InsyaAllah kita akan bertemu lagi di lain hari pula yer…jom tengok resepi yang QH sediakan dibawah ni yer…Roti Jala dan Kari Ayam…selamat mencuba…^__^


ROTI JALA

Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan KARA
11/2 cawan air
1 biji telur 
1/2 sudu kecil garam
pewarna yang disukai

Cara:
Satukan tepung bersama santan, air, telur dan garam. Kacau sehingga rata dengan menggunakan whisk kemudian ditapis.
Masukkan pewarna dan kacau hingga sebati.
Rehatkan adunan lebih kurang 5-10 minit.
Masukkan adunan ke dalam botol muncung 3 atau acuan roti jala.
Panaskan kuali leper non stick dan oles sedikit minyak pada kuali.
Picitkan adunan tadi ke atasnya.
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat. Tak perlu dibalikkan.
Bila roti jala dah masak, angkat dan gulung atau lipat mengikut citarasa masing2.
Ulang proses tadi hingga selesai.



KARI AYAM
Resepi: Qasey Honey

Bahan2
1/2 ekor ayam
1 paket Perencah Kari Ayam Maggi
1 paket kecil serbuk kari ayam
1 biji bawang besar
4 tangkai daun kari – dihiris
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
5 biji cili padi - diketuk
3 biji kentang – buang kulit dan dibelah 4
Garam, serbuk perasa dan gula secukupnya

Caranya
Panaskan minyak, tumis cili padi dan bawang besar hingga kekuningan & pastikan jangan sampai hangit.
Masukkan perencah kari ayam maggi dan daun kari. Tumis hingga wangi.
Masukkan ayam dan ubi kentang.
Gaulkan ayam dan kentang hingga bergaul rata dengan rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit dengan api sederhana.
Masukkan garam, gula, serbuk perasa, air asam serta santan cair.
Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
Apabila ayam sudah lembut, masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api.
Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap.