Friday, January 25, 2013

AYAM GORENG BEREMPAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Salam Maulidur Rasul buat semua umat islam di seluruh dunia…

Pasti hari ni ramai yang mengambil cuti dan bercutikan…mane tidaknya...jika ambil cuti hari ni bermakna akan merasa la cuti selama 5 hari secara terus meneruskan…boleh la merancang perjalanan bersama keluarga untuk pergi ke mane2 atau peluang yang ade ni dimanfaatkan pulang ke kampong halaman ke kan…semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju serta pulang juga dengan selamat…


Hari ni QH pon tak kerja…kurang sihat…dari semalam asyik duk sok sek2 selsema…tekak pon terasa perit jugak ni…nak ke klinik alahai terasa la beratnya hati…bukan ape tak suka makan ubat…kalau ke klinik sekali pon surat MCnya yang didahulukan bukan ubatnya…sah2 la kan tak makannya sampai kesudah…hihihi…jadi hari ni QH berehat saje la dirumah…sebab bukan senang nak dapat peluang berehat2 sekarang ni…


Sebabnya walaupon kurang sihat…tapi keesokannya QH akan ‘outstation’ jugak ke negeri Perak lagi sampai hari Ahad…takde sape lagi yang boleh gantikan tempat jadi kena pergi jugak la…mudah2an hari Sabtu tu nanti keadaan kesihatan ni dah beransur pulih seperti biase hendaknya…boleh buat kerja tu nanti dengan lancarnya…

Bile dah setiap minggu ‘outstation’ ni…dapur memang tak berasap la kan…jadi jom la kita tengok resepi yang sudah tersedia ade dalam list draft di blog…menu yang cukup ringkas saje kali ni…


Walaupon ringkas tapi tetap sedap dan membuka selera…kali ni resepinya adalah Ayam Goreng Berempah…sesuai dimakan dengan ape saje…nak dimakan begitu saje pon boleh…dihidangkan dengan nasi lemak lagi la kena…tidak pon makan dengan nasi putih pastu makan dengan kicap…wah boleh bertambah nasi kat pinggan tu nanti…hehehe…resepi ni mengikut pilihan sendiri dan yang biase dimasak…jika nak menambah ape yang dirasakan perlu dipersilakan yer…sebab ayam goreng berempah ni ade macam2 resepi…jadi terpulang pada selera sendiri…pada yang berminat untuk mencuba resepinya seperti dibawah yer…selamat mencuba…


AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan2
5 ketul peha ayam
2 sudu besar serbuk kari daging Babas
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
2 tangkai daun kari
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup2 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis biji
1/2 sudu kecil jintan putih biji

Caranya
1. Bersihkan ayam dan cucuk2 dengan garfu pada semua bahagian berdaging. Masukkan ke dalam mangkuk.
2. Gaul ayam tadi dengan garam secukupnya sehingga rata. Kemudian campurkan serbuk kari, serbuk cili dan daun kari. Gaul sehingga rata.
3. Masukkan bahan2 kisar dan gaul rata. Masukkan perapan ayam tadi ke dalam mangkuk yang bertutup. Kemudian diperap hingga 2-3 jam atau semalaman.
4. Panaskan minyak untuk goreng terendam.
5. Sebelum mengoreng taburkan perapan ayam tadi dengan tepung gandum dan gaul rata2.
6. Kemudian goreng hingga keemasan dan ayam masak, gunakan api sederhana. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang bersama sos kegemaran atau dimakan begitu saje.


Tuesday, January 22, 2013

SOTO AYAM



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Alhamdulillah kembali kita bertemu semula hari ni…ape khabar semua?? Mudah2an semuanya sihat2 belaka yer…Alhamdulillah juga QH dah selamat sampai ke rumah pada Ahad malam…kepenatan pon masih belum hilang lagi sebenarnya…tapi semalam dah bekerja seperti biase…huhuhu…cuma bos bagi kelonggaran sikit untuk masuk lewat ke pejabat…apalagi gunakan la peluang yang ade tu dengan sebaik2nya la kan…hehehe…bukan senang nak dapat…terima kasih bos!! baru la happy nak buat kerja sebegini lagi di lain hari dan masa nanti…^__^…


Bile ade kesempatan dan masa yang sesuai sebegini dapat la QH menunaikan tanggungjawab untuk meneruskan karya di blog pula…cuma belum ade kesempatan lagi untuk BW dan membalas komen yang indah2 itu…tanggungjawab yang ade sekarang ni membataskan semua itu berlaku seperti dulu…maaf yea semua…insyaAllah QH akan berkunjung balas jugak nanti…tanpa anda tak meriah la blog QH ni…terima kasih juga kerana sudi singgah berkunjung ke sini…sayang anda semua…muah muahhh


Kali ni QH nak kongsikan resepi Soto Ayam pula…sesekali bertukar selera dengan masakan yang simple pula…ermmm ye ker simple…hehehe…dapat menghirup sup yang panas2 tu alangkah sedapnya…hasil resepi kali ni QH skodeng dari blog Kak Yatie@Sinar Kehidupan pula…tertarik sangat dengan resepi ni…ape lagi harus la mencubanya…hihihi…kebanyakkan resepi soto ayam ni lebih kurang sama saje…tetapi tidak salahnya jika ingin mencuba dari sumber yang lain pula kan…


Ternyata ianya memenuhi citarasa QH…sebenarnya dah lama QH tak menikmatinya…lebih suka buat sendiri dari beli di gerai2 yang sedia ade tu…bukan ku tak sudi yer…cuma mungkin banyak lagi pilihan yang lain kot…hehehe…senang saje penyediaan soto ayam ni…sedar2 dah siap…nasi impit QH beli yang segera tu aje…lebih menjimatkan masa dan tenaga…hahaha…terima kasih yer kak Yatie sudi berkongsi resepi ni…QH mohon untuk memanjangkan pula resepi ni di sini…jom semak resepinya…selamat mencuba!!!


SOTO AYAM

BAHAN-BAHANNYA
·                     Nasi Impit secukupnya
·                     1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2)
·                     3 s/b rempah sup/ rempah soto
·                     1 ketul sup bunjut adabi
·                     1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat
·                     1 ketul kiub pati ayam
·                     6 cwn air atau secukupnya

Bahan Tumis
·                     Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
·                     2 biji bwng merah- di hiris
·                     2 ulas bwng putih- di hiris
·                     2 btng serai- di titik
·                     2 cm lengkuas- dititik

Bahan Kisar
·                     1 biji bawang besar*
·                     5 ulas bawang merah *
·                     3 ulas bawang putih *
·                     1 inci halia *

CARA-CARANYA
1.        Kisar halus bahan yang bertanda *
2.        Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
3.        Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
4.        Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
5.        Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
6.        Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
7.        Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
8.        Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.


Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit
·                     1 mangkuk kecil tauge
·                     1/2 cwn kcng tanah- di goreng
·                     1 paket kecil su'un- di goreng
·                     sambal kicap secukupnya
·                     2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
·                     Sedikit bawang goreng
·                     Garam dan sedikit gula

Cara Penyediaan
1.        Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
2.        Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba...


Sambal Kicap
·                     10 tangkai cili padi merah
·                     15 tangkai cili padi hijau
·                     3 ulas bwng putih-bakar sebentar
·                     1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
·                     2 sudu besar gula
·                     1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
·                     2 biji limau kasturi-ambil jusnya.

Caranya
1.        Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
2.        Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
3.        Boleh di makan bersama soto tadi. Sedap juga di makan bersama begedil ayam.


Thursday, January 17, 2013

COOKIES N FERRERO CREPE



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Nampaknya minggu ni QH akan ‘outstation’ lagi!! baru berangan2 dapat tempat yang dekat dan di sekitar KL saje…saat akhir semalam berubah tempat pulak…termenung sekejap bile bos kata tempat lain semuanya batal…tempat yang harus dituju minggu ni Perlis dan Kedah…2 negeri sekali kali ni… >_<


Jadi malam ni harusla membuat persiapan mengemas beg bagai…nampak macam seronok ajekan…seolah2 macam pergi bercuti pula…padahal bekerja…jauh perjalanannya kali ni…diharapkan semuanya selamat la nanti…timbul jugak kerisauan bile berjalan jauh ni dengan menaiki bas…macam2 yang ade dalam fikiran ni...minta dijauhkan la dari perkara2 yang tidak enak…semoga perjalanan rombongan kami ni selamat pergi dan selamat balik ke rumah masing2…


Baikla…hari ni tak boleh nak berceloteh panjang2…sebab banyak lagi yang perlu dibereskan sebelum roda bas berpusing besok…jika ade kesempatan QH akan BW blog kawan2 yer…


Minggu ni adalah minggu crepe bagi blog QH…hehehe…di entri sebelum ni QH kongsikan resepi Durian Crepe kan…hari ni pula Cookies n Ferrero Crepe…resepi eksperimen la konon...untuk resepi crepenya QH masih menggunakan resepi yang sama…sebab dibancuh sekali…pastu bahagi 2…letak warna yang berlainan saje…senangkan…hihihi…cuma versi QH ni kurang kemas sikit...crepenya tu ade yang nips dan tebal...hehehe...takpe la janji sedap...


Sebenarnya untuk isi crepe ni kita boleh bubuh ape saje filling yang difikirkan sesuai dan mengikut citarasa masing2…tidak semestinya durian…lagi la sekarang ni musim durian dah berkurangan sikit…jadi nak dapatkannya pon harganya tu agak mahal la sedikitkan…jadi boleh la tukarkan kepada filling yang lain pula…


QH suka crepe cookies n ferrero ni…sedap rasanya…kalau bagi pada budak2 mereka tentu suka…ade rasa biskut dan coklat di dalamnya…durian crepe hari tu QH buat aje tapi tak makan pon sebab utama durian tu…hihihi…ok la terima kasih sekali lagi pada empunya resepi dan penyumbang resepi ni…QH mohon untuk kongsikan sekali lagi resepi ni di sini yea…apelagi jom tengok resepinya ^__^


RESEPI DURIAN CREPE
by : eyna haneyna
dicuba oleh : Kak Zila@zila4ever

bahan-bahan

-20gm tpg gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair 
- QH gantikan dengan santan
-150ml air
-pwrna kuning 
– pewarna hijau
-perisa durian 
-oat cookies – dipatah2kan
-coklat Ferrero Rosher – dihancurkan kasar2 

cara-caranya
masuk semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan dengan whisk dan tapis..
kalau pekat  tambah air sedikit
boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih..
ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yangg dipegang..
layangkan kuali agar adunan sekata
masak atas api kecil.
masak hingga kering angkat tak perlu terbalikkn semasa  mengangkat.

filling
-150ml fresh cream diputar hingga kental

(boleh mix sekali dengan 2sdb isi durian)
-isi durian
-campuran cookies dan ferrero

-letakkan fresh cream letak isi durian
campuran cookies dan ferrero dan letak lagi fresh cream di atasnya.
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.

-siap


Tuesday, January 15, 2013

DURIAN CREPE



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Semalam hari yang lemau buat QH…tkde mood langsung nak kerja semalam…tapi tetap kerja jugak…sayang la pulak di awal tahun nak usik cuti yang ade tu…sebabnya masih panjang lagi perjalanan tahun 2013 ni…tak tahu akan datang entah ape yang akan terjadikan…jadi bertabah dan bersabar saje la dengan hari2 yang mendatang…walaupon separuh jiwa tertinggal di rumah…hehehe


Bile dah terpaksa…oppsss terpaksa lak…hihihi…pergi kerja juga semalam…dah satu halnya…bile asyik menghitung jam nak balik…dah macam2 bebudak dah perangai…hehehe…ape nak buat dah begitu perangainya…haishhh lambat pula rasanya masa tu bergerak semalam…padahal ade kerja yang perlu dibuat tapi tulah…bile menghadap aje muka ni depan komputer…macam rasa disuapkan ubat batuk aje…punya la menggantuk sangat2…huhuhu…bagaikan tak boleh ditahan2 lagi dah…dahsyat tak dahsyat la kan…hihihi…


Ahlamdulillah hari ni tak sebegitu perangainya…mungkin badan pon dah cukup rehat kot…maklum la QH kan baru balik dari Bagan Datoh, Perak jumaat hari tu…jadi penatnya tu berhari2 la…hehehe…tapi minggu ni nasib baik QH dapat area KL saje…jadi boleh la meneruskan projek untuk blog yang dah berhari2 tertangguh tu…hihihi…syukur sangat2…jangan last minute berubah dah la…tak sanggup tiap2 minggu nak ‘outstation’ saje…


Baikla bile mood rajin dah kembali dan mood meng‘crepe’ pon tetiba hadir…jadi minggu ni…QH meng‘crepe’ la dengan penuh semangat di dapur ahad lepas…walaupon rasanya ade yang dah jemu kot untuk melihat crepe ni ke udara…pepagi lagi dah kat dapur…bukan satu tapi dua crepe yang QH buat…yang tu kena tunggu ehh…hihihi… meng‘crepe’ ni pon atas permintaan bff QH…dari minggu lepas lagi dia nak…tapi masa tu sibuk…jadi minggu ni la dapat tunaikan permintaannya…


Untuk resepi crepe ni QH ambil resepinya dari blog Kak Zila@zila4ever...dah banyak kali cuba dah resepi ni sebenarnya…sebab yang banyak kali tu tak sempat QH nak snap gambarnya…yang paling suka mak dan adik2 QH…tu yang banyak kali ulang resepi crepenya tu…resepinya simple dah senang nak ingat…resepi ni menggunakan 4 jenis tepung…kulitnye pon nampak gebu saje…tapi bukan versi QH ni la…versi kak Zila…tak percaya sila tengok ehh nanti…dalam resepi ni QH tak ubah banyak pon…ikut sebiji macam resepi asal…cuma QH tak menggunakan susu cair…QH gantikan dengan santan…malas nak buka tebuk tin susu yang baru…hihihi…boleh tahan jugak tau rasanya…terima kasih yea kak Zila dan empunya resepi atas perkongsian resepi tersebut…


RESEPI DURIAN CREPE
by : eyna haneyna
dicuba oleh : Kak Zila@zila4ever

bahan-bahan
-20gm tpg gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair - QH gantikan dengan santan
-150ml air
-pwrna kuning – pewarna hijau
-perisa durian 


cara-caranya

masuk semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan dengan whisk dan tapis..
kalau pekat  tambah air sedikit
boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih..
ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yangg dipegang..
layangkan kuali agar adunan sekata
masak atas api kecil.
masak hingga kering angkat tak perlu terbalikkn semasa  mengangkat.

filling
-150ml fresh cream diputar hingga kental

(boleh mix sekali dengan 2sdb isi durian)
-isi durian

-letakkan fresh cream letak isi durian dan letak lagi fresh cream di atasnya.
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.

-siap


Sunday, January 13, 2013

JJCM : GERMAN DELI IMBISS



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Rasanya dah lamakan QH tak kongsikan segmen JJCM di sini...jadi hari QH nak kongsikan 1 lagi tempat makan yang konsepnya yang tersendiri...kali ni QH singgah makan di German Deli Imbiss...untuk ke restoran ni senang saje...German Deli Imbiss ni terletak di Jalan Kerja Air Lama belakang Petronas Ampang Jaya yang bersebelahan dengan medan selera...di Petronas ni ade lagi kedai makan yang lain...tapi cuba yang ni dulu...bos QH yang cadangkan untuk mencuba restoran ni...




Hasil carian dari Google...di atas ni adalah map untuk ke German Deli Imbiss tu...perlu tahu mengenai restoran ni adalah hampir kesemua hidangan yang dihidangkan oleh restoran ni bersaiz XL tau...jadi kena betul2 lapar baru boleh singgah ke sini...kalau tidak nanti sayang la pula kalau tak habis bukan...harga pula untuk setiap hidangan berpatutan dengan saiznya tu...


Menu utama restoran ni adalah burger...ala2 macam burger bakar pon ade...selain tu ade pasta, salad, sandwich dan macam2 lagi...tak perlu risau dan was2 yea...sebab ianya HALAL...


Untuk memesan makanan...kita akan dibekalkan dengan slip senarai menu tu dan juga pensil...tandakan saje ape yang kita mahu...pastu panggil la waiter untuk dilayan...jika orang ramai agak mengambil masa juga pesanan kita untuk sampai ke meja...jadi harus la bersabar dan tabah...hihihi



Ni adalah antara menu yang dipesan hari tu...Chicken Schnitzel ni QH punya...tak habis tau...memang daging ayam sepenuhnya tu...sosnya boleh pilih...ade 3 pilihan iaitu Sarawak Pepper Sauce, Mushroom Sauce dan Gypsy Sauce...



Di bawah ni pula adalah pilihan hubby...XL Peppa Wiggy...nampak macam ala2 burger bakarkan...yang ni pon tak habis dimakannya...daging burger habis yang tak habis rotinya tu...hihihi



Nak makan buger ni kena buka mulut luas2...baru la boleh gigit burger tu...hehehe


Di bawah ni pula air yang dipesan oleh kami...QH punya Iced Berries Tea...memang sedap sangat air ni...hubby pula pesan Iced Peppermint Tea...tak tau rasanya macam mane...tak sempat nak rasa langsung dah dihabiskannye dulu...huhuhu...sedap jugak la tu kan...


German Deli ni pon ade websitenye sendiri...sila klik di SINI yer untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...tidak ketinggalan juga restoran ni pon ade Facebook...jadi boleh la skodengnya sekali...hehehe...


Baikla sampai di sini dulu yea siaran untuk hari ni...InsyaAllah kita akan berjump lagi nanti...selamat menjamu selera semua...jika tidak tahu nak makan dimana...sila la singgah ke sini...berbaloiiiiii ^__^

Thursday, January 10, 2013

SIAKAP BAKAR TOMYAM



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Setelah 2 hari berlalu…hari ni kita bersua kembali…terima kasih kepada yang sudi singgah ke dapur alam maya ini…terima kasih juga sudi meninggalkan komen2 yang indah2 buat QH…semoga hubungan yang terjalin sesame kita akan terus terjalin dan berkekalan sampai bile2…


Sedang entri ni bersiaran…QH sebenarnya tengah bersiap2 untuk persiapan untuk ‘outstation’ yang pertama bagi tahun 2013…rasanya penat yang lepas tak hilang lagi…dah kembali berpenat lagi hari ni sehingga esok…kali ni tak lama cuma 2hari 1malam saje…tahap kepenatannya dah boleh dibayangkan…sebab majlisnya akan berlangsung esok pagi…jadi petang ni mungkin meninjau tempat dan menyiapkan ape yang patut…


Mengikut taklimat semalam... ‘majlis’ ini akan berlangsung sehingga bulan Februari nanti…tak tahu lagi giliran QH bile pula seterusnya selepas ni…diharapkan nanti ianya tidak mengganggu kelancaran perjalanan blog ni yang baru kembali pulih dan aktif dalam meneruskan perkongsian resepi alam maya ini buat semua…


Bile sebut saje dapur alam maya ni…resepi yang QH nak kongsikan hari ni adalah Ikan Bakar Tomyam…resepinya QH ambil dari blog Kak DJ@DapurKu Sayang…memang sangat berbaloi mencuba resepi ni…memenuhi citarasa QH terutamanya…sebab QH memang peminat ikan bakar!! Jadi dengan terhidangnya ikan bakar tomyam ni dengan nasi panas dah cukup membuka selera…tak perlu lain bagai dah…ini pon sudah mencukupi…pada yang belum dan ingin merasai nikmatnya masakan ni sila la mencuba yea…terima kasih Kak DJ dan empunya resepi ni Chef Hanieliza kerana sudi berkongsi resepi ni…izinkan QH mengabadikan resepi ni di sini…


Siakap Bakar Tomyam
Resepi : Chef Hanieliza

Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut 
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil

Bahan B : (semua bahan ini DJ kisar halus bersama 2 helai daun limau purut)
  • 2 tangkai cili merah
  • 5 biji cili api - nak pedas letak lebih
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos

Cara membuatnya :
1.Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.
2.Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
3.Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak.. Boleh juga di bakar di dalam oven.
4.Perahkan limau semasa menghidang.

***DJ tumis bahan-bahan kisar terlebih dahulu sebelum digaul-gaulkan bersama ikan. (QH tak buat yang ni..bahan2 tu semua QH lumurkan terus pada ikan dan bakar)