Wednesday, May 8, 2013

KEK LEOPARD



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Cakkkk
Kembali bertemu semua…salam rindu-rinduan buat semua…lega bile akhirnya dapat berblog semula hari ni…alhamdulillah…beberapa minggu yang lepas QH agak sibuk sedikit…tak sempat nak menunaikan tanggungjawab yang satu ni…tetapi aktiviti mencuba resepi tetap dijalankan seperti biase…cuma untuk mendedahkan resepi yang dicuba tu yang tak sempat…pada follower baru terima kasih kerana sudi memilih blog QH ni untuk difollow walaupon pada hakikatnya blog ni terhenti siaran seketika…sokongan kalian amat QH hargai…pada kawan2 yang lama juga terima kasih atas sokongan anda…



QH mengharapkan supaya hubungan persahabatan kita yang terjalin di alam maya ni akan berkekalan sampai bile2…walaupon kita berlainan pendapat dan faham dalam dunia politik…jangan disebabkan itu kita bermusuhan…QH terpaksa cakap begini…bukan untuk berkempen…sebab dah tiada guna pon…cuma tak nak disebabkan masalah tersebut kita bertelagah untuk mempertahankan hak bersuara masing2…yang dah lepas tu biarkan berlalu…ape yang penting kita memikirkan ape yang harus dilakukan pada masa hadapan…




Kalau tengok pada wall FB buat masa sekarang ni…kadang tu tak sanggup nak singgah ke situ lama2…ade saje berbalahan yang tercetus…memang la wall masing2 katanya...tapi kenapa sampai ade yang nak ‘unfriend’ atau ‘block’…padahal sebelum ni elok saje kita berkawan…tapi atas disebabkan masalah fahaman politik kita bermusuhan…QH mohon maaf yer jika ade yang terasa…QH tak menujukan pada sesiapa pon…ianya umum…bersegera la kita bermaafan…jernihkan kembali hubungan yang telah keruh tu…QH mengharapkan lepas ni keadaan akan kembali seperti biase…lebih elok jika tayang gambar masakan atau kek…hidup masakan!!! hehehe




Baikla…resepi kali ni resepi kek lagi dari QH…kek ni khas buat hubby QH sempena besday pada minggu lepas 28.4.2013…punya la lamakan nak ditayangkan…keknya pon dah tak nampak rupa dan sisanya lagi…hehehe…nak kongsikan awal2 memang tak sempat…sabo aje la...resepi kek ni QH ambil dari blog kak Azlita@Masam Manis…terima kasih yer kak…kek ni memang dalam list QH untuk dicuba…hubby pon suka kek ni…sedap bile oren dan coklat bergabung…jadi amat berbaloi la QH mencuba kek ni dihari istimewa beliau…hilang penatku…hehehe




Kek yang QH buat memang agak berbeza sedikit la dari resepi asal…dimana dibahagian tengah tu QH buat sebaliknya dari cara resepi asal…sebab dah tersalah bahagikan adunan tersebut…hehehe…bahagian dalamnya pula setelah dioperate nampaknya tak menjadi sangat corak badan leopard...hihihi…nampak sikit2 tu boleh la kan…dah nampak macam corak sebarangan aje pula…hehehe…tentang deco pula memang QH pilih yang berbeza…untuk tema besdaykan…nak buat corak rimau nampak macam ganas sangat lak…hehehe…tu yang deco ala2 drum…selaras dengan minat hubby QH yang suka main dengan benda tu…tapi yang kat rumah punya drum kecil elektronik tu aje…nak besar kena pegi jamming atau studio sape2 la kan…tak kuasa nak menyemak set drum tu dirumah…




Pada yang ingin mencuba dipersilakan ye…bahan yang digunakan pon tak banyak…semuanya basic saje…resepi ni untuk membuat 1 buku kek atau 2 keping kek yang berukuran 8 inci dan ketebalannya 2cm…jika nak buat 3 keping kek atau lebih…aduan tersebut perlu digandakan… 

LEOPARD CAKE/CHEETAH CAKE

Bahan2
240 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan 
200 gm gula caster
100 ml susu segar atau susu cair
3 biji telur
250 gm tepung gandum
16 gm baking powder
1 sudu teh esen vanilla

1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh pes oren
sedikit pewarna oren 




Caranya
Sediakan 2 loyang berukuran 8 inc 
Sapu loyang dengan sedikit butter dan lapikkan dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 170C

Satukan tepung dan baking powder, kemudian di ayak
dalam bekas mixer, satukan mentega dan gula caster
Pukul hingga adunan lembut
Masukkan telur sebiji demi sebiji.
Semasa masukkan sebiji telur masukkan juga 1 sudu besar tepung
Masukkan esen vanilla 

Kemudian masukkan baki tepung berselang seli dengan susu dan gaul dengan kaedah kaup balik
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung
Gaul hingga sebati

Ambil anggaran satu cawan adunan dan letakkan pes oren dan pewarna oren ~ kacau rata
Kemudian masukkan dalam piping bag
Ambil anggaran 2 cawan adunan letakkan serbuk koko dan coklat emulco ~ kacau rata
Kemudian masukkan dalam piping bag
Ambil anggaran 1 cawan warna plain ~ tiada warna, masukkan dalam piping bag 




Untuk step seterusnya boleh lihat gambar di blog kak Ita yer...disitu ade gambar step by step cara di bawah ni dan mudah faham...klik SINI

Ambil anggaran 2 sudu besar adunan tak bewarna, ratakan dalam loyang ~ gambar 1
Ambil pula adunan warna coklat dan paipkan atas adunan tak bewarna tadi.
Buat lingkaran bulatan ~ kecil hingga besar
Lingkaran ni terpulanglah nak buat berapa lingkar. Boleh buat 5, 4 atau 3
Lingkaran ni boleh buat 2 line ~ maknanya 1 lingkaran tu kita paipkan 2 kali.

Kemudian kita paipkan pula warna oren, betul-betul di tengah-tengah lingkaran warna coklat tadi.
Lingkaran warna oren ni pun buat dalam 2 lingkaran setiap satu bulatan tu, supaya nanti warna oren tu nampak besar sikit bila kita potong.

Kemudian kita ambil warna coklat sekali lagi dan kita paipkan atas warna oren tadi dan tutup warna oren tadi keseluruhannya. Berhati-hati.

Kemudian kita ambil pula warna plain atau yang tak bewarna tadi, yang kita dah masukkan dalam piping bag, kita paipkan di celah-celah lingkaran tadi ~ rata-rata

Selepas tu ambil warna plain dan ratakan atas lapisan tadi, tutup keseluruhan permukaan adunan
Jangan kacau kuat-kuat tau..perlahan-lahan aje ratakan supaya lingkaran di bawah tidak terusik atau terlanggar.

Kemudian masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 170C selama 45 minit

Buat kaedah yang sama untuk loyang yang satu lagi.

Bila kek dah masak, biarkan 10 minit dan kemudian telangkupkan atas redai dan sejukkan.

Selepas tu boleh la deco ikut kreativiti masing2 atau nak deco macam yang kak Ita buat…resepi sepenuhnya boleh lihat di SINI yer

selamat mencuba…





20 comments :

Mori Said said...

Canteek kek tu qh...

ady said...

AS-SALAM
WOW... i cannot take my eyes off

Sheila Salim said...

assalamualaikum QH, nampak sedap tu. happy belated birthday to your hubby. semoga bahagia, sihat dan sukses dalam apa jua kebaikan yang dilakukan. insyallah :D
*bersabar la QH ya, mungkin taklama lagi rakan2 fb QH akan sedar :D

mama leen said...

cantiknya... kagum ni..

Tina Othman said...

Wah kagumnya, cantik sangat, luar pondant ye, guna hp tak nampak sangat

Gee® said...

QH, k.gee nak kek rimau sepotong...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam QH...

happy belated birthday buat en. suami.. dekat2 je ngan birthday akak.. taurus kan? hehe...

pasal keadaan kat FB tu pun akak pun tak sanggup nak berlama kat situ.. kalau lama2 ada yg panas telinga.. cara paling baik.. cepat2 keluar FB dari terus melihat masing2 'berperang keyboard' hehehe... btl tu.. yg tak best.. politik punya pasal.. kawan lama boleh jadi musuh.. kwn baru apatah lagi.. hmmm.. apa2pun.. baik kunci mulut buat sementara waktu...

cantik sgt deko kek tu QH.. mmg berbakat QH.. akak juga yg tak pernah menyentuh fondan... entah bilala nak cuba..

Liza said...

salam QH...wahhh kreatif, cantik kek drum tu..

Bbwana adienia said...

salam..

hai...lama x bersiaran kan..

cantik sangat la kek tu..bentuk drum yang comel dan corak leopard tu menjadik juga..cantik je..

syapex said...

salam akak....

pernah buat kek ni...
sedp, tp dugaan nk meng'leopard'kn tu boleh tahan jgk laa...
huhuhuuuu...

Ain Fajar said...

alahai rajinnya QH buat kek beday bentuk drum nie..cantik2..aising buat sndr ke tu

JaSSNaNi said...

cantek betul... drum cake... siap ade kayunye skali.. :) cantek lak tu kat dlmnya bila potong..

norhidana miswan said...

mmg betul2 spesel nih kak, udhla kek bt sndiri, deco pun cantik... kek nyer pun cantik... kalerful...

kalu dana dkt ngn opis ke umah akak, mmg dana oder kt akak je kek2 gini...

Sury Abil said...

Salam qh...salam bersiaran kembali lh ye..:-)
Rajin le dia...ada drum pulak..kreatippp...ni kena tggu mood rajin byk baru try ni...hehheheh

Amie said...

Happy belared birthday untuk darling dia... moga hidup terus rukun damai hingga akhir hayat.
Kak Amie memang tabiklah kat QH yang kreatif betul dalam hal kek mengekek ni... sebab kakak cuma tau buat kek pisang dan yang sewaktu dengannya je he he ehhh

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Q, cantik..muga bahagia selalu ya..

mama sara nur said...

assalam QH

cakkk he hee rindu jg
happy belated besday to en husben QH ye
cantik sgt2 keknya ni, untung dia

Marsita yahya said...

wow Qasey...tersgtlah cantik nya kalah KaK Azlita dah ni ngeeee:)

inahar ali said...

omggggg..cantiknye kek tu QH!! mmg menjadi betui airtangan adik akak nih..pepun hidup masakan!! hehe..

Nur-nba said...

Tu dia... cantiknya kek QH... Tentu suami QH gembira dapat makan kek air tangan isteri tercinta.. QH sangat berbakat.. Dah boleh ambil order lepas ni..