Friday, April 12, 2013

SOTONG GORENG BEREMPAH



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…


Tiada jawapankan bile mood yang ala2 rajin tu bertukar MALAS…ade ubat tak untuk menyembuhkan penyakit tersebut??? sebab dah macam terkena virus la pulak…hehehe…hari2 balik mengadap komputer di rumah tapi tu la lain pula yang dbuatnya…yang paling kacau bile dah mula melayan cerita korea di Maaduu…sedar2 dah tengah malam rupanya…tu la yang berlaku setiap malam…tapi kerja untuk mengupdate blog yang sepatutnya perlu dibuat terbengkalai begitu saje…maaf yer kawan2 sebab sekarang ni QH amat jarang sekali untuk BW…QH akan perbaiki kelemahan dan kekurangan tersebut dari masa ke semasa yer…^__^…banyak resepi yang terkumpul QH tak kongsikan lagi…gambar2 yang disnap pon QH tak sempat lagi nak transfer ke komputer…tapi rutin mingguan untuk memasak dan membaking tetap berjalan seperti biase…




Hari ni QH nak kongsikan menu yang dimasak oleh Mr. Mama QH…hihihi…macam biase sebelum mulakan tugas2 memasak ni…kami akan memilih dulu resepi tu sama2…try and error…jika sedap, menjadi atau pon tidak kami akan berpuashati…jadi takde la akan menyalahkan satu sama lain…hehehe…tapi kebiasaanya resepi yang dipilih pasti akan menepati citarasa kami…jadi pada kawan2 yang nak mencuba jangan ragu2 yer dengan resepi2 di dalam blog ni…pasti berbaloi…resepi kali ni QH ambil dari blog Kak Nor@Secubit Garam…terima kasih ye kak ke atas perkongsian resepi ni…memang sedap dan berbaloi…lauk ni QH gandingkan dengan telur dadar…dengan rempahnya yang pekat dan likat tu…perghhhh berselera sungguh waktu tu…hehehe…jadi jika kebuntuan untuk masak ape boleh la jadikan resepi ni sebagai salah satu menu untuk hujung minggu ni yer…jom tengok resepinya di bawah ni yer…



SOTONG GORENG BEREMPAH
resipi asal: 
K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
500gm sotong
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 in halia ~ dihiris
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari *
1 sudu kecil serbuk ketumbar *
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih *
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis * ~ (* dibancuh dgn sedikit air hingga menjadi paste)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 biji tomato ~ dihiris
1 tangkai daun kari
1 biji limau kasturi
garam
gula
minyak




Cara:
Bersihkan sotong dan potong. Toskan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang dihiris hingga wangi dan kekuningan.
Masukkan cili mesih dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan paste rempah dan daun kari. Kacau.
Masukkan pula sos tiram, kicap dan tomato.
Goreng lagi hingga pecah minyak atau garing.
Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga kuah menjadi sedikit kering dan bolehlah dipadamkan api.
Perahkan limau kasturi dan kacau rata.
Angkat dan hidangkan panas2.

*Air dari sotong akan menjadikan masakan sedikit berkuah sebab tu tak perlu masukkan sebarang air semasa memasak.




13 comments :

Sheila Salim said...

Assalamualaikum QH, sedapnya. terliur sheila tengok tau. nak cuba buat gak! hehehe nice picture QH. heeee :)

Nooriah Abdullah said...

chedapnya QH pagi2 tengok sutun ni terus lapo nak cari nasi kita tukar boleh tak dngn udang akak haha

Tina Othman said...

Sedapnya, tapi paling boring nak siang sotong

Liza said...

kalau kt umah akk kan, lauk2 berempah cmni mmg diaorg suka...

yan's cottage said...

pagi2 tengok nie...betul2 membangkitkan selera betul...sedap2...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

QH, kat rumah SK, lauk sotong paling laku, kalau masak macam ni, harus masak nasi lebih nampaknya, hehe

tun_telani said...

Salam kak QH ^^ makan ngan nasi putih panas2 mmg xtgk lauk lain dh nih..

Delima Zamrud said...

Ermm QH nampak sedap xyah lauk lain yg nie pun dah cukup kan :)..

Melly Octaviana said...

Suka makan sotong..hmmm..boleh di coba rasanya... ;)

ibh_sue said...

QH..Bab layan cita korea tu memang penyakit juga kot. Haishh!!..Tu la keja akak juga la ni...Kalo cita my little bride tu byk kali ulang tgk dah..Hahahahaa

mama sara nur said...

assalam QH
menu yg mabeless ni, blhlah dicuba utk en asben akak tu sb sotong ni salah satu lauk kesukaannya tp kan hu huu akak x makan he hee

Amie said...

Hai Qasey yang manis,
tentu sedap resepi sotong ni sebab ada rempahnya...

Wattie said...

Salam QH,
Akak pun jarang blogwalking sekarang ni bila virus M melanda. Happy belated birthday ya. Sedap sangat nampak sotong tu, rasa cam nak sudu ke mulut jer