Tuesday, April 16, 2013

CREAM PUFF COKLAT



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…


Fuhhh minggu lepas sekitar Lembah Klang dan kawasan sekitarnya telah mengalami gangguan bekalan air…Alhamdulillah setakat ni kawasan rumah QH tak terkena dengan gangguan tersebut…dugaan betulkan…QH faham bagaimana perasaannya jika terkena masalah tersebut…terutamanya buat baker2 diluar sana tu…pasti pening kepala memikirkan untuk menyiapkan tempahan2 yang ade…kerja2 membaking ni banyak menggunakan air…sebab banyak peralatan yang nak digunakan…sedangkan untuk membuat sebiji kek pon naik penuh sinki tu dibuatnya…inikan pula jika ade tempahan…dapat QH bayangkan bagaimana banyaknya tu…tu belum bab nak mencuci pakaian bagai…kalau sehari takpe terputus bekalan air tu…masih boleh mengharapkan lagi pada tangki yang ade…tapi kalau dah berhari2 tu…faham2 sendiri la ehhh… sebab tak silap QH sekarang ni pon masih ade lagi kawasan2 yang masih lagi terjejas dengan masalah tersebut…banyak2 bersabar yer semua…


Hari ni sekali lagi QH nak kongsikan salah satu resepi yang QH sumbangkan untuk Majalah Aroma bulan Mac yang lepas…Cream Puff Coklat…resepi ni sebenarnya telah lama wujud dalam draft blog ni…menunggu masa untuk ditayangkan saje…tetapi kebetulan pada masa yang sama…pihak editor majalah tersebut ade meminta beberapa resepi dari QH…terus saje QH senaraikan resepi ni…tu yang terus tertangguh untuk menayang resepi ni di sini…nak tau bile QH buat cream puff ni…ianya telah dibuat pada bulan Disember tahun lepas lagi…lama sungguhkan…hehehe…dekat 4 bulan resepi ni terperap di situ...cream puff ni permintaan mak QH tau…setiap kali datang ke rumah QH pasti dia minta untuk buatkan cream puff ni…cuma kali ni QH cuba perasa coklat pula…



Resepi ni QH jumpa di MyResepi semasa mencarinya di Google…ianya adalah milik Kak Along@HomeKreation-KitchenCorner…terima kasih yer kak atas perkongsian resepi tersebut…QH panjangkan pula resepi tu di sini pula ye…jika nak tengok resepi asal boleh klik di link atas tu ye… sebab resepi dibawah ni QH telah mengubah sedikit daripada resepi asal…semasa untuk dimuatkan dalam majalah Aroma tersebut…cream puff ni pula QH menggunakan coklat ganache filingnya…jika suka boleh tambah badam nib yer…tapi badam tu perlu dibakar terlebih dahulu sekejap sebelum ditaburkan pada coklat ganache tersebut...lagi wallaaa kedebabommm rasanya tu…tak percaya boleh cuba…hihihi…



Cream Puff Coklat


Bahan2
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan mentega tanpa garam
4 biji Telur

Caranya
1. Ayak tepung dan serbuk koko.
2. Panaskan bahan-bahan yang lain kecuali telur sehingga mentega cair. Tutup api.
3. Masukkan campuran tepung sekali gus & kacau sehingga sebati.
4. Masukkan telur satu-persatu sambil di pukul. Pastikan adunan likat dan boleh dipaipkan.  
5. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang dan paip di atas dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas parchment / kertas minyak yang di gris.
6. Bakar 25 minit suhu 210C. Sejukkan.
7.  Potong cream puff di bahagian tengah, paipkan dengan coklat ganache atau nutella. Boleh taburkan badam nib jika suka. Badam tersebut perlu dibakarkan terlebih dahulu sebelum tabur pada coklat ganache tersebut.


Coklat Ganache


Bahan2
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat dicincang halus
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh paste vanila

Caranya
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair angkat dan sejukkan.


24 comments :

Tina Othman said...

Sedapnya, naknya ada coklat kan, tapi kita mmg fail buat puff ni, dulu penah try tak jadi

Asyifa Mustaffa said...

memang susah bila x de air ni...
x tahan tgk filingnya tu...bnyk2 sabar je nih...!

shakila ila said...

sedapnye lg2 coklat... rosak diet... kak qh nape ble letak telur adunan cair jea... 2x buat x jd2

tun_telani said...

Salam kak QH!! tun tayang cream puff labu arini. haha... xleh nk tukar2 pinggan sbb yg akk ni dh wat thn lepas ye.. tun wat semlm tp dh hbs licin jugak. hihi...

Gee® said...

Cewah..cewah...tersenyum jer cream puff cekelat QH tu... macam melambai2 jer ke k.gee di sini... terlior taw!!

ady said...

as-salam
Those look so good,I want one now..pls!!

ady said...

as-salam
Those look so good,I want one now..pls!!

kasihredha said...

Sangat cantik Dan mnarik
Rasa nak capai je satu

Melly Octaviana said...

Confirmed sedap kan, filling ganache plus badam... nyam

norhidana miswan said...

nsblah umah dana kt ukay perdana ada air je walaupun kt bkt antarabangsa ngn dataran ukay takde air, tp tak tau esok2 kami lak kene kan...

aduhla sedapnyer nengok creampuff akak tuh... terliur

Rohah said...

Sedap mengunyah ni..kompem

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedap tu QH... belum pernah lg buat creampuff coklat.. mesti lebih sedap & jd kegemaran anak2...

betul tu QH.. bila air takde byk kerja yg tergendala... akak pun ada terima tempahan dari sorang customer disaat2 akhir sbb tempahannya pd org lain tu terpaksa ditolak disbbkan masalah ketiadaan air.. kesian pula nak tolak sbb dia tak tau dah nak minta siapa yg buatkan apam bee.. tambah2 pula tema majlis besday anaknya tu adalah bee.. kira kalau takde apam bee tu umpama ada yg kuranglah gitu.. jd terima jugalah walau sebenarnya akak ada tempahan lain juga... itupun hanya sempat buat separuh je dari permintaan.. sbb kesuntukan masa nak blk kg pula...

Delima Zamrud said...

Sedap nyer QH mintak 1 boleh hehehhe :)

kak ina kl said...

as salam

wah sedapnya..

zila norazila said...

akk yg coklat x pernah cuba lg..klu yg plain tue kerap jgk buat..sedap nya ..gebu2..

Mamasya said...

Aslmkum QH
puff dg filling choc itu yg yummy....sedapnya.
susah kalau tak da airkan....byk benda boleh tergendala..

mama sara nur said...

Assalam Qh
cream puff memang sedap
kalu dtg rajin tu buat utk ank2 akak , Diorg suka skrg ni tp biasa buat. Yg cream kastad
rasanya perisa coklat lg meletup ni he hee nk trylah nanti, tq ye dik share resepi

inahar ali said...

wowww..mmg meletop kebabommmm woo!!

eira syed said...

Macam mana nk buat bentuk dia tu?

eira syed said...

macam mana nk buat bentuk cream puff tu?

Qasey Honey said...

yg tu QH paipkn guna nozel bntuk bintang..

Qasey Honey said...

yg tu QH paipkn guna nozel bntuk bintang..

Qasey Honey said...

@shakila ila

sori lmbt rply ptanyaan awk tu..
memula pas masuk telur mmg adunan sedikit cair tp xla cair sgt..pastu teruskan kacau spi adunannya kental dan berat..

Pelangi Beauty House said...

resepi yg menarik ! Slalunya buat cream puff biasa.. xpnh cuba pula yg bercoklat.. thanks for the recipe.. ^^