Qasey Honey. Powered by Blogger.

KEK LOBAK



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Alhamdulillah blog telah pulih seperti biase…diharap masalah tersebut tidak akan berlaku lagi…sepatutnya semalam lagi QH dah bersiaran seperti biase…tapi ade masalah pula diblog ni sehinggakan tugasan semalam tidak boleh disave dan dipublishkan seperti biase…entah dimana silapnya tak tahu la…rupanya ramai juga rakan blogger yang lain mengalami masalah tersebut…puas juga la malam tadi mencuba dan mengodek2 ape yang patut…tetiba ok la pulak…pening melayan buah hati yang sorang ni ^__^


Tapi kerisauan tersebut tetap ade jika masalah tersebut masih lagi berterusan…benda2 yang macam ni la yang boleh membuat kita berasa tawar hati untuk terus berkarya di sini…inilah dugaan yang terpaksa dilalui oleh para blogger semua jika masalah tersebut berlakukan…yang pasti perjuangan harus diteruskan…tak pasal2 la pulak…hehehe


Baik la bagi tak mengecewakan pengunjung2 blog QH ni…hari ni QH hidangkan Kek Lobak untuk jamuan mata semua yer…hehehe…kek ni QH buat pada 2 minggu yang lepas…kalau dicari menerusi internet banyak resepi kek lobak ni…tapi QH memilih resepi dari blog Kak Nadz@cute oven, small kitchen…menurut kak Nadz kek ni banyak komen yang positif dan memberangsangkan…itu sudah cukup membuatkan QH teruja untuk mencubanya…terima kasih yer kak Nadz dan empunya resepi kerana sudi berkongsi resepi ni…ternyata memang benar…sangat sedap pula tu kek ni jika dimakan begitu saje…lembut dan gebu kejadian kek lobak ni...cukup rasa dan manisnya…untuk membakar kek ni QH menggunakan 2 x loyang loaf bersaiz standard…


Tapi nak juga la tengok kek yang kita hasilkan tu cantik di solek dan dibedakkan…jadi deco la mengikut idea yang tetiba hadir ketika tu…dah alang2 buat sendirikan…stok bahan2 yang ade tu baik digunakan sebelum mencapai tarikh luputnya nantikan jadi takde la berlaku pembaziran…deco menggunakan fondant bukan mudah yer seperti yang disangka…lagi la bile kek tu kita bentuk2kan…sampai terkoyak2 fondant tu semasa nak meratakannya dikeseluruhan kek tersebut…eksperimen harus la diteruskan sampai siap baru la puas hati walaupon ianya tidak la sekemas seperti yang dikehendaki…pada yang ingin mencuba dipersilakan yer…kek lobak ni boleh juga dilepakan saje dengan cream cheese frosting…


CARROT CAKE

Bahan-bahan:
· 2 1/2 cawan parutan carrot (Naz letak 3 cawan parutan carrot)
· 4 biji telur
· 1 cawan minyak sayuran
· 1 1/2 cawan gula putih
· 2 cawan tepung gandum
· 1 sudu teh soda bikarbonat
· 1 1/2 sudu teh baking powder
· 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis (Naz Cuma guna 1/2 sudu teh)
· 1 sudu the serbuk buah pala (nutmeg) (Naz Cuma guna 1/2 sudu teh) (yang ni QH tak letak)
· 1 sudu teh esen vanilla
· 1/2 sudu teh garam
· 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang (Naz gantikan dengan raisin) (QH guna walnut)

Cara menyediakan:
1. Panaskan oven pada suhu 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
2. Ayak bersama tepung gandum, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan juga garam. Ketepikan.
3. Pukul telur dan gula hingga sebati (tak perlu guna mixer elektrik, guna senduk kayu atau ballon whisk jer sebab tak perlu pukul lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
5. Masukkan esen vanilla, parutan carrot dan kekacang. Gaul sebati dan tuang ke dalam tin kek. 
6. Bakar selama 40 minit hingga 1 jam bergantung kepada oven masing-masing dan juga saiz loyang yang digunakan. Cucuk dengan lidi untuk memastikan kek telah masak sepenuhnya atau tidak. (QH menggunakan 2x loyang loaf bersaiz standard)


Cream Cheese Frosting

Bahan2
125gm cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sudu kecil paste oren

Caranya
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan paste oren.


Cara mendeco kek
1. Setelah kek sejuk, ambil 1 biji kek lobak tadi dan ratakan bahagian atasnya.
2. Selepas itu sapukan cream cheese di atas kek tersebut dan lapiskan dengan lapisan yang kek yang kedua. Untuk kek yang kedua tidak perlu diratakan atasnya.
3. Simpan kek tersebut seketika di dalam peti sejuk.
4. Keluarkan kek tersebut dan boleh la dibentukkan kek tersebut. QH hanya potong kiri dan kanan kek tersebut secara menyerong.
5. Bila kek dah dibentukkan, sapukan keseluruhan kek tersebut dengan cream cheese. Simpan kek dalam peti sejuk.
6. Sementara menunggu cream cheese tadi keras boleh la sediakan fondant untuk membalut kek.
5. Jika fondant masih melekit2 tambahkan dengan tepung jagung sedikit. Nak mencanai pon kena taburkan tepung jagung untuk menggelakkan fondant melekat pada alas pencanai.
6. Gelek fondant sehingga mendapat saiz yang sesuai untuk membalut kek. Jangan mengelek fondant terlalu nipis kerana akan mudah koyak nanti semasa ingin meratakannya.
7. Keluarkan kek yang dimana cream cheesenya sudah keras. Ambil fondant dan letakkan di atas kek tadi. Ratakan keseluruhan fondant dengan menggunakan fondant smoother. Ratakan bahagian bawah fondant dan buang lebihannya.


NOTA KAK NAZ :
· Kek yang sungguhsedap. Teksture yang lembab dan lembut.
· Untuk serbuk kayu manis dan serbuk buah pala tu, Naz kurangkan penggunaannya sebab risau anak-anak tak suka. Still ada baunya walaupun telah dikurangkan dan anak-anak suka jer..
Sekiranya menggantikan kekacang dengan raisin, Naz rasa perlu digaulkan dahulu dengan sedikit tepung untuk mengelakkan raisin mendap ke dasar kek ketika pembakaran seperti yang terjadi pada Naz. (diakui dah siap untuk dibakar baru perasan info ni, jadi kismis tersebut semua ke bawah untuk kek lobak yang QH buat tu)


35 comments

Unknown said...

nampak comelll..sayang nak makan ni..

atie @ ejay said...

cantiiiiik..
sayangnya nak potong :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

arrrggghhh... frust giler.. dah tulis panjang2.. komen tak lepas pulak.. hmmmm....

kek tu mmg anggun sekali QH... dah tak larat nak taip blk panjang2... huhu..

Shiela said...

Pergghh.. Sungguh kreatif laa cayangg..

Love2cook Malaysia said...

Huwaaaa cantiknya kek tu QH! Sebijik cam lobak ;)

asyifamustaffa said...

cntik la plak....syang nak mkn....:-)
x penah try lgi kek ni....slalu nmpk orng dok tyang....

suryabil said...

Mak aiii...besar nya karot...kreatip lah...cantekkk :-)
Cam sayang je nk makan.

Unknown said...

salam QH patut lah lama tak bersiaran rupa nya ada masaalah ya, tkpe ni dah welcome home hehee, terliur tengok kek lobak merah tu kreatif macam nak try jugak jeles tengok yg cantik2 ni

izahdaut said...

Kemasnya hasil tangn qh..suke tgok krim tu kemas lepanya..terbaikkk

ibh_sue said...

Wahh!!..Cantik ok keknya. (^_^)

Marsita Yahya said...

cantik Qasey...

Sweet red cherry said...

wow, kek yang sangat mengoda anak tekak..hihi

Mamasya said...

Aslmkum Qh
nampak kek karot yg cantik di Fb terus terbang ke blog pula...mmg cantik dan kreatif.kalau akk sayang nak potong mkn...nak tengok je...hi..hi..

rahel said...

Memang terbaek dari ladang malaysia...hehehe...sebijik macam real lobak merah...aduyaii...jeles...kek tu pulak sungguh menggiurkan...n tak sabar nak ambik satu slice...

inahar ali said...

omgggg..ni mmg kek feveret akak!! adehh..meleleh wa cakap lu..huhu!!

Nur-nba said...

Cantiknya kek ni .. mengancam..

Delima Zamrud said...

Cantik nyer cake, QH nie mmg rajin sungguh n kreatif kan teringin je D5 nk rasa, cake nie mmg pebret D5 sedap kan :)..

Nur-nba said...

Tq QH atas ucapan dan doamu.. ;)

sabar dubai said...

Cantiknyeee kek ni qh

Rohah said...

canteknya kek dia..teruja tgk...

norhidana said...

alahai sedapnyer... terliur nengok, lg2 ngn deco kek lobak tuh... pandai tul akak nih, serba boleh

norhanim md zain said...

rajinnya QH...sedap nie...

Azlita Aziz said...

Salam QH

Cantiknya.. @__@ terbeliak mata akak meihatnya..

saya suka.. saya suka..
idea yang sangat kreatif!!

suka.. suka.. suka..

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum QH.
Lamanya akak x dtg sini. Kek ni mmg sedap sgt kan. Akak sbnrnya bukan penggemar kek2 ni tp kek lobak merah ni akak dok ulang makan bnyk kali sampai habis...hihihiiii... Sahlah sedap tu kan... Cantik arr deco kek QH.

zila norazila said...

salam syg QH ..
mmg terbaekk nie..cute sgt2 cam orgnye jgk:)

dari dapur nasya said...

salam Qasey....mak aii cantiknya kek nie, nampak cam karot raksasa...roger rabbit mesti suka nie.

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam QH
memang cantik dan menarik kek ni
sedap pulak tu kan yummyyyy
deconya jg cantik cuteeee

mama sara nur @ Cik Nor said...

cantik, menarik dan sedapppp
kreatif adik sorang ni

Wani Sukarno said...

lamanya x singgah sini ... dek terlalu busy .. uhu.. ingatkan lobak sungguh tadi hi2.. cantik bila dah dihias dgn fondant ..kek pun nampak gebu

Sheila Salim said...

Assalamualaikum QH, pengsan sheila tengok kek secomel ini! silalah post dekat sheila . hahhahahaha

Yong Is My Name said...

hensem sungguh kejadiannya
mabrook dear

ana88 said...

Xbpe phmla qh cra nk deco...

ana88 said...

A'ah kn,sygnye nk mkn,cm nk wt hiasn je..

Zara Ash Burn said...

Nk cuba buat...pnh cuba sekali xlembab kering jea....tp yg tu resepi org lain...
Mekasih yea QH

Sal V said...

Creative & pnyabar .. hsilnya Awesome