Assalamualaikumdan Salam Sejahtera semua…
Siaran lewat!!
Alhamdulillah
masih lagi diberi kesempatan untuk kita bersua lagi di alam maya ini…ape khabar
semua??? salam rindu2an QH buat semua follower dan pengunjung blog ini...hari
ni bermulanya episod baru di Tahun 2013…SeLaMaT
tAhUn BaRu diucapkan buat semua…panjatkan
kesyukuran dan mohon doa semoga negara kita terus kekal aman serta makmur…justeru
semua orang dapat mengusahakan impian yang direncana...mudah2an tercapai azam
dan segala cita-cita...semoga juga tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan
dikurniakan olehNya rezeki yang melimpah ruah…amin ^__^
Hari ni juga Wilayah Persekutuan cuti sempena sambutan tahun baru…malam tadi seperti tahun2 yang sudah QH hanya duduk di rumah saje…teringin jugak nak sambutnya di luar tengok bunga api bagai tu kan…tapi amat malas nak berasak2 dan berhimpit2…jadi tengok la konsert dan bunga api kat tv saje…boleh baring2 dan makan2 lagi…hehehe…dikawasan rumah QH ade juga bunga api pada detik 12 malam tu…itupon disediakan oleh mereka2 yang bermurah hati dan terlebih duit untuk membeli bunga api yang mahal tu…yang untungnya kita dapat menontonnya sekali secara percuma…hahaha
Semalam QH memang teringin sangat untuk menyediakan entri terakhir bagi penutup tahun 2012…tapi masa pula takde…sebab semalam QH berangkat balik ke KL semula…sengaja balik awal takut jalan jem hari ni…jadi hari ni boleh la berehat2 lagi sehari sebelum mula bekerja semula esok…takde la berehat sangat2…biase la bile dah berada di rumah sendiri ni…banyak pula yang perlu dibuat…
Besok sesi
persekolahan juga akan bermulakan…bagaimana dengan persiapan anak2 yer wahai
ibu2 dan bapa2 semua?? dah lengkap ke belum?? Mungkin ade yang telah disiapkan
lebih awal supaya tidak kelam kabut nanti atau mungkin hari ni masih ade lagi
yang masih berlegar2 mencari barang2 keperluan yang masih tertinggal…diharapkan
seisi persekolahan esok akan berjalan dengan lancar ye…
Baikla dari terusan saje membebel…elok la dihentikan dulu…nanti tak sampai2 pula hajat sebenar untuk bersiaran hari ni…hihihi…
Perkongsian
resepi alam maya hari ni adalah Cake Pop…sangat comelkan kalau kita cake pop ni…lagi
la sekarang ni macam2 bentuk boleh dibuat…rajin dengan tak saje untuk
mencubanya…hehehe…cake pop ni adalah cubaan pertama QH…sebelum ni hanya tengok
orang buat…itupon sebab ade lebihan kek untuk di cake popkan…kalau tak entah
zaman bile la akan tertunai hajat tu…hehehe…
Buat cake pop ni ianya mudah saje…janji kek span tu sudah tersedia…untuk cake pop ni QH mengunakan kek oreo…lebih Kek Oreo yang QH buat sebelum ni…klik SINI yer kalau nak tengok…jadi dengan rasminya cake pop ni dah lama QH eksperimenkan…cuma nak ke udara tu aje selalunya lambat…hihihi…di bawah QH ade sediakan resepi kek oreo ni sekali lagi…ianya diambil dari blog Kak Azlita@Masam Manis…terima kasih ye kak…
Cara membuat cake pop QH sediakan jugak…jadi jika nak mencubanya…sila
baca arahan betul2 tau…mesti menjadi seperti dalam gambar2 yang ade dalam entri
ni…QH tak dapat nak tunjukkan kesemua step by stepnya…entah macam mane boleh
terlupa la pulak untuk diabadikan…lain kali la ehhh…itupon kalau terbuat lagi…
Jom la lihat dan
tengok bagaimana resepi dan cara membuatnya…selamat mencuba semua…
KEK OREO
ResepiAsal: Oreo Cup Cake
ResepiAsal: Oreo Cup Cake
Sumber Resepi: Kak Azlita@Masam Manis
Dicuba oleh: Qasey Honey
Bahan2
Bahan2
125 gm butter
1/2 cwn gula
1 cwn tepung naik sendiri – ita guna tepung kek
½ sudu kecil baking powder – tepung dan baking powder diayak
2 biji telur
½ sudu kecil esen vanilla
4-6 keping oreo – kisar halus (QH kisar sekali dgn krimnya)
Caranya
1/2 cwn gula
1 cwn tepung naik sendiri – ita guna tepung kek
½ sudu kecil baking powder – tepung dan baking powder diayak
2 biji telur
½ sudu kecil esen vanilla
4-6 keping oreo – kisar halus (QH kisar sekali dgn krimnya)
Caranya
Campurkan butter, gula, tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ye!
Campurkan oreo dan kacau rata.
Tuangkan adunan dalam paper cup.Susun atas tray. Tuang adunan dalam loyang.
Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama10 - 15 minit 20-25 minit atau sehingga masak.
Campurkan oreo dan kacau rata.
Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama
CAKE POP
Bahan2
Kek span secukupnya (QH guna kek oreo)
3 sudu besar atau secukupnya jem atau filing mengikut citarasa (QH guna filing oren)
300gm coklat susu kompaun (QH guna jenama beryl’s)
Lolipop stick secukupnya
Hiasan - hundred thousand, sprinkle, kacang/badam cincang
Caranya
Ramas atau hancurkan kek span tadi.
Masukkan jem atau filing dan gaul rata hingga kek menjadi moist.
Ambil segenggam kek tadi dan bentukkan bulat. Timbang setiap bebola kek tadi 10gm untuk mendapatkan size dan berat yang sama. Teruskan sehingga habis.
Sejukkan bebola kek tadi dalam peti ais selama 2 jam.
Setelah 2 jam, bolehlah memulakan proses menghias bebola kek.
Cincangkan coklat masakan dan cairkan dalam periuk secara double-boiler. Bila dah cair biarkan seketika.
Ambil batang lolipop dan celupkan sedikit hujungnya dengan coklat.
Kemudian cucukkan ke dalam bebola kek yg sudah disejukan tadi lebih kurang separuh kedalamannya.
Biarkan hingga ia keras seketika supaya ia tidak tercabut apabila dicelupkan ke dalam coklat cair nanti.
Celupkan perlahan-lahan bebola kek ke dalam coklat, salutkan ia sepenuhnya. Ketuk-ketukkan sedikit supaya lebihan coklatnya jatuh.
Bila dah siap dicelup, taburkan bahan hiasan yang disukai.
Bila dah siap, cucukkan Cake Pop yang siap dihias pada polystyrene supaya coklat boleh mengeras dan biarkan ia kering sepenuhnya. Teruskan menghias Cake Pop yang lain.
Siap dan boleh dinikmati.


14 comments:
Cantik.... cantik! Suka tengok... anak-anak lagilah suka ye QH.... selamat tahun batru 2013 QH!
cantik...tapi sekarang belum musim kek... tunggu ada belen2 macam QH tu ya...
Happy new year..
Salam cyg QH...
selamat tahun baru..
Cantik sgt...rase syg nak mkn...:))
Salam Qasey.... Selamat Tahun Baru yer... cantekkk nya cake pop tu... ni kalau buat untuk besday ...memang happening..
salam QH..akak dah lama teringin buat ni, compem budak2 suka..insyaAllahakan dibuat satu hari nnti.slmt tahun baru 2013..
salam QH
cantik ..snang nk mkn kan bila dah kecik2 camne..eppy new yer wt qh n amily:)
suka tengok benda cantik2 ni tunggu ada kek dulu atau nak buat kek lah kalau tak sabar nak makan heee budak2 mmg suka sangat ni
Comel...comel...comel....Happy New Year my dear QH
selamat tahun baru QH
mudah-mudahan kan QH, doa yg terbaik buat kita semua
akak mimpi je la mlm ni makan cakepop QH yg mengancam ni he he
salamat thn baru
cantikkkk...kanak2 sure suka
mak kanak2 pun suka
selamat tahun baru kak..
comel la..nmpk pn sedap..
nk tnyla kak..akak ckp lps "ramas atau hancurkan kek span td..
Masukkan jem atau filing dan gaul rata hingga kek menjadi moist.." maknanye filling tu ramas skali ngn kek span tu kak ye..(bru nk bljr bt kek..hehehhe)
Slmt thn baru QH.
Alahai comeinya pop cake itu....kalau anak2 akk tengok pasti berkenan ni terutama Syakirah..
selamat tahun baru qh
eh baru tau ada resepi kek oreo, rasanya kat rumah tu ada oreo crush, nanti nak try lah buat, comel2 cake pop tu, kita suka tapi kekadang kalau terbesar sikit berat mesti jatuh pop tu
cantiknyer...qute2 n yang penting sodap..yang oren kat atas tu apa yer..
Post a Comment