Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera…
Dapat akhirnya QH
bersiaran hari ni…salam rindu dan sayang buat semua…terima kasih kepada
follower2 baru blog Qasey Honey…nanti QH follow balik kamu2 yer…^__^…terima
kasih juga pada semua yang masih sudi bertandang ke sini walaupon dah lama
tiada entri baru yang dapat disediakan dan meninggalkan komen2 yang indah2…nanti
jugak QH akan berkunjung balas ke blog masing2 yea…
Sekarang ni QH masih lagi
dalam mood bercuti dan bersiaran dari kampong halaman yang indah nan permai ni…ohhh
yeahh…hahaha…pada yang bercuti panjang macam QH ni…selamat bercuti dan berhati2
dijalanraya yea…pada yang masih bekerja dan tiada cuti lagi untuk bercuti sila
la teruskan dengan kerja2 kat opis tu ehhh...buat kerja dengan seikhlasnya yea…jangan
jeles ngan kami tau…hahaha
Berbalik pada resepi alam
maya hari ni…QH sajikan Ikan Siakap Goreng Berlada buat semua…sila jangan
tertipu yea…ini bukan resepi hari ni atau bukan resepi yang sebentar tadi QH
masak…mood sekarang nak makan masakan mak saje…hehehe…resepi ni dah lama QH
kerjakan…tak ingat bila ianya dimasak…hihihi…punya la lama…
Resepi ni QH ambil dari
blog CMG@Dapur Tanpa Sempadan…kalau mengikut resepi asal ikannya tu adalah ikan
tongkol tapi QH tukarkan kepada ikan siakap…ape2 ikan sekalipon ianya sesuai…memang
terbaik sangat2 tau resepi ni…senang, mudah dan sedap…sangat sempoi rasanya…boleh
bertambah la makan dibuatnya…sangat2 memenuhi citarasa kami…secukup rasa…tak
percaya…sila la mencubanya yea…resepi QH ade sediakan di bawah ni…selamat
mencuba semua…
IKAN SIAKAP GORENG BERLADA
Resepi Asal: Ikan Tongkol
Goreng Berlada
Sumber: Che MatGebu@Dapur Tanpa Sempadan
Bahan-bahannya :-)
1 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana. potong
sederhana tebal, cuci bersih dan toskan* -
QH guna ikan siakap
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
3 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji buah keras
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan
Cara membuatnya :-)
1.Goreng
ikan tadi, tapi jangan garing sangat, biar embal2 sahaja (lembap2), tapi
pastikan ikan masak. Angkat dan toskan.
2.Tumbuk
hancur cili merah, bawang putih, bawang besar dan buah keras tadi (QH kisarkan saje bahan2 ni). Ketepikan.
3.Panaskan
sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum. Masukkan
garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga pekat.
4.Masukkan
ikan goreng dan gaul rata2. Tuang jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap.
Rasa, dan jika ok boleh matikan api.
5.Tabur
hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.















