Friday, September 28, 2012

TUTORIAL : Bila Picasa Album Penuh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtea semua...

Seperti yang dijanjikan pada entri sebelum ni...kali ni QH nak kongsikan sesuatu yang amat penting untuk para blogger sedia ade dan juga pada yang baru nak berjinak2 dalam dunia blogger sekarang...lebih2 lagi kepada blogger2 masakan...
Rata2 yang dapat kita lihat…para2 blogger mesti banyak memuat turun gambar dalam satu2 entri kan…sebab bile entri tanpa gambar macam kurang seronok la pulak terutama sekali bile ianya melibatkan blog masak2…rasa amat janggal sekali…sebab gambar memainkan peranan yang amat penting sekali…dari situ la dapat kita ketahui bagaimana bentuk dan rupa sesuatu masakan yang dicuba dan dihidangkan…

Jika blog personal sendiri pon dah tentu kita nak meletakkan gambar2 ape jua aktiviti yang telah dilakukan bukan…gambar amat memainkan peranannya bile kita berblog ni…

Jadi bile dah banyak gambar yang diletakkan di dalam blog ni…sudah tentu kita akan mengalami masalah jika PICASA ALBUM kita telah memenuhi kuotanya…aktiviti berblog pon akan menjadi tidak seronok…bile mane gambar2 yang ade tu sebahagiannya akan di DELETE…

QH sendiri juga turut telah mengalami masalah tersebut…hampir buntu bile memikirkan akan menDELETE sebahagian gambar yang ade dalam blog…bagi memudahkan untuk memuatkan gambar2 yang baru pula…

Lagi satu jalan yang boleh QH fikirkan saat itu adalah dengan mengupgrade album picasa tersebut…tapi cara tersebut berbayar…QH ade juga minta pandangan pada blogger2 yang terlebih dahulu dalam bidang ni…tapi ade salah sorang kawan di FB iaitu Rose Khadijah yang membantu QH dalam menangani masalah tersebut…beliau PM QH di FB dan memberikan link blog yang menunjukkan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut…blog tersebut adalah milik Mamatisya@My Life & My Loves…terima kasih diucapkan kepada yang membantu QH dalam menyelesaikan masalah ini…

Hari ni QH nak tunjukkan serba sedikit cara mengatasi masalah tersebut…QH pon takde la pandai sangat bab2 IT ni…mane yang QH tahu akan QH kongsikan bersama…diharap ianya dapat membantu pada blogger yang jika mengalami masalah tersebut…jom lihat di bawah tutorial tersebut step by step yang telah QH buat…mungkin agak leceh jugak tapi ianya akan menyenangkan kita selepas itu...jika masih ade lagi yang kurang faham dengan tutorial tersebut…jangan malu2 yer untuk bertanya pada QH nanti…tapi jangan tanye yang susah tau…tergeliat pula nanti nak menjawabnya…hahaha… 



pada gambar di atas menunjukkan album picasa tersebut telah sampai limit atau penuh...setiap akaun google untuk blog storage adalah sebanyak 1 GB sahaja...jika ini terjadi... kena buat satu lagi akaun google yang baru...


step pertama yang harus dilakukan adalah membuka satu lagi akaun google...sign up seperti biase dengan alamat emel yang baru dan berlainan dari emel terdahulu...lepas dah siap buat emel terbaru...abaikan dahulu emel tersebut...SIGN OUT


bile dah sign out emel baru tadi...sign in alamat blog/emel yang terdahulu...


terus ke dashboard dan klik SETTINGS



klik BASIC dan seterusnya klik + ADD AUTHORS



bile dah klik +ADD AUTHORS tadi...sila masukkan alamat emel yang baru dan klik INVITE AUTHORS



dah klik INVITE AUTHORS tadi...akan nampak seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas...1 OPEN INVITATIONS...boleh la SIGN OUT



step seterusnya...sign in EMEL BARU dan cari emel invitations dari blog terdahulu...



klik emel invitation tersebut dah klik link seperti di atas tu...


bile klik link tersebut akan keluar page seperti di atas



klik semula link tersebut



dah klik tersebut semula...akan keluar page seperti di atas...bile keluar page ni...ianya akan kosong tiada ape2 lagi sebenarnya...setiap emel baru akan begitu...sebab kita belum follow mane2 blog lagi...jangan terkejut pula yer jika melihatnye begitu...boleh la SIGN OUT



SIGN IN blog terdahulu...terus ke dashboard dan klik SETTINGS



step pertama klik BACIS dan akan nampak seperti anak panah di atas...terdapat kedua2 alamat emel di situ



pada alamat emel yang baru tersebut...boleh la dibuat pilihan sama ada sebagai ADMIN atau AUTHOR...emel yang lama boleh dikekalkan sebagai ADMIN sebab di situ ade link follower blog kita



QH memilih untuk meletakkan kedua emel tersebut sebagai ADMIN...jadi kita boleh buka blog dengan memilih salah satu emel tersebut...tapi untuk mengupload gambar terbaru...PASTIKAN menggunakan alamat blog yang BARU...sebabnya seperti bi bawah



cuba lihat gambar di atas...dimana storage album picasa masih banyak lagi ruangnya dan boleh mengupload sebanyak mane gambar sehingga sampai limit...

Jika masalah ini berulang kembali...album picasa pon dah penuh...ulangi langkah di atas semula untuk membuka akaun google yang baru lagi...mengikut kata blog yang QH ikuti stepnye...setiap blog boleh diadekan sehingga 100 AUTHORS...banyak tu...jadi nanti akan banyak la akaun google kita nanti dan ianya menjimatkan...tak perlu lagi untuk menDELETE gambar2 dalam blog...sempat ker kita nak sampai ke angka tersebut...hehehe...lagi satu PERINGATAN...bile dah banyak akaun user untuk blog JANGAN SAMPAI TERLUPA PULA YER PASSWORDNYA!!! PENTING tu...ingatan untuk diri sendiri juga...cara paling senang adalah mengunakan setiap akaun user dengan PASSWORD YANG SAMA...QH buat begitu...

Itu la serba sedikit yang dapat QH kongsi dan tunjukkan setakat ni...jika ade yang terkurang, tertinggal dan kurang tepat tolong beritahu QH yer untuk diperbetulkan...


Wednesday, September 26, 2012

ROTI BUNGA SAMBAL TUMIS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali bertemu wahai pengunjung setia blog Qasey Honey…terima kasih di atas kehadiran anda semua…semoga terhibur la hendaknye ketika berada di sini…

Lewat hari ni QH bersiaran…gara2 line tenet di opis ni ade problem lak sikit…boleh anginn satu badan tau dibuatnye…nasib baik lepas digodek2 tadi dah ok semula…walaupon sibuk tapi hati ni tetap nak tatap blog dan FB walau cuma seketika…kalau tak macam tak lengkap saje rasanya...


Kali nak kongsikan resepi roti yang comel ni…Roti Cawan Berinti Sambal Ikan Bilis…sangat comelkan bile melihatnya… tapi yang QH buat ni tak comel sangat…bunganya pon nampak kuncup aje tu kan…sememangnya kreatifkan empunya yang mencipta idea ni…untuk resepi kali ni QH ambil dari facebook Kak Ayu…cantik tau akak ni buat…cuba tengok di sini Jalinan Rasa…dah lama simpan dan memerapkan resepi ni…bulan puasa hari tu baru berkesempatan nak cuba…sangat ringkas dan cepat disiapkan…yang penting hb pon kata sedap…tapi tang bunga tu…no komen!!..hihihi...lain kali kalau nak tambah udang segar sikit...mesti lagi sedapkan...hehehe

Kalau tengok secara terperinci step by stepnye boleh la klik SINI…QH terlupa nak tunjukkan satu persatu langkahnya…bile ade yang bertanya nanti baru la terfikir dan teringat…kadang tak sempat pon yer jugak…macam2 yang nak dicuba dan buat…hihihi…

Jom la tengok resepinye pula yer…Kak Ayu…QH mohon untuk letak dan memanjangkan resepi ni di sini pula yer…terima kasih banyak2…


ROTI CAWAN BERINTI SAMBAL IKAN BILIS

Sumber Resipi : Majalah Rasa
Olahan :
Kak Ayu@ FB Jalinan Rasa

Bahan-Bahan:
6 keping roti

Cara-Cara:
1. Ambil sekeping roti (pic 1).. Gunakan penggelek (pic 2) & gelek roti hingga nipis (pic 3).. Buat untuk kesemua roti..
2. Panaskan oven dan sediakan acuan muffin @ acuan cupcakes (pic 4)..
3. Satukan kesemua bucu roti (pic 5).. Masukkan ke dalam acuan (pic 6)..
4. Tekan bahagian tengah roti perlahan² hingga sampai kedasar acuan dan lipat jadikan 4 kelopak (pic 7).. Kemudian, tekan²kan bahagian lipatan roti agar roti tidak terbuka semasa membakar.. Kembangkan sket hujung setiap kelopak dengan menggunakan kedua² jari anda agar kelopaknya nampak kembang mekar.. (Proses yang nie agak rumit/kekok bg kawan² yang baru pertama kali nak mencuba)
5. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 180°C selama 5 minit dengan api atas bawah..



SAMBAL TUMIS

Bahan-Bahan:
50-70 gm ikan bilis - dibersihkan & digoreng garing
2 ulas bawang merah } dikisar halus
2 ulas bawang putih } dikisar halus
1 cm halia } dikisar halus
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes cili - lebihkan jika nak pedas
4-6 sudu besar sayur campur
Minyak untuk memasak

Cara-Cara:
1. Sementara itu, sediakan sambal pula.. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi..
2. Masukkan sos cili, sos tomato, pes cili, sayur campur & ikan bilis goreng..
3. Apabila garing, angkat dan sudukan ke dalam roti cawan yang telah siap dibakar.. Tak perlu padatkan, cukup sekadar letak jerk..
4. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar selama 10 minit dengan suhu yang sama.. Enak dimakan ketika panas.


Tuesday, September 25, 2012

MEE GORENG TOMYAM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Bertemu kembali di pagi Selasa yang damai ni…ape khabar semua…mudah-mudahan sihat2 saje la yer…

QH tak sempat lagi nak tunjukkan tutorial yang QH cakapkan semalam tu…tengah mencari masa yang sesuai sekarang ni…nak berlama-lama kat blog pon tak boleh sebab kerja2 banyak yang menunggu…

Bile dah di rumah...lupa la pulak!!...sebab mengantuk pon yer jugak…mudah sangat nak terlelapnye…mane yang tak sempat lagi yang QH nk BW lagi blog teman2 yang lain…malam ni QH sambung yer…


Baik la sebab masa mencemburui…jom layan resepi untuk hari ni yer dari QH…Mee Goreng Tomyam…resepinye telah diambil dari blog Kak Rohah@Damai Kalbu…memang dah tertawan dengan menu ni sejak dari hari tayangannye lagi…terus mengedik nak buat…hihihi

QH buat mee goreng ni bulan puasa hari tu…dah lama dah kan…baru ni sempat nk buah resepinye di sini…memang sempoi menu ni…sedap pulak tu…memenuhi citarasa kami…dengan aroma daun limau purut yang wangi tu…membuatkan bile dah makan ni…kita akan rasa macam nak berulang2 makannye…cara masak pon senang…main2 campak2 aje…lagi sedap dimakan panas2 tau…pada yang nak mencuba resepi ade di bawah yer…

Kak Rohah mohon izin untuk letak resepi ni di sini pula yer…terima kasih atas perkongsian resepi yang sedap ni…jom layan resepi dan selamat mencuba


 MEE GORENG TOMYAM

Bahan-bahan:
450gm mee kuning | cuci & toskan
3 ekor sotong | hiris
1 labu bawang besar | bahagi 2, sebahagian hiris & sebahagian lagi dikisar
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji tomato | kisar
2 tangkai cili merah besar | kisar
1 batang serai | ketuk
4 tangkai daun limau purut
1 kiub tomyam knorr
4 biji fish ball | hiris - xbubuh
2 batang fish cake | hiris – xbubuh
2 keping tauhu – gorengkan terlebih dahulu (QH tambah)
Sawi secukupnya | potong pendek
Sedikit air
Minyak untuk menumis

note:1/2 labu bawang besar, cili merah dan tomato dikisar bersama


Cara:
1.Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik minyak sedikit, kemudian barulah masukkan hirisan bawang besar, bawang putih,kiub tomyam dan daun limau purut.Kacau hingga layu.Masukkan juga sotong.

2.Masukkan sedikit air, reneh sekejap.Masukkan mee, hirisan fish ball, fish cake dan batang sawi.Gaul rata untuk beberapa ketika.Taburkan sawi dan sebatikan.

3.Tutupkan api setelah mee masak.

nota:saya tidak masukkan garam dalam masakan mee ini, kerana masinnya sudah cukup seimbang kerana menggunakan kiub tomyam yang ada.


Monday, September 24, 2012

DONUT BALL TOFU LEMBUT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Yeahhhh QH sudah boleh berblog semula seperti biase sekarang ni…bersyukur sangat2 kerana masalah sudah selesai…Alhamdulillah…sebelum tu QH ingin berterima kasih kepada Kak Zila Norazila, Kak Mamasya Sya, Kak Zana Fahmi, Kak Rahayu dan Kak Wan atas bantuan yang telah dihulurkan dengan bermacam cara untuk menyelesaikan masalah yang QH hadapi pada blog ni…walaupon kita berjauhan pada zahirnya…tapi bile di alam maya ni kita amat dekat sekali…

Sangat2 berterima kasih juga kepada Rose Khadijah ni…kenalan dari FB yang bersusah payah mencarikan blog yang menunjukkan tutorial cara nak menyelesaikan masalah album picasa memenuhi kuota…masalah tersebut berjaya di atasi tanpa mengeluarkan sedikit wang pon…sangat jimat dam mudah juga caranya…terharu sangat dengan usaha dan cadangan yang diberikan itu…gembira bukan kepalang jadinya…nanti ade masa nanti QH akan tunjukkan pula yer tutorial tersebut diblog ni nanti…QH pasti ramai para blogger yang akan mengalaminyakan…bersabar dan bertabah yer…pasti ade jalan penyelesaiannya tu…


Baik la disebabkan masa amat terhad sekarang ni…kita teruskan aje yer ke resepi hari ni…kali ni nak berkongsi QH buat Bebola Donut Tofu Lembut pula…resepi ni QH ambil dari blog Kak Mama Hawa…memang lembut pon donut ni…hasil dari resepinye dan juga robot BM QH tu…jadi kerja mendonut pon menjadi mudah lepas tu…tinggal bulat2kannye saje…setiap donut ball tu QH buat 10gm beratnya…ditimbang yer…jadi ianya akan menjadi sama besar…donut ni sedap dimakan panas2…lagi lembut teksturnya tu…jika dicolek sikit makan dengan sambal tumis pon lagi sedap rasanya…hehehe…QH suka makan donut dengan sambal…manis2 pedas gitu…

Ok la pada yang teringin juga mencubanya…resepinya ade dibawah yer…pada Kak Mama Hawa…mohon dizinkan yer QH nak berkongsi dan memanjangkan pula resepi di sini pula yer… tak lupa juga pada empunya resepinye sekali…terima kasih banyak2…


BEBOLA DONUT TOFU LEMBUT

Bahan-bahanya
  • 300 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boleh)
  • 125gram taufu lembut
  • 1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
  • 160ml susu suam@air suam
  • 40gram shortening
  • 4 sudu besar gula
  • 6gram yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.


Cara-cara:1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. (untuk step ni...doh donut tu QH bulat2kan saje)


Wednesday, September 19, 2012

AIR LONGAN BERSAMA CHERRY TIPS RED


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Ade dengar tak lagu dari blog QH ni...lagu tu sebenarnya telah dimainkan oleh fasilitator semasa QH berkursus hari tu...bile dah banyak kali dengar lagu ni...jadi best lak...ade jugak la kenangan ketika berkursus hari tu...tu yang QH bubuh kat blog pulak...nak bagi pengunjung blog QH ni dengar pula lagu ni...kalau tak sebelum ni QH tak tahu pon akan lagu ni...simple jer kan liriknye...suka tak??? Semoga terhibur yer...

Masa QH berkursus hari tu memang best sangat...dalam kelas memang tak mengantuk...pembetulan ade jugak la ngantuk sikit2...sebab cukup makankan dah kenyang mata mula la buat hal...kursus yang QH pegi ni memang tak terasa boring langsung ketika di kelas...tak terasa juga masa tu lambat berjalan...kadang sesetengah kursus yang QH pegi...kejap2 akan tengok jam...cepat rasa jemu...tapi yang ni tidak...fasilitator ni memang pandai betul mengambil hati kami...


Kemudahan yang lain pon selesa dan sangat berpuas hati...makanan yang sedap2...tempat tidur jangan cakap la memang selesa sangat...view bilik QH mengadap pantai tu...sangat cantik...tapi...ade tapi tau...bile dah masuk malam memang haru sikit...biase la bile hari pertama beralih tempat tidur kita akan berasa kurang nyenyak sikit nak tidur...biase semasa berkursus jer symptom ni akan terjadi...malam pertama tu QH terjaga di tengah malam...tetiba terasa panas dan berpeluh...sedangkan aircond berfungsi dengan baiknye...masa tu tak fikir ape lagi...sambung tido...tapi tak boleh lena pula bile terdengar bunyi dengkuran pulak...makin lama makin kuat la bunyinye kalau QH pejamkan mata rapat2...bile buka mata bunyi tu akan hilang...pastu tengok kawan kat sebelah punya la lena dia tidur...mula la rasa semacam masa tu...ape lagi pas baca ape yang patut...terus QH himpit tidur rapat2 dengan kawan kat sebelah tu...hehehe...baru la lena sampai ke pagi...terasa lega hati ni bile dah siang...

Paginye tu Qh tak cerita pon pada sesiapa...malas nak membangkitkan isu tu dan memang nak lupakan...sebab ade satu malam lagi...masuk malam kedua...QH pon sengaja setkan aicond tu pada suhu yang sama macam malam sebelumnye tu...ok saje sampai ke pagi...takde ape2 yang berlaku...mungkin masa tu dah penat sangat kot sebab di siang harinye buat macam2 aktiviti...mungkin malam pertama tu saje kot ‘orang tu’ ajak bergurau yang seram...


Baik la...hari ni QH nak kongsikan menu minuman pula...rasanya dah lama tak pos entri minum2 ni kan...air longan bersama cherry tips red ni telah dibuat semasa bulan puasa hari tu...baru sempat nak pos hari ni...dah lama dah tersimpan di draft...

Sangat sedap air ni...bulan puasa ape yang tak sedapkan...hihihi...ditambah pula bile mengunyah buah longan bersama cherry merah yang lembut tu...cherry tips tu QH beli di kedai bakery Bagus kat Taman Melawati...

Nak buat air ni senang saje semuanya main ikut suka hati nak buh banyak dan rasa mengikut citarasa sendiri...takde sukatan yang khusus...caranya macam biase saje...macam buat yang yang biase2 tu...bahan2 yang QH gunakan seperti dibawah yer...


AIR LONGAN BERSAMA CHERRY TIPS RED
By : Qasey Honey

Bahan2
1 tin longan jenama Hosen
Cherry Tips Red
Gula
Air secukupnya
Ais

Caranya
Masukkan sedikit air panas dan gula. Kacau hingga gula larut. Kemudian masukkan pula air masak secukupnye. Selepas tu masukkan pula 1 tin longan bersama airnya. Kacau rata. Letakkan pula cherry tips tersebut. Akhir sekali rasa dan boleh la diletakkan ais. Sedap dihidang sejuk.

Mudahkan caranya...selamat mencuba yer...


Tuesday, September 18, 2012

JJCM : RESTORAN PEGAGA@UKAY BOULEVARD


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Cakkkk...hari ni QH kembali berblog...hampir seminggu membiarkan blog ni tanpa entri baru...pas balik dari kursus hari tu memang agak lemau pula untuk mengudate blog ni...hujung minggu pula QH sibuk dengan macam2 aktiviti...

Pada para follower2 QH tak kira pada yang lama atau baru...terima kasih diucapkan atasa sokongan anda semua tu...takde anda tak bermakna blog QH...pada yang baru menjadi follower blog QH ni...nanti bile sempat QH akan follow semula yer blog anda pula...tak lupa juga pada silent reader blog ni...kehadiran anda pon amat dihargai bile melihat graf view setiap hari yang semakin meningkat naik tu...

Pada blog yang QH tak sempat untuk BW...jangan marah yer...ade masa nanti QH akan berkunjung juga...


Baik la seperti yang anda semua lihat sekarang ni...dah tentu2 la tahukan ape yang QH nak kongsikan untuk hari ni...edisi JJCM pula...kali ni QH ke Restoran Pegaga pula...QH ke sini masa balik raya hari tu...badan pon masih letih lagi masa tu...jadi rehat dari masak memasak...tengah hari tu QH n hb lunch kat sini...agak dekat juga dengan rumah...restoran ni terletak di Ukay Boulevard di tepi highway MRR2 yang nak menghala ke Genting tu...restoran ni dah lama dah QH nampak...tapi kebiasaannya lalu saje...baru sekarang baru tergerak nak menyinggah ke situ...


Restoran ni terbahagi kepada 2 bahagian...1 berhawa dingin...lagi 1 open...QH dh tentu la terpaksa pilih yang open tu sebab hubby...smoking...restoran ni pon agak menarik jugak hiasan dalamannya...agak nampak mewah jugak...kemas dan bersih...QH suka restoran ni...pilihan menu pon banyak...semua nampak sedap2...harga pon berpatutan


Gambar diatas tu antara menu yang QH order untuk makan tengah hari masa tu...pilihan kali ni yang ade bertanda topi chef...yang direkamen oleh chef...untuk QH Udang Karipoley dan hubby Daging...menu yang QH order ni adelah set lunch tau...dalam set tu ade air sirap selasih dan nasi putih beserta dengan ulam sekali...harga sangat berpatutan dan sedap...sangat kena dengan selera kami...pasti datang lagi lain kali ni...sebab dekat dengan umah kan...agak2 malas nak masak nanti boleh la ke sini...hehehe...


Gambar di atas dan di bawah ni ade la menu2 yang QH order tu...macam mane??? nampak sedap dan melazatkan kan...semuanya cukup rasa...untuk setiap lauk yang ade ni boleh dimakan untuk 2 orang tau...memang sangat berbaloikan...pada sesiapa yang buntu tak tahu nak makan di mane...boleh pilih restoran ni...


Ok la sampai di sini dulu yer entri untuk kali ni...InsyaAllah esok kita bertemu lagi yer...salam sayang semanis gula dan salam rindu daripada QH yer...

Monday, September 10, 2012

BATIK ARORA CUPCAKE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Lewat hari ni QH bersiaran...sedang enak dan rancak ingin berblog semula...dah terpaksa ditinggalkan lagi blog kesayangan QH ni...gara2 besok hingga hari Khamis ni QH akan berkursus selama 3 hari la pula...pasti setiap saat QH akan merinduinye...tapi bekalan gadet tetap dibawa jugak mane la tau kot2 ade masa terluang ker boleh la menyelinap untuk online...hihihi...kalau tengok pada jadual yang diberi macam takde peluang aje untuk bersenang lenang...huhuhu...

Beg pon QH dah kemaskan sikit2 untuk dibawa besok...tinggalkan masukkan barang2 yang penting aje lagi...yang pastinye lesung, kuali, periuk belanga tu takde yer...hihihi...entah macam mane la kursus tu nanti besok...harap2 best la...kalau tak 3 hari tu bagaikan 3 tahun nanti rasanya...insyaAllah kita akan bertemu semula pada Jumaat ni atau minggu depan la yer...


Sabtu lepas QH pergi ke Nilai sekali lagi...kali ni dengan adik QH pula...untuk mencari barang2 hantaran...QH pergi kedai yang sama saje macam yang lepas QH pergi tu...QH suka pergi kedai tu sebab ape yang kita nak dan cari semuanya ade di situ berbanding dengan kedai2 yang lain...kat KL ni bukan takde kedai hantaran...tapi atas sebab niat sesambil tu nak berjalan sekali...tu yang mencari sampai ke Nila...hihihi...barang2 hantaran tu nanti QH yang akan gubahkan...jadi nanti kalau sempat QH akan tayangkan di blog yer...


Ok la jom tengok resepi pula...kali ni nak kongsikan 1 resepi yang agak ketinggalan untuk QH cuba setakat ni...resepinye dah lama tersimpan dalam list tapi jodohnye lambat pula untuk mencubanya...kebanyakkan blogger2 masakan yang lain sudah turut sama mencuba kek ni...QH tak sempat untuk menyenaraikannya satu persatu nama blogger tersebut...kalau kita cari di google tu akan tahu la siapa gerangan2 blogger itu yer...pelbagai bentuk, rupa dan rasa kek ni yang dapat kita lihat mengikut kreativiti masing2...Kek Batik Arora yang mencetuskan fenomenanya yang tersendiri...

Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kek ni dan pencetus fenomena ni adalah Bro Ady@ Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes...sesiapa saje pasti akan tertawan dengan rupa kek ni yang berwarna warni tu...QH ambil resepi ni dari bro Ady...pemilik resepi asalnya adalah Cida@Sepanjang Jalan Kehidupan...terima kepada kedua2nya sebab memperkenal dan berkongsi resepi kek yang sedap ni...


Memang tak rugi tau mencuba kek batik arora ni...sedap sangat rugi buat lambat2...keknya pon sangat lembut dan gebu...yang paling QH suka mengenai kek ni bile kita dapat bermain dengan warna...seronokkan bile dapat berbuat begitu...bubuh la warna ikut kegemaran kita dan juga perisanya...untuk kek ni QH buat dalam versi cupcake...kek ni telah ditempah oleh mak QH untuk marhaban di rumahnye malam ni...kebetulan adik datang sini minggu lepas...jadi dia la yang bawak balik kek tu...

QH mohon untuk meletakkan dan memanjang resepi kek yang sedap ni di blog ni pula yer...pada yang belum mencuba lagi tu...elok la cuba yer..rugi tak rasa kek yang sedap ni...hihihi...selamat mencuba semua...


Kek  Batik  Arora

Bahan2: 
 250 g mentega
 100 gram gula castor
 1/2 cawan susu pekat manis
 250 g tepung gandum – QH guna tepung kek
 6 biji telur
 2 sudu teh baking powder
 5 jenis pewarna dan perisa – QH buat 4 warna & rasa
Perisa strawberry + warna pink
Perisa blueberry + warna purple
Perisa orem + warna oren
Perisa pandan + warna hijau 

Cara: 
pukul mentega dan gula sampai kembang memutih
masukkan susu pekat manis dan pukul sebati
masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi..ulang sampai semua telur habis
ayak tepung dan baking powder
masukkan kedalam adunan
pukul lagi sampai adunan sebati
bahagikan adunan kpd 5 bhgn – QH buat 4 warna
warnakan dan perisakan ikut kesukaan
sediakan loyang
tompok2an setiap warna dlm loyang sampai habis
(setiap tompok 1 senduk)
bakar pd suhu 160-180 darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam