Thursday, August 30, 2012

MERDEKA MERDEKA MERDEKA!!!!






KETERANGAN LOGO MERDEKA 2012


ARKIB TEMA DAN LOGO
Sumber dari Malaysia Merdeka

Yang berikut merupakan tema Hari Kebangsaaan dari tahun 1970 sehingga kini. Penggunaan logo hanya bermula pada tahun 1976

1970
MUHIBAH DAN PERPADUAN

1971
MASYARAKAT PROGRESIF

1972
MASYARAKAT ADIL

1973
MASYARAKAT KERKEBUDAYAAN MALAYSIA

1974
SAINS DAN TEKNOLOGI ALAT PERPADUAN

1975
MASYARAKAT KERDIKARI 1976

1976
KETAHANAN RAKYAT


Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita cita kemakmuran dan keselamatan negara.Tema “KETAHANAN RAKYAT” ditulis melengkung bagi melambangkan keteguhan negara. Rekabentuk ini juga menyerupai rebana ubi,menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan. Lima lembaga manusia pula mencerminkan lima prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan kepada matlamat negara. Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada bendera Malaysia.

1977
20 TAHUN BERSATU MAJU



Logo ini bertema “20 TAHUN BERSATU MAJU” . Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing bagi menandakan kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat melambangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima tiang pula melambangkan lima prinsip Rukunnegara. Sementara bentuk hadapan perahu menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang bernar-benar timbul dari bumi negara ini.Bulatan yang mengandungi nombor 20 menandakan 20 tahun usia kemerdekaan. Logo tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian dan Perindustrian) dan batiniah.

1978
KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN



Logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia) . Di dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna biru yang bercantum menggambarkan perpaduan rakyat. Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali kelihatan angka ‘XXI’ yang memberikan erti 21 tahun merdeka. Logo ini memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan disamping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyat hidup bersatupadu.

1979
BERSATU BERDISIPLIN



Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip-prinsip Rukunnegara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Segi lima yang berwarna merah melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk memajukan negara. Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan yang berwarna biru dan merah di tengah-tengah bentuk lima segi itu. Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan memberikan makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan beraja. Logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip Rukunnegara supaya dapat menuju kearah kemakmuran dan keamanan.

1980
BERDISIPLIN BERBAKTI



Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraaan hidup. Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang ada itu melambangkan ‘bulat manusia kerana muafakat’. Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup berdisplin.

1981
BERDISIPLIN BERHARMONI



Logo ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh Negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan . Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencermin garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi dan kemasyarakatan.

1982
BERDISIPLIN GIAT MAJU



Logo ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Ia melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri. Warna-warna yang digunakan adalah warna bendera Malaysia. Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima prinsip Rukunnegara yang membentuk keutuhan negara. Bulatan pula menunjukkan keharmonian perpaduan dan kesempurnaan. Warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan percantuman 2 dan 5 itu melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun merdeka dan terus berkembang selama 25 tahun dan seterusnya pada masa hadapan.

1983
BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN



Logo ini berbentuk anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai-bagai bidang. Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin antara satu dengan lain yang mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam. Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara.

1984
AMANAH ASAS KEJAYAAN 1985



Bulatan putih ditengah-tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam negara yang berdaulat dan kerjasama yang erat antara sector awam dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek. Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah.

1985
NASIONALISME TERAS PERPADUAN



Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi teras perpaduan tersebut. Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu bangsa Malaysia manakala bulatan kuning melambangkan negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Bulatan merah menunjukkan patriotism menjadi asas yang penting dalam mengukuhkan perpadaun rakyat yang cintakan negara.

1986
BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH



Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa. Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah. Warna Kuning di tengah melambangkan kedaulatan raja-raja yang merupakan satu daripada prinsip Rukunnegara.

1987
SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU



Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara bulatan yang kelima empat bulatan yang kelima pula terletak di tengah-tengah. Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian . Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima bulatan. Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan, dan prasarana kewangan dan keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan Rukunegara. Warna kuning dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk empat segi dan lima bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan rakyat jelata yang bersatu padu sementara warna merah pula membawa erti berusaha.

1988
BERSATU



Tema “Bersatu” dilambangkan oleh tiga kepala dan satu tubuh adalah digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia. Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip Rukunnegara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini. Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Warna Kuning melambangkan system raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.

1989
BERSATU



Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini. Petak-petak berwarna-warni ibarat ‘anyaman’ yang kukuh lagi erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru berteraskan perpaduan nasional. Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan, juga kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat. Petak-petak yang berbentuk empat anak panah yang bertemu di tengah membayangkan satu matlamat ke arah kejayaan berpandukan semangat setiakawan dan berganding bahu. Sementara empat bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam mendukung sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.

1990
BERJAYA



Konsep tema “BERJAYA” digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya. Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya, Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.

1991
WAWASAN 2020



Logo ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada jalur-jalur merah, biru putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju. Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nila-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan 2020.

1992
WAWASAN ASAS KEMAJUAN



Rekebantuk Logo adalah berasaskan huruf ‘W’ dan anak panah. Huruf ‘W’ merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam hurun ‘W’ yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, social dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara dimasa deoan. Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini melambangkan masyarakat berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan social dapat bergerak cergas menuju kearah matlamat yang dicita-citakan. Secara keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksudf masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni dalam sebuah negara yang stabil,aman dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk menajadikan Malaysia sebuah negara ‘maju’ dimasa depan.

1993
BERSATU MENUJU WAWASAN



Logo berbentuk hampir bulatan ini menggambarkan bersatupadu, bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan. Warna rnerah dan putih melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa yang di wawasankan. Warna biru menggambarkan cita-cita setiap masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan meneruri wawasan yang dicita-citakan. Warna kuning menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa yang diinginkan. Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna-warna diatas melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh setiap rakyat Malaysia.

1994
NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN



Logo ini berbentuk hati dan anak panah yang menggambarkan nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Warna putih pada bentuk ‘hati kecil’ melambangkan kebersihan dan kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni. Warna merah dan biru pada bentuk ‘hati besar’ melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat Malaysia. Warna kuning pada anak panah melambangkan matlamat dan hasrat masyarakat. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 2020.

1995
JATIDIRI PENGGERAK WAWASAN



Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Bentuk lima kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip Rukunnegara, Warna merah, putih, kuning dan biru pada logo adalah warna-warna bendera Malaysia yang melambangkan rakyat berbilang kaum,agama dan kebudayaan, berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri. Warna putih yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga bermaksud amalan nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia telah membentuk keharmonian rakyat. Warna kuning bermaksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai. Warna merah bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. Warna biru bermaksud rakyat Malaysia bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang maju, harmoni dan sejahtera. Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini membawa maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam negara yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri kebanggaan negara demi menggerakkan Wawasan 2020.

1996
BUDAYA PENENTU KECAPAIAN



Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kauymj yang sepakat membina satu budaya yahng dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja masyarakt dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang unggul dati setiap aspek iaitu ekonomi, social dan politik. Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga. Warna merah melambangkan semangat bersama yang membakar dalam setiap jiwa rakyat. Warna putih melambangkan niatm urni rakyat dalam menuju usaha mencapai kejayaan bersana. Warna kuning melambangkan matlamat yang hendak dituju pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai kaum.

1997
AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA



Logo ini berbentuk tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni, mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara. Warna putih melambangkan akhlak mulia ( hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat hormat menghormati dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai cita-cita wawasan negara.

1998
NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA



Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia. Bulatan biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan negara. Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara kuning melambangkan kedaulatan negara.
1999
BERSATU KE ALAF BARU



Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk kon (V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020. Warna merah melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat bersatu padu membentuk wawasan negara. Warna putih melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara.

2000-2006
KERANAMU MALAYSIA



Logo ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara. Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup didalam keadaan aman, makmur dan bersatu padu. Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek manusia melambangkan tiga kaum utama di Malaysia (Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarkan melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk “V” yang bermaksud vision atau wawasan.

2007
MALAYSIAKU GEMILANG



Rekabentuk logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebanggaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50. Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakkan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Bentuk dasar logo adalah bulat yang 'italiclslanted' ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.

2008
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN



Rekabentuk logo ini di ilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan 'Perpaduan Teras Kejayaan'. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama diantara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan Negara. 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
2009
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN



Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

2010
1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI



Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

2011
1MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA



Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

SEPANJANG HARI RAYA 2012

gambar agak tidak memuaskan sebab bukan hasil tangan QH...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat berpuasa kepada sesiapa yang berpuasa 6 sempena bulan Syawal ni...InsyaAllah QH nak berpuasa 6 tu minggu depan kot…minggu ni bukan taknak buat…tapi penat beraya hari tu tak abis2 lagi…memang teruk betul tahun ni…melampau2 penatnya…mungkin mengambil masa sebulan kot untuk disediakalakan…hehehe…nak mengupdate blog ni pon aduhhh rasa liatnya nak siapkan…tu la akibatnya lama sangat bercuti…hehehe

Diam tak diam rupanya dah 10 hari yer kita berhari raya…cepatnya masa tu berlalu… tahun ni sangat2 puas beraya…cuti hari raya yang paling lama rasanya tahun ni…raya ke-9 baru mula bekerja semula…mana tak penatnya…kat opis pon asyik nak terlentok atas meja aje kepala ni…pantang line clear…mesti nak baringkan kepala ni sekejap…mungkin QH pon sekarang tak bape sihat…selsema jadi kepala ni menjadi bengang sedikit…berpusing2 jadinya…penyakit lepas raya…nak mc macam malas dan membazir pula…ubat2 tu semua takkan dimakannye nanti…itu pasti…


Sebelum pulang ke kampong hari tu…2 kali juga kami memunggah barang2 masuk ke kereta…alamak packing punya packing barang2 rupanya penuh 1 kereta…baik di bonet dan seat2 dalam kereta tu…padahal hubby dah pesan dah jangan bawak barang banyak2 sangat…tapi tak boleh la…nanti tak lena dibuatnya…akan terkenang2 pula nanti…hehehe…laptop, ipad dan kamera dah 1 beg…mane tak bertambah2 beg tahun ni…sila jangan heran yer…bukan raya aje…memang setiap kali balik kampong memang gitu la keadaan sebenarnya…hehehe…balik semula ke KL pon gitu jugak…masih penuh lagi kereta…sepanjang beraya tu singgah ke mane2 ade aje nak membelinya…hihihi…

QH pulang ke kampong pada pagi hari Jumaat sebelum hari raya hari tu…amik cuti awal untuk mengelakkan jem jalanraya kononnya…Alhamdulillah perjalanan ke Johor amat lancar sekali…non stop hubby drive masa tu…kalau nak berhenti rehat nanti bukan boleh nak makan2 pon kan…hehehe…tapi tak tau la kalau saje2 nak buat gitu…hahaha…hishhh takde ehhh…lagi satu tak sabar nak sampai awal ke kampong…dapat la berbuka puasa di rumah mak dan mertua… QH pon dapat juga berjalan2 dan cuci mata di bazaar ramadhan di kampong…tupon sebab tetiba hubby nak cari songkok tinggi…hihihi…QH tak beli apa2 pon…boleh caya tak…hihihi


mulanya dari KL dah plan dah nak singgah ke Ayer Hitam tempat popular jual2 pasu kalau di Johor tau tapi tak sempat2 aje…raya ke-3 QH dari Johor nak singgah la ke situ tapi sekerat jalan dah patah balik…Ayer Hitam jem teruk masa tu…saje nak ke situ rasanya dah lama benar tak jejak ke situ…kawasan tu QH tengok dah macam ala2 Nilai 3 pula…

Pagi raya pertama QH di rumah mak…lepas aktiviti salam2 dan makan2 QH ke Ulu Tiram ke rumah atok hubby…2 malam QH kat situ…dapat la QH berjalan di JB pula…petang raya pertama tu QH, mertua dan adik beradik hubby ke JJ Bukit Indah…cari makan…nape yer??? sebab bile sampai ke rumah atok tengahari tu…QH selongkar la kat dapur tengok ape yang ade…rupanya…tinggal periuk belanga aje yang tinggal…licin…habis…tak dapat nak merasa masakan atok tahun ni…sedeyyyy…nasib baik QH ade bawak juadah hari raya dari mak QH…time raya kan biasenya nak ulang2 makan dan mudah berasa lapar semula…lebih2 lagi bile di rumah orang…rasa macam 10 hari tak makan tahap laparnya tu…buruk betul tabiat yang 1 tu…hihihi…



Raya kedua pula…QH dan hubby jalan2 di JB pula…patutnya pegi beraya ni pegi tempat2 dating masa muda2 dulu…mak mertua ade jugak ajak untuk ikut dia beraya tapi hubby taknak…jadi QH pon tak leh buat ape…QH pegi ke Danga Bay…lepak2 dan bergambar…tak lama QH di situ…sebab ramai warga mat2 hensem disitu…amik gambar ala macho gitu…hahaha…jadi taknak la tergolong dalam kumpulan tu…lepas tu plan nak ke Nusajaya pula…tak sampai pon ke situ…dalam perjalanan tu ternampak signboard Legoland…singgah la ke situ sekejap…tak turun pon…tetiba hujan lebat pula…tengok dari kereta aje…raya pertama masa ke JJ Bukit Indah ade booth Legoland tu…promosi jualan tiketnye…tu yang singgah ke situ nak tengok tempatnya…memang besar nampak pon macam best aje…raya tahun depan la nak ke sana…Legoland tu akan dibuka pada bulan September ni…tarikhnye lupa pula…



Raya ketiga pula…tengah hari tu QH balik semula ke rumah mak di Kluang…rehat la setengah hari…macam mabuk pon ade juga…bantai tido sampai petang…terasa penat yang amat…sambung pula raya ke-4…ke Kota Tinggi pula belah mak QH…rumah atok sedara…adik arwah atok QH yang bongsu…sampai ke situ tengok ade menu kari pula yang terhidang…perut pula memang tengah lapar…aduh kena betul dengan selera ketika tu…sedap betul makan sampai bertambah jadinya…hehehe…pastu ke Kulai pula rumah makcik…adik mak QH…makan lagi…sampai tak larat jadinya…macam2 ade…plan asal nak ke rumah makcik QH di Skudai…tapi tak jadi ketika tu hujan sangat2 lebat dan makcik pon tak bape sihat ketika tu…demam…terus ke rumah abang QH kat Taman Rinting…berehat la kat situ sekejap…lepas maghrib pekena ABC pula kat Kampung Melayu Majidi… memalam layan ABC…order satay juga untuk kunyah2…nak makan yang berat2 masih terasa kenyang lagi…memang sedap ABC kat situ…nama kedainya QH tak tengok pula…padahal dah banyak kali pergi tu…kalau ke sana nampak orang sampai beratur nak beli ABC tu…tu la kedainya…


Sepanjang cuti raya ni…aktiviti memang padat sekali…hari2 ade saje aktivitinya…beraya…beraya…beraya…hari ke-7 hari raya pula…Sabtu…agenda merisik…tengah harinya adik QH dirisik…mungkin bulan November ni akan bertunang pula…sebelah malamnya pula…pegi merisik pula untuk adik hubby…kebetulan hari yang sama…sebelum pegi merisik tu…seisi maaf bermaafan dulu…sebab pagi raya pertama memasing di rumah mertua…malam tu la bile dah berkumpul semua…baru la ade seisi maaf2 ni…adik ipar QH ni takde tunang2 nanti…insyaAllah bulan February tahun depan terus adekan majlis kahwin aje…dijangkakan masa raya cina nanti…


QH pulang semula ke KL pada hari Sabtu malam tu juga selepas merisik…pukul 3 pagi sampai di KL…malam tu gilir2 drive…QH drive dari Klaung sampai ke Melaka…bagi hubby tido dulu…pastu hubby sambung sampai ke KL…giliran QH pula tido…memang nak balik malam tu jugak…hubby ajak besok paginya…tapi QH taknak…tak sabar2 nak sampai ke rumah sendiri…rindu sesangat tau dengan rumah buruk tu…tak sabar nak santai2 dan berehat pula di rumah sendiri…tapi tugasan belum selesai…membasuh pula baju yang berlonggok2 tu…aduhhh bertambah penatnya…

Tu la serba sedikit ape yang QH buat sepanjang bercuti sempena hari raya tempoh hari…ingat masa bercuti ni dapat la ngadap laptop lelama sikit ker…edit gambar masakan yang ade tu…BW blog teman2 yang dah lama QH tak kunjungi tu…usahkan nak buka blog atau FB…nak pegang pon tak sempat gajet2 tu semua…kat umah mertua pon gitu…ade aje sedara2 yang datang…kang nanti tak layan dikatanya sombong pula…sudahnya diusung aje la sana sini gajet2 tu semua…


Walaupon dah terlambat terima la kad ucapan hari raya ni dari QH yer…Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua…maaf zahir batin…jika QH ade menyakitkan hati atau tersalah dan silap dalam berkata2 sepanjang QH berblog ni…harap dimaafkan…jika sudi gantung la kad raya ni di blog atau print gantung kat rumah ehhh…hehehe…salam sayang semanis gula dan salam rindu buat semua…muahhhh…

pstttt….maaf jika ayat2 di atas tu tunggang terbalik yer…(^___^)…nanti QH akan BW blog kengkawan yer…sekarang ni computer kat opis ni ade problem sikit…entah ape silapnye…nak kena bedah jap lagi ni…entri kali ni autopublish…malam tadi QH karangkan…sebarang kesulitan amat dikesali J