Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Sebelum tu QH mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang
telah memberikan komen2 yang positif mengenai wajah baru blog Qasey Honey ni…terharu
atas sokongan anda semua tu…rata2 mengatakan wajah baru blog ni lagi best la
senang cakap…hehehe…jika terdapat lagi kelemahan2 yang lain mengenai blog ni…jangan
segan yer untuk mengomen lagi…InsyaAllah ianya akan diperbaiki dari masa ke
semasa…sebab kita sendiri tak akan nampak cacat celanya jika tak diberitahukan…pada
kita dah cukup sempurna…tapi bile ade mata2 lain memandang lain pula
presepsinye kan…cehhh ayat taknak kalah tu…cakap dah macam YB dah…hahaha….
Tapi betul QH amat berterima kasih sangat atas sokongan anda semua tu
untuk memperbaiki lagi blog ni…tanpa kalian sape la QH ni…huhuhu…sila baca
dalam mood sedih yer…huhuu…
Ok cukup2 la tu ehhh…jom kita bergembira balik dan ceria2 di hari Jumaat
yang mulia ni…di penghulu segala hari…sebab ape kena gembira sebab hari ni
merupakan hari terakhir untuk kita bekerja pada minggu ni…pastu esok kita boleh
bersukaria di rumah…boleh pergi berjalan2 dengan keluarga untuk menghabiskan
duit ke misalannya…hahaha…minggu gajikan minggu ni…yahuuuu…mesti ramai yang
keluar untuk bershopping…mungkin ramai juga yang mengambil cuti pada hari Isnin
nanti…sebab memandangkan pada hari Selasa tu nanti merupakan Cuti Umum sempena
Hari Pekerja…alang2 1 hari aje lagi bekerja tu…baik la ambil cuti yer tak…dapat
la 4 hari secara terus menerus…hehehe…
Kebetulan sekarang ni…kat PWTC sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 akan diadakan pada 27 April
2012 hingga 6 Mei 2012…yang bertemakan "Dunia Tanpa Sempadan"…tertarik
sangat dengan tema pesta buku tahun ni…mane tidaknye…terus teringat blog CMG...Dapur
Tanpa Sempadan…hehehe…
Jadi pada sesiapa yang berminat boleh la pergi ke sana yer bawa anak2
sekali…masa ni harga buku murah sedikit dari biase…QH pon bercadang macam na ke
sana jugak besok…itu pon kalau terajin la…nak pergi masa lunch…nak borong buku
resepi banyak2…hehehe…masa ni jugak la kalau nak membeli mane2 majalah yang
terlepas keluarannya…QH suka pergi ke booth Karangkraf…banyak buku2, majalah
dan novel2 yang QH suka…lagipon seperti kebiasaanya booth tu la yang paling
besar kat pameran tu nanti…
Ok jom sekarang ni pula QH nak menjemput anda semua untuk menjamu mata
dengan resepi QH kali ni…hehehe…jangan marah yer…resepi kali ni merupakan kuih
kegemaran QH tau…pergi mane2 ker mesti kuih ni tak ketinggalan QH beli kalau
jumpa la…kalau bulan puasa tu antara menu wajib la dan agak kerap jugak QH beli
untuk berbuka…kalau nak buat memang tak berbaloi la masa tu sebab nak makan
setakat seeping dua aje…hihihi…
Resepi ni QH ambil dari Noorsha@1001 cerita 1001 rasa…kuih ni projek QH
dan hubby…tugas QH bahagian menguli doh…tapi tak uli guna tangan…menggunakan
khidmat bibik robot QH tu…hubby pula bahagian masak sambalnye…hihihi…ade tugas
masing2…burger ni buat pon dah tengah malam tau…tetiba teringin nak makan lak
masa tu…bahan pon memang ade…cuma timun aje la yang takde stok…tapi tu tak
menjejaskan langsung pon…hihihi…yang penting sambalnya dan doh tu yang penting…
RESEPI PAU SAMBAL @
BURGER MALAYSIA
Bahan² untuk doh
2 cawan tepung gandum
2 sb margerin
2 sb susu tepung
2 sb gula halus
1/2 sb bread softener
1 st bread improver
2 st yis
125 ml air suam
Cara² Penyediaan Doh
1. Gaulkan semua
bahan² kecuali air sampai rata, pastu masukkan air sedikit demi sedikit. uli
sampai licin n tak melekat di mangkuk.Kalau adunan kering sangat, tambah air
suam sedikit lagi.
2. Biarkan seketika
hingga naik 2 kali ganda.
3. Bila dah naik,
tumbuk² adunan untuk buang angin. bulatkan adunan sebanyak 16 - 18 biji sama
besar, leper²kan sket...
4. habiskan membentuk
baru digoreng. mulakan gorengan dengan bulatan doh yg mula2 dibentuk tadi
hingga kuning keemasan.
5. toskan dan biarkan
sejuk sebentar.
Bahan² Untuk Sambal
Tumis
*15 tangkai cili
kering
*1/2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
* 1 inci belacan
segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
asam jawa (sebesar ibu jari) + 1/2 cawan air = jadikan pes
gula
garam
*1/2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
* 1 inci belacan
segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
asam jawa (sebesar ibu jari) + 1/2 cawan air = jadikan pes
gula
garam
Cara² Penyediaan
Sambal Tumis
1. Blend bahan
bertanda * hingga halus. Pannaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan² yang di
blend tadi hingga garing.
2. Masukkan air asam
jawa, perasakan dengan garam dan gula.
3. Masukkan juga ikan
bilis dan bawang hiris. Kacau hingga bawang layu. Matikan api dan hidangkan. :)
Bahan Pelengkap
Telur Rebus
Secukupnya- hiris – QH guna
telur dadar
atau timun secukupnya
– hiris – QH xletak
Cara² Penyediaan Pau
Sambal @ Burger Malaysia
1. Belah tengah pau
yang siap digoreng.
2. sudukan sedikit
sambal dibahagian yang dibelah tadi.
3. letakkan hirisan
telur @ timun.
4. cover dengan
belahan kedua. siap untuk dihidang.





