Tuesday, January 31, 2012

IKAN BAKAR ALA SEKINCHAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…


Ikan bakar…hmmm…ni merupakan makanan feveret QH tau…sejak restoran Sekinchan tu ade…agak kerap jugak la QH dan hubby berkunjung ke sana…bukan untuk bertukar2 juadah yea…hihihihi…tapi untuk menikmati juadah atau menu yang diorang sediakan…biasenya kalau makan di restoran ni…kami lebih banyak makan lauk pauknya daripada makan nasi…meratah la…kadang2 tu malu jugak sebab kalau order makan tu…macam makan untuk 10 orang…sedangkan yang nak makan tu kami berdua aje…penuh meja…hehehe…kat restoran ni yang bestnya kita boleh pilih sendiri nak ikan, sotong ke udang yang besar mane saiznya…tentu la amik yang beso2 kan…hahaha



Tapi bile dah banyak kali berkunjung ke situ…dah boleh agak2 dah ape ramuannya…cehhh2…macam chef la pulak kan…main rasa2 aje dah tahu ape ramuan atau bahan2 yang digunakan…hihihi…jadi kami pon bercadang la pula nak buat sendiri…memang dah buat pon…buktinya gambar2 ni semua la…hahaha…

Nak buat ikan bakar ni…kita kena buat sambalnya dulu…sambal tu yang penting…penentu kejadian ikan bakar ni umpphhh atau hampeh…sebab kami berdua ni memang cerewet sikit bab makan2 ni…nak yang sedap aje…

Bukan senang nak hasilkan sambal yang sedap ni…kalau tersilap, terlebih atau terkurang bahan2 mesti la tak jadikan…dup dap dup dap jugak la QH…ceh cite mesti nak lebihkan…hihihi…sepanjang proses memasak ni…Alhamdulillah menjadi jugak akhirnya…sambal ikan ni...tapi tak la 100% macam restoran tu…jadi boleh la nanti QH buka restoran pula...letak brand sendiri…hahaha…berangan…



Lepas dah siap sambalnya tu…baru la boleh memulakan proses bakar membakar ikan pula…QH bakar kat atas dapur aje…menggunakan kuali leper…senangkan…pastu makan macam tak ingat besok masih ade…hehehe…boleh camtu yekk…

Ok la QH letakkan resepi ikan bakar ni di bawah yea…selamat mencuba…kalau dah cuba tu…bagi la maklumbalas…nak tau jugak respon dari anda semua…ok ke tak…selamat mencuba…


IKAN BAKAR ALA SEKINCHAN

SAMBAL IKAN BAKAR

Bahan2
1 – 2 helai daun kunyit*
3 batang serai*
2inci kunyit hidup*
2 inci halia*
3 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
RM1.00 udang kering @ geragau* (*dikisar bersama)
20 – 25 biji lada kering – dikisar berasingan
Asam Jawa
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Caranya
Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan pula cili yang telah dikisar dan tumis sehingga terbit minyak.
Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Setelah mendidih, masukkan sedikit air dan tunggu sehingga masak.
Setelah masak bahagikan sambal kepada 2 bahagian.



CARA MEMBAKAR IKAN

Bahan2
Sambal ikan bakar
Daun pisang
Aluminium foil

Ambil separuh sambal ikan yang telah diasingkan tadi. Sediakan kuali leper dan panaskan kuali terlebih dahulu.
Sediakan aluminium foil dan daun pisang untuk membalut ikan.
Letakkan ikan di atas daun pisang dan siramkan sambal ikan tadi di atas ikan yang hendak dibakar dan balutkan dengan aluminium foil.
Kemudian letak di dalam kuali leper tadi.
Bakar dengan api perlahan sehingga masak.
Alihkan ikan bakar tadi ke atas pinggan hidangan, kemudian tuang baki sambal tadi ke atas ikan yang telah dibakar.


Monday, January 30, 2012

AIR SARSI DAN LONGAN

Assalamualaikum…


Selamat pagi dan selamat kembali bertugas kepada sesiapa yang baru naik bercuti hari ni...



Sebelum tu QH nak mengucapkan tahniah kepada pemenang2 AJL 2012...terutama sekali kepada Hafiz AF dengan lagu Awan Nano...mesti Johan Raja Lawak suka kot...sebab dia kan yang suka nyanyi lagu ni...dalam program Raja Lawak...begitu la awan nano, nano, nano...hahahaha...ape la yang QH merepekkan ni...sudah, sudah la tu...



Tapi QH rasa terkilan jugak sebab trio Shila, Jac dan Ning dapat tempat ke-2...sebab lagu Beribu Sesalan tu QH minat sangat...QH tau anda semua pon mesti minat dengan lagu ni jugak kan...dalam banyak2 persembahan...persembahan terakhir tu QH suka...gabungan Hazama, Balck dan Lan menyanyikan lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad...nasib baik takde kat stadium malam tadi...kalau tak mesti dah berjurai2 airmata...tersentuh dengar nyanyi lagu2 tu...



Ok la cukup la bercakap pasal AJL malam tadi tu...kita terus ketujuan asal yea...

Kali ni QH nak kongsikan menu minuman pula…Air Sarsi dan Longan...sedap la pulak bile kedua2nya kita campurkan...ade dua rasa...tak cukup segelas kalau dapat minum...dengan buah longan tu lagi dikunyah2...umphhh...senang aje nak buatnya...campur semua bahan jadi la tu...setakat buat air tak akan ade yang GAGAL lak kan...hikhik...kat bawah bi ade resepinya kalau nak mencuba yea...sebenarnya kuantiti bahan2 QH main agak2 aje...kalau terkurang atau terlebih boleh la adjust sendiri yea...



AIR SARSI DAN LONGAN

Bahan2
1 liter air masak
250ml cordial perasa sarsi – double lion
1 tin buah longan dan air
Gula secukupnya

Caranya
Bancuhkan gula dengan air panas. Kacau sehingga gula larut dengan air.
Masukkan perasa sarsi bersama air masak, buah longan dan airnya sehingga cukup rasa.
Akhir sekali letakkan ais.
Siap untuk dihidang. Sedia untuk diminum.

 

Sunday, January 29, 2012

LEMPENG

Assalamualaikum…

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu semua…



Hmmm…Lempeng makan orang dulu2 tapi masih kekal sampai ke generasi sekarang…sape yang tak kenal kan makanan bernama lempeng ni…kalau dah makan memang tak cukup sekeping…pasti nak berkeping2…lagi2 bile ade orang yang buatkan…hehehe…ni la makanan QH masa kecik2 dulu…mak QH pon rajin buatkan…lempeng ni pon makanan kegemaran QH juga tau…tapi sekarang ni macam dah jarang kot mak QH buat…hihihi…sebab sekarang masing2 dah besar panjang…jadi sape yang rasa teringin nak makan tu…buat la sendiri…

Tapi jangan tak tahu…lempeng pon dah banyak dijual di restoran2 tau…QH pernah nampak…tapi tak ingat la kat mane…masa tu tak rasa teringin lak nak mencuba…sebab fikir sendiri pon boleh bikinkan…ntah berapa agaknya harga sekeping lempeng tu dijualkan…



Bukan susah mane pon nak buat lempeng ni…tak sampai 5 minit pon nak bancuh adunannya…letak tepung, air, telur ikut suka dan garam sikit…lepas tu masak atas kuali leper…dah siap…senangkan…tapi benda yang senang ni la orang susah nak buat…hehehe…termasuklah yang sedang menaip ni…hahaha…lempeng ni sedap bile dimakan panas2 dicicah pula dengan sambal tumis…kena sesangat la…ditambah dengan Teh O panas…meleleh la air liur sape yang baca ni…hehehe…mintak maaf bebanyak la yea…(^^)

Ok la QH ade sediakan resepi lempeng dan sambal tumis kat bawah ni…pada sesiapa yang rasa2 teringin pula boleh la buat…jom tengok resepi...



LEMPENG

Bahan2
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
Secubit garam

Caranya
Satukan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati dan rata.
Panaskan kuali leper atau non-stik pan, lenser dengan sedikit dengan minyak masak.
Bila panas tuang 1 senduk adunan tadi.
Ratakan dan masak hingga permukaannya kelihatan pucat.
Terbalikkan dan masak hingga lempeng kelihatan sedikit garing.
Angkat dan buat kaedah sama dengan baki adunan hingga siap.
Hidangkan dengan sambal tumis.



SAMBAL TUMIS

Bahan2
20 - 25 tangkai cili kering*
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih* (*dikisar bersama)
1 biji bawang besar
Segenggam ikan bilis
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Caranya
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bahan kisar hingga harum dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam, gula secukupnya dan serbuk perisa (jika suka).
Kacau rata dan masak hingga sambal pekat.
Masukkan ikan bilis dan bawang besar tadi.
Kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api.



Friday, January 27, 2012

UDANG SRI RAMPAI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...



Selamat petang semua...Salam ceria dan kasih dari QH...

Mari kita berjamu mata lagi dengan resepi terkini dari QH...hehehe




Kali ni QH nak kongsikan lagi satu resepi yang simple dan sedap...hari tu semasa QH melawat ke dapur Curlybabe’s Satisfaction...asalnya nak cari resepi muffin...tapi terpandang la pula resepi Udang Sri Rampai ni...terus terpaut selera disitu...tapi udang yang QH guna...udang biase je...sebab stok kat supermarket tempat QH ni tinggal udang jenis tu aje...yang besar2 sikit dah habis...mungkin masa tu musim tahun baru cina...diorang dah borong dulu la tu...hihihi



Mudah sangat untuk memasak menu ni...penyediaan bahan2 pon senang...cara memasak QH ikut cara Kak Ayu buat...bile dah siap makan pula dengan nasi panas2...perghh memang kena sunggug la...resepi ni pon memang kena dengan selera QH...QH suka kalau resepi letak daun kunyit ni...baunya memang naik betul la...QH bagi kredit la pada empunya resepi ni...terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ni...



Ape lagi jom kita tengok resepi yang QH maksudkan tadi...ade kat bawah ni QH letak...pada Kak Ayu...QH mintak share pula yea resepi ni untuk diletakkan disini pula yea...



Udang Sri Rampai
Sources:-From Ucu Bakery via Kongsi Resepi

Bahan:-
1 kg Udang - saiz L (lgi bagus XL) -(Ayu gunakan udang galah)
6-7 batang serai - dihiris nipis2-(Ayu gunakan 4 batang serai diblender)
3-5 helai daun kunyit -dihiris nipis2-(Ayu gunakan 3 helai)
3-4 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dipotong bulat
1 inci  kunyit hidup - dikisar
sedikit belacan/anak udang kering -dikisar-(Ayu gunakan belacan)
6-7 biji  cili padi - dihiris-(Ayu gunakan 5 biji untuk diblender + 10 biji untuk dihiris)
air asam/asam keping
garam/perasa

Cara2nye :-
Tumis bahan2 yang dikisar, tunggu sehingga naik bau. Masukkan bahan yg dihiris nipis tadi...teruskan kacau. Kemudian masukan udang - gaul lagi sehingga mesra. Masukkan garam/perasa/air asam.Tunggu sehingga mendidih( Tak perlu bubuh air..sebab udang ni akan mengeluarkan air dgn sendirinya)Dah boleh dihidang....Senangkan masak udang sri rampai ni....