Wednesday, August 15, 2012

BISKUT OREN MAMA CADBURY


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali bersiaran hari ni di Ramadhan yang ke-26…alahai tak habis2 lagi QH ni dengan biskut rayanyakan… ade lagi ke lepas ni??? yang tu kena tunggu la yer…hihihi…memang agak penat sebenarnya buat kukis ni…lagi la QH buatnya sorang2 takde pembantu…segala2nya kena buat sendiri…bab memunggah barang memang best sangat2 la…satu persatu keluar peralatan yang diperlukan tu…tapi bile bab mengemas tu…aduyai…berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya…hehehe…QH tak kisah takde pembantu…lebih suka buat sorang2 kukis tu…sebab nanti tak puashati pulak bile tengok hasil kerja tangan orang lain yang membuatnya ala kadar saje…tak seperti yang kita mahukan…hihihi…

Dalam membuat kukis2 tu semua…cara yang QH gunakan adalah…di siang hari tu waktu petang biasenya QH akan mengadunkan terlebih dahulu beberapa jenis kukis yang ingin dibuat…di sebelah malamnye pula lepas waktu berbuka tu baru la QH akan mencetak dan bakar kukis tu pula…kalau bakar diwaktu siang tak boleh nak merasa pula nanti…hehehe…mesti kena rasa entah ape rasanya tu kan…lagi satu masa tu la yang sedap…dapat rasa kukis yang panas2 kuar dari oven…hehehe…mesti jiran2 QH rumk dendam hatinya bile terbau2 kukis yang semerbak tu dari rumah QH malam2…hahaha…

Dengan cara yang QH gunakan tu…rasanya masa lebih jimat dan dapat menyiapkannye dengan cepat…bile dah siap tu semua baru la fikir cara nak deco kukis2 tu pula…QH akan siapkan deco kukis tu sedikit dulu untuk di buh ke blog sahaja… yang selebihnya tu boleh dibuat di waktu lapang2 nanti…QH pon akan mengukis pada hari cuti saje…Sabtu dan Ahad…tu la cara kaedah yang QH buat…tahun depan kalau ade yang rajin boleh tiru macam cara QH ni yer…hehehe


Untuk resepi ni QH nak kongsikan pula Biskut Oren Mama Cadbury pula…resepinye pula QH ambil dari Zack@Aku.Zack...pertama melihat kukis ni hati dah ditawan…tahun lepas lagi QH dah pernah tengok kukis ni di FB kalau tak silap…tahun ni pula bile QH sedang mengepos link blog ke FB group masak2…sekali lagi terpandang kukis ni…terus saje QH cari empunya resepi tu dan follow blognye terus…hihihi…

Menurut Zack resepi ni telah diderhakakan oleh beliau dengan mengolah biskut tu…resepi asal biskut cheese…tapi telah diolah dengan kukis mama Kak Wan…lagi sekali kukis ni telah diderhakakan oleh QH pula…hehehe…QH tambah perasa oren pada kukis ni…bile oren dan coklat bersatu…wahhh lagi sedap tau…hehehe…maaf sila jangan kecur yer ketika membacanya…hahaha…

Cara yang QH gunakan untuk kukis ni pon berbeza sedikit…dimana QH membakar kukis tu menggunkab kaedah yang biase…bakar sehingga masak…lepas tu bile kukis tu dah sejuk…baru la QH letakkan coklat Cadbury diatasnya…gam untuk melekatkan coklat tu dengan kukis…QH gunakan coklat masakan…buh sedikit diatas kukis tu lepas tu lekatkan coklat Cadbury pula…siap…tu yang cantik aje coklat cadbury kat atas kukis tu…derhaka sekali lagi ke atas kukis tu…ikut pada cara masing2 yang mane senangkan…hihihi…

Ape2 pon pada Zack…mohon untuk meletakkan resepi kukis ni di blog QH pula…untuk dikongsikan pula kepada pengunjung2 blog ni…terima kasih banyak2 atas perkongsian resepi tersebut yer…maaf sebab terderhakakan kukis ni…hehehe…jom tengok resepi dan selamat mencuba yer jika punya waktu untuk mengukis lagi….^___^ 


Biskut Mama Cadbury 
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com 
Diedit dari Biskut Mama Carrey Citarasawan
50 biji+-

Bahan: 
A:
100g butter
50g gula kastor
½ bj kuning telur Gred A @ 1 kuning gred C/D
1/2st esen vanila

1 st perasa oren 
sedikit pewarna oren

B: 
130g tepung gandum
25g tepung jagung
25g susu tepung
***Ayak dan ketepikan.

Hiasan: 
50 biji coklat cadbury (suku daru botol besar tu)

Cara: 
1. Pukul butter dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul sebati.
3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut. Simpan dalam peti sejuk 15-30 minit atau hingga mudah diterap.
4. Canai atas permukaan tak melekat (ku guna marble slab bersih) dan terap bentuk sama saiz dengan coklat. Simpan kembali dalam peti sejuk 10-15 minit.
5. Sementara itu panaskan oven 160C. Bakar adunan 10-15 minit api atas-bawah, rak tengah, hingga separuh masak.
6. Keluarkan tray, sapu putih telur atas biskut. Susun coklat cadbury di atasnya. Bakar lagi 5-10 minit menggunakan suhu atas-bawah, rak paling bawah, hingga biskut kelihatan masak. (See NOTE below) (Cara no. 5 dan 6 QH tak buat...QH bakar biskut tu seperti biase hingga masak...bile biskut tu dah sejuk...baru la QH lekatkan pula coklat Cadbury diatasnya dengan menggunakan coklat masakan yang dicairkan sebagai gam)
7. Sejukkan atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.

Note:
- Biskut ini rangup.
- Cadbury memang menggerutu sikit time habis bakar.
- Resepi asal guna cream cheese.
- Oven Elba saya ada 5 tingkat. Pembakaran pertama rak tengah, pembakaran terakhir sy guna rak ke-2 dari bawah. Masih guna api-atas bawah tapi sebab tray jauh dari api jadi cadbury tak cair.
- Sapu putih telur untuk cadbury melekat kat biskut.


Sesiapa nak try yang cream cheese, dipersilakan:

Resepi Biskut Cheese Cadbury
Sumber: Eryna Bizkit

Bahan A
180gm mentega
80gm shortening
90gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu makan esen vanila
70gm cream cheese

Bahan B
400gm tepung gandum
80gm tepung jagung

Bahan C
1 botol coklat Cadbury

Cara membuatnya :

1.     Pukul Bahan A hingga sebati selama 4 minit
2.  Masukkan Bahan B. Gaul rata
3.   Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk
4.  Potong mengikut saiz coklat Cadbury dan susun coklat di atasnya
5.   Bakar selama 20 minit dgn suhu 40 celcius. Guna api bawah sahaja


9 comments :

:: Mrs.Eady :: said...

awesome!1st time tgk biskut oren nih!

Jefry said...

biskuitnya pas untuk lebaran minggu depan
terima kasih atas resepnya

Norzie hany said...

Budak2 mesti suka biskut ni.Cantik header baru QH.

Sari Yusa Ibrahim said...

cantiknya biskut tambah lagi ada choc cadbury, mesti sedap!

Delima Zamrud said...

Wahhhh rajin sungguh QH ek.. cantik biskut2 raya QH.. SElamat hari raya n maaf zahir batin :D..

ain faqihah said...

Mohon minta resepi ye kak tq:)

ain faqihah said...

Mohon minta resepi ye kak..tq

ain faqihah said...

Mohon minta resepi ye kak tq:)

Aziela Mohmed said...

inilah, jadi mangsa mummy kene beli coklet pulak . alang2 duduk kat langkawi.. kuikui