Monday, July 2, 2012

SINGAPORE CHILI CRAB


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Ape khabar semua? aduhhhh rindunya dengan teman2 blogger semua…mesti dah beratus2 resepi yang QH terlepas dan ketinggalan…ruginye rasa…tersangat rindu jugak dengan blog QH ni yang semakin hari semakin suam2 kuku jadinye…mula la timbul perasaan bersalah yang semakin menebal bile melihat bilangan follower dan pengunjung ke sini semakin bertambah dari sehari ke sehari…

Memang satu kejutan jugak…sebab QH tak pernah sangka akan dapat melihat begitu ramai bilangan pengunjung ke blog QH ni…sehari pasti mencecah sehingga 5k…pada blogger2 yang lain mungkin jumlah tu dah terlalu biasa…tapi pada QH yang baru menapak dan blog pon belum setahun jagung lagi usianya amat terharu dibuatnya…jutaan terima kasih atas sokongan yang diberikan dan tidak jemu2 untuk singgah ke sini…


FB sempat jugak la QH menjengah kejap2…tapi yang hanya mampu dilakukan adalah memanjang LIKE menu atau resepi yang QH Nampak di wall FB QH…mungkin kalau ade award LIKE2 ni…mungkin QH kot pemenangnye…hahaha…jika ade sebarang pertanyaan tak kira la di blog atau FB tu yang mungkin QH terlepas pandang dan masih belum reply…harap maaf yer…nanti QH cuba semak balik satu persatu…

Pada teman2 yang sudi meninggalkan komen di blog QH ni...terima kasih yer...nanti QH akan terjah dan jejaki pula anda semua satu persatu... 

Sepanjang QH berdiam diri tanpa sebarang berita tu kerana QH perlu menyiapkan resepi untuk beberapa buah buku masakan…hahaha…oppssss ACAH aje…tolong jangan perasan yer QH…hehehe…

Sebenarnya QH menyiapkan beberapa tugasan yang memerlukan tindakan segera dan semuanya nak cepat…bukan sekeping dua…tapi beratus2 keping surat…huhuhu…naik letih dah rasanye dan penat sangat2…harap akan cepat2 la berakhir kerja2 tu semua…tapi dengar2 bulan puasa nanti lagi sibuk…aduyaiii…

 
Ok la untuk menu hari ni…QH nak kongsikan resepi Singapore Chili Crab pula…ketam pula yer…resepi ni QH ambil dari blog CMG@Dapur Tanpa Sempadan…ketam ni salah satu makanan kegemaran QH jugak tau…

cuma kalau di rumah ni agak jarang QH masak lauk ketam ni…sebabnya bila makan ketam ni masa makan tu memang akan panjang sedikit dan lambat…bab nak menggopek cenngkerangnya tu yang menjadikannye lambat…kadang tu nasi dah abis dulu di pinggan tapi lauknye tapi habis lagi dikopek…hehehe…walaupon susah…tapi ketam ni la yang paling sedap antara seafood2 yang lain kan…

Resepi dari CMG ni sedap tau…memenuhi selera kami…walaupon rupanya tu agak berbeza sedikit dengan CMG masak…yang QH masak ni sambalnye tu agak kering sedikit…nak tengok yang CMG masak boleh klik di SINI yer…nampak betul2 menyelerakan tau…tu yang terus tergoda…hehehe…ye la lain orang lain pula hasilnye kan…ayat penyedap hati…hihihi…

Pada empunya resepi ni CMG…QH mohon untuk meletakkan resepi yang sedap ni ke blog ini yer…untuk dikongsikan pula kepada teman2 yang lain…terima kasih bebanyak…jom la kita tengok ape bahan2nya tu yer…


SINGAPORE CHILI CRAB

Bahan-Bahannya :-)
2 - 3 ekor ketam bersaiz sederhana (jenis ketam ikut kesukaan anda)
3/4 cawan air
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
3 camca besar sos tomato
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
2 camca besar kacang tanah tumbuk (disangrai dulu)
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan

Bahan Tumbuk Halus :-)
2 biji cili merah
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
2 biji buah keras
1 batang serai, hiris halus
1/2 inci belacan, dipanggang dahulu


Cara Membuatnya :-)
1.                 Ketam diasingkan kulit kerasnya, cuci bersih dan ketepikan (kalau nak guna untuk hiasan pun ok, macam mat buat tu, kalau takmo, boleh buang). Kaki2 ketam yang kecil, dikerat, penyepitnya diketuk sedikit. Ketepikan.

2.              Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan bahan tumbuk halus dan cili kisar, tumis hingga harum dan cili garing. Tambah sos tiram dan sos tomato. Kacau rata

3.               Masukkan air, kacau rata dan bila mendidih, masukkan ketam, gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan gula. Akhir sekali tambah kacang tumbuk. Gaul dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi putih atau roti....


19 comments :

Tina Othman said...

salam qh

takpelah kerja kena didahulukan kan

sedapnya ketam tu, tapi saya tak boleh makan, alahan

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Olala... sedapnya tengok ketam ni... nak juga cuba resipi ini.. tq HQ akak mohon share ye...

Nuridah said...

Assalamualaikum QH

masyaAllah tk sanggup kak Nur nk lihat ketam tu...sedap sangat2..kecur kak Nur.

norhidana said...

terliur tgk keram tu kak.... aduhla sedapnyer... lama dana tak msk ketam ni... n kalu kt umah bdk2 suke msk lemak... msk pds katanyer kuahnyer skit sgt hehehe

dapurCikWan said...

salam kak QH.. samela kite kak. CW pun agak bz lately ni..agak2 banyak juga ketinggalan resepi best2 ni.. ketam tu ada lagi ke??sedap je nampak yang 2 ekor tu...heheh ;))

Asyifa Mustaffa said...

Salam QH,
ala....ketam la plak...sy x mkn ketam...hehe...

Rohah said...

buzy ye QH...itulah tugas yang membawa rezeki, so wajib dilakukan sebaiknya...colek 3 ekor ketam ni ye...(tgh bayangkan kesabaran yang patut ada time makan ketam ni kan...) mengasyikkan gayanya kalau bab ngopek3 makhluk Allah ni,sedapnye bukan kepalang walaupun sedia maklum isinya ciput je kan..

rostina76 said...

wah!!!ketam. sukeee

ibh_sue said...

Aslmkum QH.
Dugaaan..ketam tu menyelerakan. Heeee

Melly Octaviana said...

Melly pun sekarang ada busy dikit,kalo sempet pasti langsung buka blog masuk dapur teman2, intip makanan nya,sstt nanti kita buat 'like' award yah..hehe
Ketam nya menggoda sekali untuk di comot,photo yg menarik..slurrp

mama sara nur said...

assalam QH
aduh aduh rinduuuu kat QH he he
tp ilang rindu bila nampak chili Crab, kalu akak abis 2 ekor sekali makan hi hi
sb satu-satunya seafood yg akak suka makan, yg lain tak reti makan
he he

Cheq Sue said...

hai QH...kadang2 bila dah sibuk sangat memang tak menyempat nak buat kerja lain... cheq sue pun gitulah, mana yang penting kena utamakan...

Nur-nba said...

Salam.. QH, pertama sekali tq for your support sebab sudi klik kat link GA Kak Ida. Bila baca cerita QH tu, Kak Nur pun sama juga.. So nak redakan tension yg ada, suka update entri dalam blog.

Sedap benor tengok lauk ketam ni.. Bilalah nak cuba yek.. Kak Nur tak pandai masak ketam.. :(

Shahriah Abdullah Novelis said...

QH cayangggg kak sha datang dah pagi bute dah ni... di kala QH sedang tidur dan bermimpi indah.. inilah aje masa yang akak ada dik.. huaaa bahana datang dapur kengkawan pagi bute.. lapo sentiasa pulak ada ketam huazzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz tolonggg lapooooooooooo

quinnie said...

tergolek2 je ketamnya...hehehe..sedapnya...saya ni kalau beli ketam tak pandai siang...heheheh

memang betul kan qasey..terharu sgt bila ramai berkunjung ke blog kita...tambah2 yg rajin meninggalkan komen..:)

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Hello dearie..hru? Yes dear...me too having lack of time for blogging apatah lagi nak bloghopping..haih!

As for me..family is the most priority, blogging next je. Hehe.

I don't eat crabs but my hubby and son love it! They would love this chilli crab too! I nak gravy dia je...hehe.

FnF Simple Life said...

Asslm QH...fuyooo cedapnye chilli crab ituw... seyes tak kelip2 mata melihatnya

kasihredha said...

aduhaii sedapnya
suka sgt dgn ketam.
tp jrg masak sejak anak akak allergic dgn ketam.

blogresipi.com said...

Cantiknye gambar ketam tu.. Memang terliur sangat. Huhuhu