Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Selamat bertemu kembali di pagi Isnin yang indah dan damai…moga mood pon
akan kekal begitu sampai ke petang…hihihi…bile bermula minggu baru ni…bermula
la jugak kesibukkan dengan kerja2 yang mendatang…huhuhu…tak nak la cerita bab
kerja2 ni…tak bestkan…hehehe…
Sebelum tu QH ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mane2 blogger dan
teman2 yang lain…yang sudi mencuba resepi dari blog QH yang tak seberapa ni…harap
percubaan resepi tersebut memenuhi selera anda sekeluarga dan yang penting
sedap yer…hehehe…walaupon ade yang diolah sedikit takpe…sebab QH pon berbuat
begitu jugak…hehehe…setiap hidangan tu mesti la kena ikut citarasa sendiri yer
tak…
Dah lama sebenarnya QH nak bertanye…ade tak sesiapa antara blogger masak2
yang ade ni pergi ke ujibakat program Masterchef musim ke-2 tu…QH ade jugak
mendapat beberapa ajakan dalam message di FB dari teman2 blogger dan FB…tapi ajakan
tersebut tak dapat QH penuhi sebab belum berani lagi untuk mencabarkan diri
dalam program tersebut…hihihi…
Tengok Masterchef Selebriti dan Masterchef musim yang lalu tu…beloh kecut
perut la dibuatnye…silap2 masa ujibakat seterusnye tu QH dah dah layak kot…tak pandai lagi untuk mencipta resepi2 yang baru...masak
sekarang ni pon masih lagi tengok resepi satu persatu…jadi kena hentikan la berangan nak
pergi ke peringkat seterusnya tu…hahaha…pada teman2 yang telah ke ujibakat
tersebut dan layak untuk ke peringkat seterusnya tu…QH nak mengucapkan tahniah
yer…QH akan sokong anda semua dari jauh…^__^…semoga berjaya menjadi Masterchef
untuk musim ke-2 tersebut…macam MC Izani tu…tak kurang hebatnye jugak macam KakShahriah Abdullah kita tu…siap ade buku masakan sendiri lagi sekarang ni…
Ok la…untuk resepi hari ni QH nak kongsikan resepi yang agak mudah jugak…bile
dah mudah tu…tentu la penyediaannye pon senang aje kan…resepi yang dimaksudkan
itu adalah Ikan Cencaru Sumbat Sambal…resepi ni memenuhi citarasa QH dan hubby…tak
rugi mencubanye…ternyata sedap…cara masak ikan ni…QH menggunakan kaedah bakar
dalam oven seperti dalam resepi di bawah…ikan tu akan sekata masaknye…
Ikan cencaru yang QH gunakan bersaiz besar sangat2…jadi untuk mengimbangi
saiz ikan tersebut dengan rasa sambal tu…QH telah sumbatkan sambalnye
dibahagian depan dan belakang ikan tersebut…hihihi…harap empunya resepi
tersebut tak marah ehhh…hehehe
Resepi ni QH ambil dari blog Kak Amie@Amie’s Little Kitchen…beliau
merupakan seorang guru yang sangat rajin tau…terdapat macam2 jenis masakan
moden dan tradisional yang ade dalam blog Kak Amie ni…sila la ke sana yer…pada
Kak Amie…QH mohon untuk kongsikan dan panjangkan resepi ni di blog QH yer…terima kasih banyak2 atas perkongsian resepi tersebut...jom la tengok bahan2 yang diperlukan tu...
Ikan Cencaru Sumbat Sambal
Sumber
: Kak Amie@Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ikan cencaru
saiz besar - bersihkan, belah belakang, cuci dan toskan
Bahan
untuk sambal:
7 biji lada merah
7 biji cili padi
2cm belacan
4 ulas bawang putih -
belah 2 dan goreng
5 biji bawang merah -
belah 2 dan goreng
1 labu bawang besar -
belah 4 dan goreng
1 cawan udang kering
- rendam
1 sudu teh pati asam
jawa
garam / gula / perasa
pilihan secukup rasa
Cara:
1. Campurkan kesemua
bahan untuk sambal dan kisar kasar-kasar.
2. Masukkan bahan di
atas ke dalam perut ikan.
3. Panggang ikan
hingga masak - Amie masukkan dalam oven.
28 comments:
Selalunya kakcik buat cencaru sumbat kelapa je. :)
tak pernah boring makan ikan sumbat ni...hehehhe..ada cencaru msti nak masak cam gini...:)
sedapnya nampak ikan cencaru ni apa lagi ada sambal menyelerakan lah dah ada nasi tu boleh terus ngap je hee
akak pun kecut perut tengok masterchef rasanya akak yg jauh mmg tak layak langsung nak masuk sbb umo lebih kot haha,lagipun mmg tak reti pun nak mencipta segala resepi tu tabik spring lah pada yg dtp masuk tu kan QH
diet ke QH....besar lauk dari nasik...kalau ucu tak cukup nasik seciput tu..hahhaa..
selalu jugak buat cencaru sumbat tapi yg ada kelapa...versi k.amie belum terbuat lagi...
wah..ni dish peberet sy la QH..tp tak penah buat lagi cara masak guna oven..selalu sy goreng ja..ternyata cara ni lebih berkhasiat sbb tak oily kan..nanti leh try.. :)
sedappp...
akak suka :)
biasanya akak letak kelapa
Sedap..kak ros suka,ikan sumbat ni.Kak Ros semangat berkobar-kobar nak gi ujibakat Master chef tu...tapi berkobar-kobar gi tengok.kebetulan la anak kak ros kerja HR exec kat taylor uni tu.Maka.semangat la kak ros ikut dia pergi bawa little laling tengok itik kat tasik Taylor sambil intai orng yang sibuk ujibakat.Lagi pun tak brapa jauh dari umah kak ros...nak masuk master chef takut!!!!!
yummy..salam qh cayanggg..
antara lauk kegemaran nie..wallaaaa,, sedapnya..terasa2 masam limau kt tikak nie..antar sikit kt skudai bolehh:)
Assalam QH.
Sis pun selalu makan ikan cencaru yang sumbat dgn kelapa.Sedapnya pulak nampak ikan cencaru sumbat sambal ni.
Selamat petang QH,
kak Amie terlepas tengok rancangan tu, ada-ada aje... asyik kelahi berebut channel dengan anak-anak he he heh
Terima kasih...terima kasih banyak sudi cuba resepi Kak Amie. he he ehhh QH, biasanya kak Amie masak sehari sekali aje, untuk makan malam kecuali hari cuti adalah sikit buat sarapan & minum petang... seronoknya bila QH kata Kak Amie rajin masak, ni yang tambah sayang kat QH, and naik motivasi nak terus masak-masak ni...
Salam.. Qasey Honey, terima kasih atas komen di blog. Memang ramai sangat yang menunaikan umrah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Insya-Allah, Kak Nur doakan moga QH satu hari akan jadi tetamu Allah.
Sedap benar melihat lauk cencaru sumbat sambal ni... Teringat masakan arwah bonda mertua. :(
sedapnya cencaru sumbat .....kalau makan tak cukup spnggan nasi ni....
Assalamualaikum,
Sedappp...kak Ros pun suka resepi nih....
sedany cencaru sumbat..lama tak makan!
kak, sekata masaknya.cantik je..dulu berpeluh la nak hidupkan api dapur arang.. ;))
wah...sedapnye mkn ngn nasik panas
Bagus nih...versi panggang ...tak berminyak kan..
selalu akak buat versi goreng..
as-salam QH
mmg sedap ikan cencaru ni mkn dgn nasi panas2 tapi Ady suka ikan kembong...berselera tgk ikan tu...
Salam QH. akk suka ikan cencaru masak sumbat gini....tambah yg bakar....sedap mkn tp sejak dok jauh ni mmg miss tak dpt mkn ikan cencaru bakar...
assalam
lapar tgk ikan cencaru QH ni, dulu2 tak reti makan cencaru tp skrg dah jatuh cinta he he
Salam QH,sedapnya ikan cencaru sumbat tu..Rahel suka makan panas2 gitu..terasa intinya..
Assalamualaikum QH. Ni Kalau M try wat untuk my MIL mesti dia suka. He he..
Aslmkum GH
Terliur pagi2 masuk sini. Lama betul tak mkn ikan cencaru sumbat tau. Biasa tu mkn ikan cencaru goreng ja..Udah malas beno nak menyumbatnya..heee
QH, my faveret ni... ikan jacket sumbat sambal.... sekali makan boleh selamat 1 ekor...
sedap!! lama tak buat. susah nk dpt cencaru kat sini. uhuhu..
QH cayang mucuk wangii.. dik tq mention nama akak ya cayang.. waduhh kenapa tak nak masuk uji bakat MCM season 2?? manalah tahu ada rezeki.. akak akan sokong QH depan tv sambil loncat2 dengan pom2 hehehe...
QH ikan caru sumbat ni fav pak habibi akak tu.. kalau dia nampak ni sure dia suruh akak masak.. lama dah tak masak ikan caru heehehe.. agaknya pak habibi terlupalah tu..syyy jangan beritahu dia tau hehee cayang QH muahzzzzzzzzzz
As salam QH, ikan cencaru sumbat ni memang kegemaran anak saya. Lagi pulak, mudah nak dapat ikan cencaru yg segar. Selama ini hanya digoreng, boleh juga cuba versi bakar. Patutlah nampak bersih jer kulit ikan tu
hasben kata mau garing2 hangit takpe...baru layannn... hehee
Post a Comment