Sunday, May 20, 2012

TIPS MEMASAK KEK DAN BISKUT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua… 

Apa khabar semua?? Semoga semua dalam keadaan sihat2 saje hendaknya…sebelum tu selamat berhujung minggu yer… 

Hari ni QH nak kongsikan sedikit tips memasak kek dan biskut…tips ni QH ambil dari blog Norzie@SentuhanNorzie Hany…terima kasih yer Norzie sebab sudi berkongsi tips yang berguna tu…ianya juga sebagai rujukan QH jika memerlukannya nanti...yang masih dalam proses pembelajaran dalam hal baking membaking ni...hehehe...pada Norzie...QH mohon untuk kongsikan pula tips tu di sini pula yer… 

Ok jom la kita tengok dan baca satu persatu tips tu yer…zasss… 

TIPS MEMASAK KEK DAN BISKUT 

Berikut adalah senarai info berguna lagi praktikal,boleh anda amalkan ketika proses penyediaan kek dan biskut kelak.

1) Panaskan ketuhar terlebih dahulu untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki oleh sesuatu resepi sebelum mula membakarnya. 

2) Gunakan gula halus apabila dinyatakan dalam resepi kerana gula yang tidak larut akibat tidak cukup diputar akan menyebabkan terdapatnya bintik2 putih dipermukaan kuih-muih.


3) Gunakan telur yang besar pada suhu bilik kerana apabila dipukul,akan mengembang daripada telur sejuk.
-Telur besar 70-75gm
-Telur sederhana 60-65gm
-Telur kecil 55gm 

4) Apabila memukul telur dan gula,pukul pada kelajuan tinggi sehingga campuran pekat dan putih. 

5) Pastikan kuning dan putih telur tidak bercampur ketika diasingkan.Sedikit kuning telur yang termasuk kedalam putih telur boleh diasingkan dengan menggunakan separuh kulit telur. 

6) Jangan campurkan telur terlalu cepat kedalam adunan berkrim kerana ia akan mendidih.Walau bagaimana pun,jika campuran mendidih juga,masukkan sedikit tepung. 

7) Apabila mencampurkan tepung kedalam kek span,kaup dan balikkan dengan cepat bagi mengelakkan kehilangan gelembung udara yang terperangkap semasa memukul telur.Gelembung udara ini memberi rasa yang ringan dan halus pada kek. 

8) Pastikan adunan di tepi mangkuk di kikis dan di campurkan sehingga sebati kerana bahan-bahan yang tidak sebati boleh menyebabkan permukaan kek berbelang. 

9) Untuk menyamakan tepung biasa dengan tepung berserbuk penaik,campurkan dua sudu teh serbuk penaik kedalam 120gm tepung gandum serbaguna.


10) Jangan membuka pintu ketuhar dalam masa 20 minit pertama semasa membakar kerana pertukaran udara yang mendadak boleh menyebabkan kek terbenam(tenggelam).Suhu ketuhar yang terlalu panas juga boleh menyebabkan kek tenggelam kerana adunan dipaksa naik terlalu cepat. 

11) Kek span yang tidak cukup masak atau disejukkan dalam udara kering menyebabkan kek kecut dan berkedut. 

12) Pastikan kek betul2 masak sebelum dikeluarkan dari ketuhar.Cara yang baik untuk memastikan kek sudah masak,ialah dengan mencucuk pencucuk kuih di tengah2 kek.Jika alat penguji kek ini bersih,ia menunjukkan kek boleh di keluarkan dari ketuhar. 

13) Kek span elok di makan pada hari ia di buat.Kek menggunakan mentega pula elok di simpan di dalam bekas yang kedap udara untuk beberapa hari.Gingerbread atau kek buah-buahan yang semakin sedap ialah apabila di simpan lebih lama. 

14) Kek dan biskut tidak boleh disimpan di dalam bekas yang sama kerana biskut akan lemau. 

15) Yis basah mestilah bewarna putih dan kekelabuan.Ia mesti naik dan berbuih apabila dimasukkan kedalam susu atau air suam dalam masa 10-15 minit.Jika tidak,yis itu sudahpun basi. 

16) Akhir sekali,pastikan air di dalam pengukus mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus kek. 

Selamat Memasak (sumber majalah rasa 2005)

7 comments :

ady said...

as-salam QH
TQ 4 THE INFOR...

Asyifa Mustaffa said...

As salam QH,
nice info...thx sharing...:)

[z@ck] said...

thanks for the tips akak.walaupun jrg baking, tapi ilmu ni berguna jgak bila nak bake satu hari nanti.hehehe

mama sara nur said...

assalam QH
Bagus share info disini tq
kadang2 tiapkali pergi kelas baking Cheff memang bgtau info2 macam ni tP kan ingat2 lupa he he sbnya x tulis betul2
pasni nk salin info QH ye

Mamasya said...

Salam QH.Tkasih kongsi tip berguna ttg baking...wpun pernah baca tip ni tp bila QH kongsi semula dpt mengingatinya balik....

cik kasih hatiku said...

thanks sis 4 the info.. brulah semangat sikit nak membaking.. :)

IntaNBerliaN said...

tips yg bagus ni... sy yg xreti ni harus follow semua tips2 ni :-)