Qasey Honey. Powered by Blogger.

CHECKERED BUN STRAWBERRY CHOCOLATE



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Tengah hari semalam QH berkesempatan untuk pergi ke Pameran Buku Antarabangsa 2012 yang berlangsung di PWTC tu…ingat tak pada entri yang lepas2…QH ade bagitahukan nak ke sana pada hari Jumaat lepas…tapi tak jadi nak ke sana bile memikirkan pasti jalan akan jem sangat2 masa tu dan takut jugak…maklum la kebetulan masa tu jugak sibuk dengan hal BERSIH2 tu kan…jadi rancangan terpaksa dibatalkan…walaupon hal tu berlaku keesokkan harinye…

Pada sesiapa yang masih belum pergi lagi ke pameran buku tersebut…masih sempat lagi kalau nak ke sana…pameran tu akan berakhir pada Ahad ni tau…banyak buku2 latihan untuk anak2 di sana…masa QH pergi semalam tu…memang ramai budak2 sekolah yang pergi bersama guru2 mereka…jadi agak meriah jugak la semalam...tapi QH takde la nk membeli sangat semalam…setakat sekeping dua majalah aje…selebihnya beli cenderahati yang comel2…memang rambang jugak mata dibuatnya…hehehe…



Tapi tadi bile QH singgah sebentar ke blog Kak Sha@Masterchef Malaysia tu…rupanya pada Sabtu ni…beliau jugak akan berada di sana untuk promosikan 2 buah buku hasil karyanya sendiri…1 buku masak2...1 lagi novel…tengok cover novel tu macam menarik aje…QH pon suka jugak baca novel ni…kalau meminjam tu…mesti 8 buah buku sekali…jangan jeles…sekarang ni kat opis QH banyak novel2 dan buku masak2 yang terbaru tau…sampai tak tahu nak amik yang mane satu dulu…semuanya best belaka…hehehe…kadang tu bile koata untuk meminjam dah penuh…QH akan curik2 bawak balik buku2 tu…hahaha…Kak Sha…kalau berkesempatan nanti boleh la kita bertemu di PWTC tu nanti yer Sabtu ni…akan pon nk demo masakan sekali kan…boleh la nak merasa airtangan nanti…

Ok la untuk resepi kali…QH nak kongsikan resepi yang agak lama jugak duk terperam kat lappy…terlepas pandang la pulak resepi ni…roti ni QH buat dah lama dah…masa tu QH bercuti dikampung…Checkered Bun Strawberry Coklat…alamak coklatnye bahasa melayu la pulak…hehehe…aduhhhh dah malas dah nak edit lagi…takpe la buat2 tak nampak aje la ehhh…hahaha…seperti biase resepi ni adelah terdapat sedikit olahan dari QH…tapi tengok macam agak huduhhh la pulak rupanya…hehehe



Resepi ni QH ambil dari blog Kak Ita@Masam Manis jugak…dah pendam lama dah resepi ni…masa tu takde lagi bibik robot BM…jadi terpaksa sabar menunggu untuk membuatnya…huhuhu…roti ni QH buat dua perasa iaitu strawberry dan coklat…konon nak kelainan dan mengikut selera sendiri la tu…tapi bile dah jadi dan siap…nampak macam tak sesuai aje pemilihan kaler pink tu…masa duk uli tu cantik la kaler pink tu …tapi rasanye sedap tau…pada yang nak mencuba pula lepas ni…jangan tiru tau…buat la kaler yang bersesuaian…tak pon ikut aje la macam cara Kak Ita tu aje…hehehe…lagi molek kejadiannya…nak makannya pon tak perlu berasa ragu2 dah…hehehe…

Rasa roti ni agak tawar sedikit…sedap dimakan dengan jem atau dicicah dengan air teh O atau kopi O la…hehehe...perghhh terbayang2 dah akan kesedapannye…buat orang terliur aje kan…jom la tengok resepinya yer…pada Kak Ita…mohon lagi sekali untuk memanjang dan berkongsi pula resepi roti ni di blog QH pula yer…terima kasih bebanyak…jugak kepada empunya resepi ni…


CHECKERED BUN STRAWBERRY CHOCOLATE
Sumber: Kak Azlita@Masam Manis
Di adaptasi dari resepi: BUN PANDAN
By : Ros
Rujukan : Bukan Sekadar Masakan

250 gram tepung roti
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
2 sudu besar waterrox
120ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung/skim milk
sedikit paste vanila
sedikit choc emulco

Kalau ade breadmaker (BM) boleh masukkan semua bahan Doh kecuali paste vanila dan choc emulco dan pilih menu Uli dan On je, kalau takde masukkan semua , dalam bekas adunan kecuali paste vanila dan choc emulco, dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye...



Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 2 bahagian
1 letakkan paste vanila – QH letak strawberry emulco
1 lagi letakkan choc emulco
uli sekali lagi hingga adunan rata

Bulat-bulatkan bun 6 biji setiap satu warna.
Susun dalam loyang 8x8 inc
Tutup doh dengan towel dan simpan di tempat yg hangat hingga doh naik 2 kali ganda.
Bakar pada suhu 180 darjah selama  20-22 minit, atau sehingga permukaan bun perang.
 
Setelah masak sapukan butter atas permukaan bun, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas, sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang.



WATER  ROUX 
(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pada suhu bilik baru lah digunakan.


20 comments

zila norazila said...

salam QH
berseri seri roti tue..color cantik2..nk satu yg pink color boleh..h ehhehe :)

ijayuji said...

Salam kak QH! kita malas betul skrg ni nak menguli :D ntah penyakit apa yg dtg ntah skrg ni jadi pemalas melampau lampau ehehe..

Unknown said...

salam QH wah bangun pagi dah tengok roti ni yang comey dwi kaler lagi, mesti lembut guna kaedah water roux,akak nak try jugaklah tapi kena buat awal lah water roux tu jgn teringin je nak buat mmg tak selembut ni tunggu miss R dulu hehe

asyifamustaffa said...

Kak QH,
syifa x sarapan lagi nie.....keh3....
dtng nak mntak bun....nmpk sedap.....bole ke....?
hehe....

Rohah said...

alahai Qasey, tadi nengok kek yg kiut tu,ni nampak melang meling roti yg nyomel2 pulak,camn ank gigit la pulak,pastu cicah air milo..

tun_telani said...

salam kak QH.. wahh.. omey sgt roti tuuuu!!! tun skrg duk ulang2 roti sosej je, sbb tu yg plg cepat habis..

Chik Mimi said...

wahhhhh QH ada roti lamanya akak tak meroti best best

Norzie hany said...

Salam QH.
Nampak gebu dan cantik color bun tu.

ucubakery said...

minta 4 ketul....blm sarapan ni..

rahel said...

Uwaaa..canteknyaaaa...minta satu ketul,nak buat sarapan la..

quinnie said...

wahh qasey..cantiknya roti...berwarna warni...saya ni jenis malas nak buat roti sendiri..biasanya beli je..hahahha..adehhh

Azlita Aziz said...

Salam Qasey

Lama dah akak tak meroti.. BM tu pun dah merajuk agaknya.. hihi
Menarik colour tu qasey menambat hati budah-budak ni..
Mesti semua berebut nak yag colour merah tu..

Roti ni mmg lembut kan.. dan sesuai cicah kopi! alahaiii.. lapar pulak perut akak terasa

Liza said...

salam Qasey..nnt tolong bungkus 6 ketul kat akk yer, nk buat minum ptg nnt....hihihihi

Ain Fajar said...

salam kunjung..tq coz sudi singgah blog ain n 4low..daaann add ain kat fb..menarik ape roti pink..ank2 mst suke lg la klu yg girl mst amik yg pink dulu..nmpk gebu je tu

ogyep yummy mellow said...

Merah bangat lah Mak Ngah, macam zaman dulu... gebussssa je cik roti tu... tapau semua, boleh???

Mas said...

cantikknya roti..
jom kita tukar2....
nak tak..he3

Wani Sukarno said...

jealousnya tengok orang yang dah meroti neh...hihi..bila la nak meroti selalu je ada ayat alasan kan hik3... cantiklah pinky2 la pulak .nampak pun gebushh ...

FnF Simple Life said...

menarik nye roti nih bentuk dam...nnt leh try ;)

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
ada roti, sedapnye leh wat sarapan pagi2 esok he he
kaler pun cantik merah terang

Unknown said...

cantik jer nampak rotinya...gebu pulak tu...nanti nak try buat jugak la...