Qasey Honey. Powered by Blogger.

KEK CHIFFON OREN PANDAN

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Yehhh hari ni QH dapat bersiaran di awal pagi…sebab dah siapkan entri ni malam tad…tu pon sambil ngantuk buat entri ni…sampai tersembam jugak la muka ni kat atas keyboard…hehehe…ngantok bena rasanya masa tu…tapi kena siapkan jugak entri ni malam tadi…sebab hari ni QH ade aktiviti lain…

Sekarang kat PWTC sekarang ni tengah berlansung pameran DSA 2012…pameran ni bermula dari hari Isnin hari tu 16 April hingga 19 April ni…hari ni merupakan hari terakhir dah…baru dapat kesempatan untuk meninjau dan menyibukkan diri ke situ dengan kawan2 QH…hihihi…kalau ikut rancangan dengan kawan2…hari Selasa tu nak pegi dah…tapi QH kan tengah berkursus pula masa tu…jadi terpaksa ditangguhkan dahulu…jadi kengkawan QH pon kena tunggu QH dulu la…kalau tak nanti tak pasal2 QH merajuk 2 tahun la pulak nanti…hehehe…menggade2kan…hahaha…

 
ape DSA tu yer…kalau nak tahu DSA tu adalah Defence Services Asia…yang diadakan setiap 2 tahun…rasanye tak dibuka untuk orang ramai kot…sebab kebanyakkan pengunjung di kalangan orang Mindef sahaja…cehhh bangga dengan kelebihan yang ade tu kan…tak pasal2…hahaha…pameran ni lebih kepada ketenteraan…dapat la tengok senjata2 dan peralatan yang digunakan untuk berperang tu semua…kot2 ade sesape yang berminat nak beli senjata boleh la ke situ…hehehe…

sekiranya jadi la QH ke situ…QH akan sharekan serba sedikit gambar ketika QH kat situ yer…tapi macam takut la pula nak letak kat blog ni...entah benda tu sulit ker mane kita tahukan…pameran DSA ni merupakan kali kedua la QH ke situ…tak tahu la tahun ni macam mane pula keadaannya…kali pertama QH pergi pada tahun 2010…dari pagi sampai ke petang jugak la QH ade kat situ…bergambar sana…bergambar sini…sudahnya letih sesangat…naik bas terus tido…hehehe…kenderaan untuk ke PWTC tu disediakan…jadi takde masalah la nak cari parking…nampak macam sangat aktifkan QH ni…kejap ke sana…kejap ke sini…hihihi…

Jadi untuk entri kali ni QH mengunakan auto update…mungkin ketika entri ni keluar…QH mungkin berada di dalam perut bas dalam perjalanan ke PWTC tu…atau kalau tak ke sana mungkin QH akan menyaksikan sendiri entri tu terupdate…hahaha


Ok la dah nak masuk ke resepi ni yer…hihihi…untuk hari ni QH kongsikan pula resepi kek chiffon pula…kali ni Kek Chiffon Oren Pandan yer…kek chiffon ni permintaan dari hubby QH…dia memang suka sangat kek chiffon…hubby QH mulanya nak kek chiffon satu perasa oren dan satu lagi perasa pandan…mula la terasa malas bile kena buat 2 kek lain2 rasa…sudahnya QH terfikir untuk buat dua rasa sekali…sebelum tanye dulu kat hubby…ok tak kalau macam tu…dia cakap tak kisah…ape lagi terus la pepagi tu QH membakingnya kat dapur…jadi tercipta kek chiffon tersebut…

Lagipon QH pernah buat juga sebelum ni kek yang sebegitu…dengan 3 rasa lagi…boleh tengok kat SINI yer…resepi untuk kek chiffon ni pon QH masih menggunakan resepi yang sama…cuma diubah sikit dari segi kaler dan rasa sahaja…rupanya pon lain…kali ni menggunakan mould silicon dan berbiku2 sepertimana macam dalam gambar kek tu…

harap maaf gambar mould tu tak disertakan yer…lain kali la QH bubuh tau…jadi anda semua bayangkan aje la macam mane rupanya mould silicon yang QH gunakan tu ehhh…hehehe…mould ni pon tak la besar mane pon…comeiii sahaja…jadi adunan yang lebih tu…QH menggunakan mangkuk kertas pula…jadi ade 2 versi jugak kek ni…hihihi…ok kan…memang tak menghampakan resepi kek chiffon ni…terima kasih bebanyak pada empunya resepi yang sedap ni…

Jom la tengok resepinya tu ehhh…walaupon dah berkali2 tengok resepi kek chiffon yang lain2 tu…hehehe…lagi satu…cuba juga tau…hehehe


Kek chiffon pandan dan oren
Resepi:Chef Noraini Zakaria
Sumber: FB Jom Masak

Bahan A:
100g tepung kek
1/2 st serbuk penaik
5 biji kuning telur gred A
60g gula kastor
5 sudu makan minyak masak
2 sudu makan jus oren - 

1 st pes oren
1tbsp pandan paste + pewarna hijau
1tbsp oren paste + pewarna oren

Bahan B:
5 biji putih telur gred A
100g gula kastor
1/2 st serbuk krim tartar


Caranya:
1.Bahan B:pukul putih telur hingga berbuih.Masukkan gula kastor dan serbuk krim tartar. Pukul lagi hingga pekat dan gebu dengan kelajuan tinggi selama lebih kurang 7 minit.  Apabila adunan ini dicolek dengan jari,ia keras dan berekor.

2.Bahan A:Ayak tepung dan serbuk penaik ke dalam mangkuk adunan. Masukkan gula kastor,kuning telur,minyak,jus oren dan pes oren.Gaul (saya guna whisk-pemukul telur)..last masukkan tepung..

3.Masukkan putih telur 1/2 bahagian ke dlm adunan tpg tadi..dan gaulkan.Kemudian masukkan 1/2 lagi dan gaul perlahan-lahan hingga tiada kelihatan putih telur lg.
Tujuan digaul perlahan ialah supaya gelembung2 udara dalam putih telur tidak pecah.Kek lebih gebu.

4.Sediakan acuan sifon yang berlubang di tengahnya.Tidak perlu digris atau dilapik kertas.Tuangkan adunan dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180'C selama 45 minit.

5.Telangkupkan kek atas dawai penyejuk dan biarkan ia sejuk selama 15 minit.




34 comments

quinnie said...

qasey..o pegi pameran ye..saya tengok kat tv pasal pameran tu..wow best betul tengok...kereta kebal pun ada kat dlm tu...hehehe

qasey..yg dlm cup tu lepas masak tak yah telangkup dia elok tak turun ye kek nya..wahh menarik ni..kita suka kek cifon...tah bila la nak buat lagi..

Rohah said...

salam QH,
meriah tgk kek QH nie, spontan boleh ceria kalau hati tgh gundah gulana..

Unknown said...

cantiknya kek ni..
saya tak beranai nak buat chiffon..takut mendap..hehe
QH...lepas masak terus kelaurkan dari oven atau tunggu sekejap..??

Unknown said...

Rasa mcm nak makan je gambar ni Qasey..oh takde kat rumah eh? Cantik sgt kaler oren dgn hijau, akak suka. Tapi akak tak berani buat chiffon....insyaallah kena cuba jugak satu hari nanti.

Wattie said...

Waaaaaa....cantiknya, teksturnya pun nampak lembut sangat.......

Amie said...

QH.......good job!
Sangat menarik dan hatiku turut tertarik.... warnanya pun cantik!

Mummy Sher said...

salam kenal. wah nampak sedappp..hehehe. i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D

zila norazila said...

salam qh
colour cantik sgt..kombinasi yg menarik..terang2 gitewww suka2..

tun_telani said...

wahhh...... byknyer cipon kek n cuppies!!!!!! pusing2 mata tun tgk.. nak satu! yg besar sekali! ^^

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam QH akak memang suka kek yang ada perisa oren!!! suka sangat! dan akak suka kek QH ni... cantik.. meriah dan so cool.. i like! muahh

Unknown said...

salam QH wah menariksss lahmacam rainbow kek ni meriah dan gebus nampaknya tu meh sebiji???

izahdaut said...

waahhh cantiknya kek cipon dia... memang menawn hati laaa

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

elok lawa sangat kek tu QH.... rasa mesti mantapp! akak pun suka kek chiffon.. makan tak pernah rasa jemu...

kelakar dgr cerita QH tertidor atas keyboard.. tp akhirnya dpt jugak siapkan n3 ni... hehe..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..cantiklah chiffon tu ada marble2 macam tu...Kombinasi rasanya pun pasti sedap kan...

Melly Octaviana said...

Si bungsu di rumah suka makan chiffon cake rasa pandan.. hmm cantik chiffon cake nya,sedap di pandang mata.

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum QH...
cantik nya kek nie QH.... warna kek nie pun menarik d pandang... pasti sedap d makan... ada x lg? akak nak rasa sepotong.. ;)

ogyep yummy mellow said...

Belang hijau kuning tu.... kedah mari ka.... Mantopsssss QH..

rahel said...

Cantek sangat kek chiffon tu QH,warna yang serasi bersama..adeiii..tergodanya gue..

Nadz Nazharzan said...

QH ... CANTIKNYA KEK NI... SUNGGUH TERGODA..

Kek Kawin said...

Salam kenal HQ...Cantik, nampak gebuss je kek sifon...hijau kuning lagi.Jom follow dapur iza ye..

rostina76 said...

striking nye kek ni. menarik sgt, pandai QH buat

Ayu said...

Assalam QH,
Akak pernah ke DSA ni dulu pada tahun 90'an..waktu tu akak bekerja di KL, Kalau
QH pernah dengar nama company yang akak pernah bekerja ialah PICO ART INTERNATIONAL..basically company is the contractor yang design exhibition booths so I was one of the designer kat situ..memang banayk pameran yang akak involve dulu.. uish panjang lebar pulak story akak ya..heheh antway..cantik warna kek ni...very ceria gitu..terimaksih support yang diberikan tu ya..terharu akak ...

HaSue said...

Amboii dalam pada nak tersembam muka atas kibod ngantuknya tu berderet juga entrinya haa..hihi..
paling tak boleh blah tu,letih sbb posing amik gmbr..haha..

apa2pun cantik ciponnyer..nampak kegebuan dan kemontokannya..warna pun menarik!
Kata2 terakhir,bak ler sepotong 2..

CT Delima said...

As'salam Qaseh

Bestnya kalau dapat makan kek ciffon ni, last buat pun dah lama dahhh. Tapi kalau kek macam ni makan banyak mana pun cepat aje habis, kalau kek yang berat2 tu payah benar nak habisnya.

cantik kek chiffon ni dua kombinasi kaler yang memang sering k.ct gunakan dalam masakan kuih atau kek , cuma nak capai mould tu tak tercapai2 sebab tak tahu mana nak beli :)

Anonymous said...

cantiknya kek chiffon ni, aduhai tertarik betul tengok kaler dia tu =)

ady said...

as-salam qh
wow!!Nice cake !looks so beautiful..

ucubakery said...

banyak buat ciffon...tapau2 lah kt ucu ni, ucu dah sediakan air dah utk kek ni tau..takut tercekik maklumlah ciffon kan suka buat orang tercekik2..hihihi..

Liza said...

fuhhhh, kalerpul lagi, meriah kek ciffon tu...

Wani Sukarno said...

salam QH: wah cantiknya kek chiffon ni .. siap berbelang2 hijau n oren ... ..gebushh je nampak tektur kek tu .. :)

Unknown said...

wahhh warna kek yg cun dan ceria..gebus lak tu..sedapnya kalau dpt rasa ni..hehe

HomeKreation said...

Salam QS. Menarik nya nampak kek ni, warna yg terang dan nampak gebusy!

special moments said...

salam kak, wahh..gebu keknya kak....teksturnya pun cantik

Anonymous said...

salam.sedap la.nak cuba.adunan oren & pandan tu letak selang seli ke?

Qasey Honey said...

wslm...yer adunan oren n pandan tu diselang selikan...