Thursday, March 1, 2012

BLACK PEPPER CHICKEN CHOP


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Alhamdulillah dapat lagi bersiaran untuk hari ni...permulaan hari di bulan Mac...sekejap jer kan dah masuk bulan ketiga bagi tahun ni...cepat betul masa berlalu...macam mane dengan azam yang telah disematkan pada awal tahun hari tu...ade yang dah tercapai ker??? kalau belum takpe banyak lagi masa kan untuk mengejar dan menunaikan azam tersebut...kejar jangan tak kerjar yer...hihihi...

Hari ni rasanya tak payah la QH nak membebel pepanjang...kesian kat kengkawan nanti penat membaca...tekak pon nanti kering dan pedih sebab tuan rumah tak sediakan air...hahaha...


Hari ni QH nak kongsikan resepi Black Paper Chicken Chop pula...agak malu sebenarnya nak tayang menu ni...sebab banyak sebabnya...hehehe...resepi ni QH ambil dari MyResepi@Aeeda78...banyak juga komen2 mengatakan resepi ni memang sedap...dah tengok macam tu...QH pon nak mencuba la pula...penyediaannya pon mudah cuma bahan2 agak banyak sikit la...

Tapi agak mengecewakan la hasil dari QH ni...agak tak senonoh sikit kejadiannya...berbanding dengan ape yang QH tengok hasil dari yang telah membuatnya...huhuhu...nak nangis jap...sobsob...rasanya memang sedap...tapi agak ade kehangusan sikit semasa QH memasak tu...agaknya api dapur terbesar sikit kot...dalam gambar tu semua boleh nampakkan...nasib baik boleh cover dengan sos lada hitam tu...


Dah la kehangusan...bahan2 sampingan lak boleh tak lengkap...dah jadi macam kelakar pula tengok gambar2 tu semua...macam ade yang tak kena aje kan...pinggan t upon nampak kosongkan...itu pon perasan semasa nak edit gambar2 ni semua...memang dah tak boleh nak buat ape la...semua dah terlambat...makanan tu pon dah habis dimakan...huhuhu...lepas ni perlu lebih berhati2 la nampaknya...taknak kejadian yang sama berulang...

Untuk sos black paper ni memang sedap dah 2 kali QH buat...resepi sebelum ni di sini yer...Ok la...macam mane pon jom kita tengok resepi...ape bahan2 yang diperlukan dan bagaimana caranya...pada MyResepi@Aeeda78...QH mohon untuk letakkan resepi ni disini yer...


Black Pepper Chicken Chop

Bahan-bahan (2 orang)

UNTUK DIPERAP
  • 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa

Cara-Cara
1.     gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
2.  selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
3.   balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
4.  lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
5.   tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
6.   caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.


SOS LADA HITAM

Bahan-bahan (ramai org boleh cicah)
  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar(potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung(standby)

Cara-cara
1.     Cairkan butter dengan api kecil.
2.  Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3.   Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4.  Masukkan kiub ayam dan kacau.
5.   Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7.   Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8.   Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap.. 

 

9 comments :

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam Qasey...yang ini bahaya kalau buat kat umah...tak pernah cukup...dia orang suka sangat black pepper ini....hem...yummy

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum QH..
Ni la menu yg anak2 suka sgt tapi ummi dia malassss sgt nak buat. Kenapa ntah.. Sedap arrrr...

Kamalia said...

salam kak..sedapnya chicken chop..dah lama tak buat ni..nyamnyam..

Tina Othman said...

sedap ni

wa said...

dulu selalu masak chicken chop ni..sekarang ni , nak masuk dapur pun susah...makan kat luar jelah hihi..:)

quinnie said...

wahhh sedapnya...bila la kita rajin nak buat cam gini...huhuhu..lama betul tak makan...

rahel said...

QH,Rahel belum pernah gak buat chicken chop,slalu makan kat luar je...nampak sedapla chicken chop ni..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum QH...
waaah!! terliurnya akak tgk blck ppr chicken chop tu... anak2 akak suka sgt makan chicken chop.. tambah lg yg ada bubuh blck ppr nie kan.. mmg sedap..

E-na Art Studio said...

hangus tapi rasa mantain sedap okla tu....sure licin gak kan...lagipun bole cover dgn sos...:))
presentation yg menarik!