Monday, February 27, 2012

KARIPAP ROTI SARDIN


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia…
Bile dah lama tak muncul...hari ni QH nak bersiaran awal sikit...

Selamat pagi semua…
QH kembali bersiaran selepas 3 hari menyepi...tapi bukan QH terus menyepikan diri...masih lagi berkunjung dan ade juga QH tinggalkan jejak di blog kawan2...cuma tiada entri aje di blog QH yang usang ni...hehehe

Resepi memang banyak untuk diupdate dan aktiviti memasak tetap berjalan seperti biase...cuma memberi ruang untuk diri sendiri untuk berehat dan berjalan2 pula...hihihi...berjalan pon tak la jauh mane...cuma pergi ke kedai2 bakery dan ke kedai2 yang berkaitan dan sewaktu dengannya...nak menambah sedikit2 koleksi yang dah ade tu...

Satu tabiat QH kalau dah masuk ke kedai2 macam tu...memang berjam la dan rasa macam taknak keluar atau balik aje dari kedai2 tu...walaupon dah berkali2 pergi...tak jemu2...memang suka sangat tengok barang2 tu semua...lebih2 lagi bile hubby pon layan sama minat QH ni...jadi lagi la lama nak bertapa kat kedai tu...
 

Kalau ke IKEA pula bahagian lain tak pergi jenguk pon takpe... biase QH akan terus bahagian kitchen...memang akan pergi ke setiap sudut dan ruang yang ade kat ruangan kitchen tu...hehehe...tak kisah kalau hubby nak berjalan ke bahagian lain...yang penting tetap tunggu QH di kaunter...hahaha...sebab QH bab2 memilih ni memang terer...tapi bab bayar2 ni tak reti la...hahaha...boleh yea gitu...ok la tu...jom kita tengok resepi pula...

Kali ni QH nak kongsikan satu lagi resepi yang sedap dan ringkas...Karipap Roti Sardin...sesuai dimakan untuk sarapan pagi atau minum petang...untuk buat bekalan dalam perjalanan jauh atau kalau nak pergi berkelah pon sesuai menu ni...buat untuk bekalan anak2 ke sekolah pon boleh...kalau untuk bekalan ke pejabat kena buat lebih sikit...nanti yang tukang bawak lak yang tak merasa...hehehe...memang sedap menu ni...QH suka...

Resepi ni QH ambil dari blog Masam Manis...pada Kak Ita QH mintak izin untuk letak resepi ni di blog QH pula yea...pada kawan2 yang lain...boleh la mencubanya pula yea...



KARIPAP ROTI SARDIN

Bahan2
Roti sandwich
Telur
Secubit garam
Sedikit lada hitam
Sedikit tepung
Sedikit air
Sedikit butter
Sedikit minyak

Roti sandwitch kita canai nipis. Kemudian kita potong guna cutter bentuk bulat.
Tepung gandum kita campurkan dengan sedikit air untuk di jadikan gam
Telur begantung pada berapa banyak inti yang kita telah sediakan dan berapa keping roti yang ingin kita celup.
Telur kita campurkan secubit garam dan sedikit lada hitam atau lada sulah.
Kemudian kita pukul sedikit.
Setelah siap ketepikan dan kita sediakan inti sardin.


INTI

Bahan2
1 tin kecil sardine
1 ladu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang lada merah
1 biji air limau nipis
1 biji kentang – QH tambah
Secubit garam
Secubit lada hitam
Sedikit daun ketumbar

Caranya
Bawang besar di hiris halus
Lada merah juga dihiris halus
Bawang putih juga dihiris halus
1 biji kentang dipotong dadu kecil2
Halia juga dihiris halus.
Begitu juga dengan daun ketumbar
Sardin di buang tulangnya dan dilecek bersama dengan sosnya sekali.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia.
Kemudian masukkan sardin masak lagi hingga sedikit kering.
Masukkan perahan limau atau boleh juga gantikan dgn sedikit air asam.
Masak lagi hingga sedikit kering
Perasakan dengan garam
Tambahkan lada dan daun ketumbar.
Taburkan sedikit lada hitam jika sukakan sedikit rasa pedas.
Gaul rata sehingga kering.


 

Letakkan inti atas sekeping roti yang telah dibulatkan
Letakkan bancuhan tepung di sekeliling roti
Rapatkan, kemudian tekan dengan garfu supaya melekat
Panaskan sedikit buter bersama sedikit minyak dalam kuali yang leper.
Celupkan roti dalam telur dan goreng dalam kuali leper tadi.
Balik- balikkan roti.
Bila dah kuning keemasan keluarkan dan toskan atas kitchen towel
Kalau ada lebihan minyak cepat2 lapkan dengan kitchen towel.
Sedia untuk dinikmati




1 comment :

Ucu Faridah said...

buat makan petang pon sodapppp...ada banyak lagi kan...hulurlah kat ucu ni, perut tengah bergelora..hihi