Monday, January 9, 2012

SAYUR GORENG

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...hari ni lambat pula bersiarannya...

Sebelum terlambat...dikesempatan ni QH nak mengucapkan tahniah kepada semua peserta2 Masterchef Malaysia...kerana berjaya menghadapi apa jua cabaran semasa di dalam program tersebut berlangsung...


Ucapan tahniah sekali lagi...terutama kepada Masterchef Malaysia yang pertama iaitu Ezani...merupakan seorang yang baru tamat belajar dan belum sempat untuk berkhidmat dan berbakti lagi sebagai Doktor Gigi...itu yang QH dengar kat Radio Era.fm pagi tadi masa drive ke tempat kerja... tapi jangka QH memang tepat...sejak minggu pertama lagi nampak Si Ezani ni konsisten setiap minggu...pada pandangan QH...antara ramai2 peserta...Ezani ni lah antara peserta yang agak pendiam berbanding yang lain2...


Pasal DJ2 Era tu...terutamanya Si Johan la...ade aje idea dia nak buat lawak...QH sampai gelak sorang2 tak tahan dengan diorang mengusik Ezani macam2...jangan pemandu2 lain kata QH tak betul dah la...
 

Ok...cukup la setakat ni aje coleteh untuk hari ni yea...

Kita ke resepi pula...

Resepi ni ringkas aje...

Main masak campak2 pon boleh...tapi pastikan campak ke dalam kuali yea...kalau ke lantai baik sapu dan buang terus...hihihi

Jom la tengok resepi terus...

Aik apsal cmni la enrti untuk hari ni...(dh takde idea la tewwww)

Ape2 pon kita layan aje la...

SAYUR GORENG

Bahan2
10  btg kacang panjan*
1 btg lobak merah* - *dipotong memanjang 3cm
2 keping tempe*
3 keping tauhu basah* - * dipotong dadu dan goreng
1 bungkus  kecil soon - direndam hingga lembut
1 sudu makan ikan bilis
1 btg lada hijau*
1 btg lada merah*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih* - dihiris
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Caranya
Panaskan minyak dalam kuali, goreng tempe dan tauhu sekejap. Ketepikan.
Masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah dan hijau. Tumis hingga layu. 
Tambah kacang panjang dan lobak. Kacau dan biar kacang dan lobak lembut tapi masih rangup. 
Tambah garam secukup rasa dan gaul.
Masukkan soon, kacau dan masak sekejap hingga sayur sedikit kering. 
Rasa dan jika ok boleh matikan api.



No comments :