Sunday, January 29, 2012

LEMPENG

Assalamualaikum…

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu semua…



Hmmm…Lempeng makan orang dulu2 tapi masih kekal sampai ke generasi sekarang…sape yang tak kenal kan makanan bernama lempeng ni…kalau dah makan memang tak cukup sekeping…pasti nak berkeping2…lagi2 bile ade orang yang buatkan…hehehe…ni la makanan QH masa kecik2 dulu…mak QH pon rajin buatkan…lempeng ni pon makanan kegemaran QH juga tau…tapi sekarang ni macam dah jarang kot mak QH buat…hihihi…sebab sekarang masing2 dah besar panjang…jadi sape yang rasa teringin nak makan tu…buat la sendiri…

Tapi jangan tak tahu…lempeng pon dah banyak dijual di restoran2 tau…QH pernah nampak…tapi tak ingat la kat mane…masa tu tak rasa teringin lak nak mencuba…sebab fikir sendiri pon boleh bikinkan…ntah berapa agaknya harga sekeping lempeng tu dijualkan…



Bukan susah mane pon nak buat lempeng ni…tak sampai 5 minit pon nak bancuh adunannya…letak tepung, air, telur ikut suka dan garam sikit…lepas tu masak atas kuali leper…dah siap…senangkan…tapi benda yang senang ni la orang susah nak buat…hehehe…termasuklah yang sedang menaip ni…hahaha…lempeng ni sedap bile dimakan panas2 dicicah pula dengan sambal tumis…kena sesangat la…ditambah dengan Teh O panas…meleleh la air liur sape yang baca ni…hehehe…mintak maaf bebanyak la yea…(^^)

Ok la QH ade sediakan resepi lempeng dan sambal tumis kat bawah ni…pada sesiapa yang rasa2 teringin pula boleh la buat…jom tengok resepi...



LEMPENG

Bahan2
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
Secubit garam

Caranya
Satukan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati dan rata.
Panaskan kuali leper atau non-stik pan, lenser dengan sedikit dengan minyak masak.
Bila panas tuang 1 senduk adunan tadi.
Ratakan dan masak hingga permukaannya kelihatan pucat.
Terbalikkan dan masak hingga lempeng kelihatan sedikit garing.
Angkat dan buat kaedah sama dengan baki adunan hingga siap.
Hidangkan dengan sambal tumis.



SAMBAL TUMIS

Bahan2
20 - 25 tangkai cili kering*
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih* (*dikisar bersama)
1 biji bawang besar
Segenggam ikan bilis
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Caranya
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bahan kisar hingga harum dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam, gula secukupnya dan serbuk perisa (jika suka).
Kacau rata dan masak hingga sambal pekat.
Masukkan ikan bilis dan bawang besar tadi.
Kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api.



3 comments:

nOOrsha said...

nyumnyumnyum..sedapnye lempeng! cicah sambal tumis mmg bes :)

Kak Noor said...

Hai...petang-petang begini sambil menonton rancangan TV, makan lempeng dengan sambal tumis dan secawan teh o. Betul-betul relaks dan santai. Baru betul-betul enjoy cuti hujung minggu.

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
lama dah tak makan lempeng. Dulu2 makan cicah dengan kuah durian tapi kadang2 tu makan dengan gula je.