Wednesday, December 26, 2012

IKAN SIAKAP GORENG BERLADA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Dapat akhirnya QH bersiaran hari ni…salam rindu dan sayang buat semua…terima kasih kepada follower2 baru blog Qasey Honey…nanti QH follow balik kamu2 yer…^__^…terima kasih juga pada semua yang masih sudi bertandang ke sini walaupon dah lama tiada entri baru yang dapat disediakan dan meninggalkan komen2 yang indah2…nanti jugak QH akan berkunjung balas ke blog masing2 yea…

Friday, December 21, 2012

CHOCOLATE BAR BUBBLE RICE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Bersua kembali di alam maya ini...
Hari ni gumbira sangat2 sebab hari ni merupakan hari terakhir QH bekerja di tahun 2012…yahoo…tak sabar rasanya nak tunggu sampai ke petang…terasa lambat pula jam ni bergerak…sebab hati dah berbunga2 untuk bercuti…ape lagi balik kampong la jawabnya…nak berehat puas2 dulu tahun depan baru fikir pasal kerja semula…sudah menjadi kebiasaan setiap hujung tahun QH akan mengambil cuti seminggu sampai la menyambut tahun baru...jadi setiap tahun QH akan berkira2 dengan cuti…kena bajet betul2 takut cuti tak cukup pula sampai ke hujung tahun…hihihi

Wednesday, December 19, 2012

AGAR-AGAR BUAHAN SEGAR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Bertemu kembali di ruangan alam maya ini…semoga semua berada dalam keadaan sihat2 sahaja…QH masih dalam mood keletihan dan kurang rajin lagi…hihihi…rindunya QH pada kamu semua…adakah kamu juga begitu?? harapan…harap2 begitu la yea bukan sebaliknya tau…^__^…

Nampaknya beberapa hari lepas blog ini kembali sepi dan menyepi sekali lagi…itu semua sudah termaklumkan sebab tiada entri baru yang wujud untuk beberapa hari ni…balik2 bile buka blog ini resepi masih tidak berganti atau bertukar kepada yang lain…nak buat macam mane tuan rumah agak kesibukan kebelakangan ini…ke manakah agaknya menghilangnya tuan rumah ni yer??

Wednesday, December 12, 2012

MUFFIN PISANG COKLAT CIP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…


Kurang asam betul la kan!!! virus MALWARE ni telah menyerang blog QH pula…susah la macam ni…harus dicegah awal dan cepat2 ni…nanti tak pasal2 sendiri pula yang akan gigit jari nanti bile tengok blog kesayangan hilang terus dari padangan di baham oleh virus yang tidak dijemput tu…virus ni jugak akan menerencatkan blog kita akan dikunjungi oleh rakan2 yang lain…

Monday, December 10, 2012

JEMPUT-JEMPUT UDANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali untuk bersiaran…
Sesibuk mane pon blog harus didahulukan ^__^

Hari ni tak pasti lagi ape kerja yang akan mendatang…walaupon masih ade lagi kerja2 yang masih tersangkut2 dan tak beres2 tu…kerana mendahulukan kerja2 yang perlu di ambil tindakan segera…siap berkampung lagi dalam opis dari pagi hingga ke malam… hukhuk…makan minum siap ditaja lagi oleh pegawai merangkap bos tu…punya la menjaga kebajikan kami…mungkin takut kot kalau keluar nanti tak masuk2 opis semula…hihihi

Tuesday, December 4, 2012

ASAM PEDAS IKAN KERISI BERSAMA SAWI JERUK ASIN




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Aduhhh broadband buat hal yea dia…entah ape la nasib bile kedua2 broadband tidak berfungsi dengan setimpalnya…langsung takde connection…seharian hari ahad tak dapat nak online…sepatutnya entri ni nak ditayangkan semalam lagi…tapi terpaksa ditangguhkan sehingga ke hari ni…

Saturday, December 1, 2012

PESAN IBU SAYA DARI CHEF KAMARUL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Bersiaran di hari Sabtu!!

Dah lamakan QH tak berkongsi tip dan petua di dalam blog ni...jadi hari ni nak berkongsi la sedikit petua yang QH ambil dan terbaca dari buku resepi seorang chef terkenal iaitu Chef Kamarul dari Buku Resepi 30 minit beliau...

Petua yang QH nak kongsikan hari ni ianya berkaitan dengan dunia masakan...mungkin petua yang QH kongsikan ni ade yang dah mengetahuinya...mungkin ade juga yang dah terlupa yea tak...oleh itu jadikannya sebagai rujukan pada masa hadapan...kadang2 petua ni penting jugak sekiranya berlaku perkara2 seperti di bawah ni...

Pada Chef Kamarul jika chef terbaca entri ini...QH mohon diizinkan yea untuk berkongsi petua ini di blog QH untuk dikongsikan pula kepada kawan2 yang lain...terima kasih banyak2...

PESAN IBU SAYA…
Sumber : Buku Resepi 30 minit Chef Kamarul

“Ruangan ini sengaja diadakan sebagai satu ruangan untuk berkongsi beberapa petua yang saya perolehi daripada pakar-pakar masakan yang saya kenali. Ade yang diperolehi daripada kawan, guru2 malah banyak juga daripada ibu saya sendiri dan ibu rakan2 seperjuangan. Malah ruangan pesanan ibu ini amat sesuai dijadikan rujukan kita bersama semasa di dapur” – Chef Kamarul.





1.           Sayur lebih tahan lama.
Sayur-sayuran segar terutamanya yang berdaun hijau amat mudah rosak. Untuk mengelakkan ini berlaku balut sayur-sayuran ini dalam kuantiti yang kecil dengan kertas. Kemuadian simpanla di bahagian sayur-sayuran di dalam peti sejuk. Nescaya sayur-sayuran ini akan dapat bertahan lebih lama.




2.         Hilangkan bau hangit makanan.
Cara menghilangka bau hangit makanan termasuklah hangit nasi atau masakan-masakan lain adalah dengan cara memasukkan dua atau tiga tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian tutup dan biarkan seketika InsyaAllah, bau hangit itu akan hilang secara perlahan-lahan.




3.          Hilangkan lender ikan Air Tawar
Ikan air tawar memang terkenal dengan sejenis lendir yang bagi sesetengah orang yang tidak biasa kurang menyenangkan. Cara untuk mengurangkan lendir pada ikan, mudah sahaja, siang ikan seperti biase kemudian ambil sedikit daun pisang dan masukkan ke dalam bekas yang berisi ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci ikan dengan air sehingga bersih. Lendir ikan itu akan terus hilang bersama air tadi.




4.         Tauhu tahan lama.
Tauhu adalah sejenis bahan makanan kaum Cina. Memang sedap jika betul cara masaknya namun tidaklah dapat bertahan lama kerana mudah rosak. Bagi mencegah tauhu yang kita beli rosak dengan cepat, cuci dengan air bersih. Tuskan tauhu sehingga kering dan tuangkan air panas. Biarkan sehingga sejuk. Tetapi jika kita ingin terus memasaknya tidaklah perlu dibuat begini kerana kaedah ini akan mengubah rasa dan bentuknya.




5.          Mudah mengopek kerang.
Ramai yang suka makanan laut ini tetapi tidak ramai yang suka mengopeknya terutama sekali kanak-kanak. Bagi memudahkan mengopek kerang, petuanya adalah dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Nescaya kerang akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya nanti.




6.          Potong buah-buahan.
Buah-buahan adalah satu kemestian dalam diet seharian bagi membekalkan kita dengan sumber nutrisi dan vitamin. Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Jus daripada limau nipis ini mengandungi asid yang mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam terutamanya buah-buahan seperti epal, pear, lai dan lain-lain. Satu cara lagi adalah dengan merendam kan seketika ke dalam air ais bagi mengekalkan warna aslinya.




7.          Hindari kumbang beras.
Serangan kumbang beras memang biasa terjadi terutama sekali jika ada kelembapan di tmpat simpanan beras kita itu. Untuk menghidari beras daripada kumbang beras, letakkan beberapa tangkai cili kering di dalam tempat menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi. Ini akan membuatkan kumbang beras itu tidak selesa lalu keluar dari bekas beras tersebut.




8.         Masalah nasi mentah.
Memasak nasi bukanlah susah sangat namun kadangkala tak menjadi jugak. Banyak faktor yang menyumbang masalah ini seperti jenis beras, penggunaan periuk nasi yang baru malah penjagaan api itu sendiri. Kadangkala walaupun sesudah menyukat nisbah air dan beras secukupnya. Masalah nasi mentah tetap juga terjadi. Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masalah ini masih boleh di atasi. Caranya ialah isikan air panas ke dalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya di atas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi betul-betul masak. Kaedah ini seperti mengukus kerana stim daripada air panas itu akan memasak bahagian nasi yang mentah itu.




9.          Hilangkan pahit peria.
Peria ialah sejenis sayuran yang tidak begitu popular, tetapi peminatnya boleh tahan juga ramainya. Sebab utamanya adalah rasa pahit peria itu, namun khasiat peria telah dibuktikan oleh ramai pakar perubatan. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejatkan dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda. Namun anda mestilah merasa dahulu masakan anda itu sebelum memasukkan lagi garam ya!!




10.     Mudah mengupas kentang.
Ubi kentang antara sumber makanan yang membekalkan kita dengan serat dan khasiat lain. Untuk memudahkan pengupasan kentang, basuh kentang terlebih dahulu, kemudian rebuslah kentang tersebut lebih kurang 5 minit atau sehingga hampir empuk mengikut kesesuaian resepi anda. Sejukkan dan kemudian kupaslah kulitnya. Hasilnya kentang lebih cantik dan mudah mengupasnya.




11.       Ikan panggang berbau wangi.
Ikan panggang memang menyelerakan. Baunya sahaja menaikkan selera kita. Sekiranya ingin bau wangi dan kelihatan menyelerakan, balut ikan tersebut dengan daun kunyit selepas diperap. Kemudian, bakar ikan tersebut dengan api yang sederhana.




12.      Rangupkan cucur.
Bagi pengemar cucur udang, ikan bilis jagung mahupun pisang, mungkin tidak mahu melepaskan peluang menikmati hidangan ini panas-panas. Tambah-tambah lagi dengan kerangupannya. Untuk merangupkan cucur supaya lebih enak dimakan, masukkan sedikit mentega ke dalam bancuhan tepung cucur anda. Kacau bancuhan tersebut hingga sebati dan goreng dengan api yang panas.




13.      Tanggalkan kesan getah nangka.
Buah nangka sememangnya enak dimakan. Baunya sahaja sudah cukup menambat hati. Namun setiap kali memakannya kita tentu akan berdepan dengan masalah hendak menanggalkan getah nangka yang terkena pada tangan dan perkakas yang digunakan. Untuk menanggalkan getah nangka, anda hanya perlu gosokkan hampas kelapa pada tangan atau perkakas yang terkena getah tadi berulang kali sehingga bersih.




14.      Bawang goreng tahan lebih lama.
Bawang goreng bagai penyeri hidangan. Untuk mendapatkan bawang goreng yang tahan lebih lama, mula-mula rendamkan bawang yang telah dimayang di dalam air garam selama 10 minit. Bilas dengan air bersih. Gorengkan bawang tersebut di atas api sederhana sehingga garing. Selepas itu simpan di dalam bekas kedap udara.




15.      Tangan berbau hanyir.
Selepas menyiang ikan, tangan biasanya akan berbau hanyir dan akan membuatkan anda rasa tidak selesa. Untuk menghilangkan bau hanyir yang tidak menyenangkan ini, cuba lumurkan sedikit halia yang ditumbuk pada tangan anda. Cara ini akan membuatkan bau hanyir itu hilang.




16.      Elakkan mata berair kerana bawang.
Menjadi kebiasaan apabila sedang asyik mengupas bawang, air mata pun turun bercucuran. Bagi mengelakkan kejadian seumpama ini, rendam bawang di dalam bekas berisi air kemudian kupas terus bawang yang direndam tadi di dalam air. Ada satu cara lagi, anda boleh simpan bawang yang hendak digunakan esok hari di dalam peti sejuk tanpa mengupas kulitnya. Keesokkan harinya anda boleh mengupas dan memotong bawang tersebut tanpa mata rasa pedih dan berair.


* semua gambar di atas QH ambil dari google

Thursday, November 29, 2012

PUDDING in jar


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali bersiaran pada hari ni…
Sebelum tu QH nak tanye pada kawan2 semua…pernah dengar tak mengenai virus ‘malware’… virus ni QH tengok sedang melanda pada beberapa blog yang QH follow…bile kita klik link blog tu nanti ianya akan ke page lain pula…mengatakan blog tersebut di block…untuk surfing the internet QH menggunakan chrome…tak tahu la jika menggunakan Mozilla ade masalah itu atau tidak…

Tuesday, November 27, 2012

OMBRE CAKE with FONDANT + FLOWER GUMPASTE + HANTARAN PERTUNANGAN = 3 IN 1


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Panjangkan tajuk entri pada kali ni…harap jangan pening yer…hihihi…QH akan ceritakan satu persatu yer…gambar pon banyak tapi QH menggunakan teknik photo grid bagi menjimat ruangan pada picasa album…sampai ade yang tertinggal untuk di watermarkkan…sila jangan curik yer gambar ade di dalam ni…kalau teringin jugak sila minta izin…^_^

Friday, November 23, 2012

KEK LAPIS PELANGI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali bertemu pada hari ni…
Nampaknya dari kelmarin sehingga la semalam…ramai rakan2 blogger yang menghadapi masalah untuk mengupload gambar di blog kerana sudah memenuhi kuota yang diberikan…

QH berharap hasil perkongsian mengenai Tutorial BilePicasa Album Penuh (boleh klik link tersebut)…dapat membantu rakan2 yang mengalami masalah tersebut yer…

Thursday, November 22, 2012

FRESH FRUIT TART


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Cakkkkk...haaaa tu dia...
QH kembali bersiaran...

Salam rindu-rinduan buat semua pengunjung blog Qasey Honey...semoga anda semua berada dalam keadaan sihat la hendakNya...

kembali bertemu kita pada hari ni setelah beberapa hari menghilang...berita kehilangan tu akan QH laporkan kemudian yer...tapi tu la...alahai liatnya la pula bile nak memulakan untuk berblog semula...^__^
sangat lazimkan penyakit tu...hihihi...

Friday, November 9, 2012

LOLIPOP COKLAT OREO



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Bersua kembali pada hari ni…diam2 tak rupanya kita sudah berada di minggu kedua bulan November…cepatnya masa berlalu…hari ni juga merupakan hari terakhir bagi sesi persekolahan untuk tahun 2012 ni kan…tentu anak2 yang paling gembira di saat ini…dapat bercuti panjangkan sebelum memulakan sesi persekolahan yang baru pada tahun hadapan…mesti mereka juga dah mempunyai agenda yang tersendiri…tak lain tak bukan untuk mengajak ibubapanya bercuti dan berjalan2 la kan…hehehe…

Thursday, November 8, 2012

SAMBAL TELUR PECAH DARAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Entri auto post lagi…hehehe

Sesambil menyiapkan entri…sesambil tu jugak QH melayan cerita hindustan di TV2…untuk melayan mata yang mengantuk ni…baru selesai berBW dan membalas komen di FB…best la pulak cite ni ade bab2 romantik, kelakar sikit2…hihihi…tapi tak tengok sampai habis la…siap saje tugasan…terus tido…sebab besok nak keje...nak tunggu cerita tu habis…boleh jadi terponteng pulak karang…hahaha…QH minat jugak tengok cerita bollywood ni…tapi tengok juga sape pelakonnya dulu dan jalan ceritanya jugak…kalau gaduh2 tu memang tak minat langsung…

Wednesday, November 7, 2012

MEE KARI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali bersiaran untuk hari ni…
Malam tadi tengok Buletin Utama di TV3 nampaknya keadaan banjir agak kritikal di Johor terutamanya di Batu Pahat dan Ledang…kampong QH iaitu di Kluang dah beransur pulih…Alhamdulillah…tetapi kawasan perumahan mak QH dan mak mertua QH setakat ni tak pernah lagi dilanda bencana tersebut…

Tuesday, November 6, 2012

MANGO CREPE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Alhamdulillah dapat kita bertemu yea di hari Selasa ni…semalam QH tak dapat nak bersiaran kerana ada hal2 tertentu yang perlu dibuat…lagipon line tenet di opis tak ok…bukan setakat blog kawan2…blog sendiri pon tak dapat nak ditengok…guna broadband pon macam tu jugak…opis letak aje di tengah bandar KL…tapi line tenet macam duduk di hujung kampong…ade saje gangguan…hukhuk…jom tukar cite ehhh…

Friday, November 2, 2012

KEK OREO

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Bertemu lagi kita pada hari ni…dah takde lagi yea menu raya…dah habis kesemuanya QH update…hihihi…kali ni kita bertukar ke menu lain pula…seperti yang telah QH janjikan semalam di Instagram dan FB…hari ni kena la QH tunaikan dengan segera…hehehe

Hari ni nak berkongsi resepi kek pula…memang mood tengah rajin nak buat kek aje…tapi yang simple2 aje la…sebab tu memang minat QH berbanding memasak…hehehe…kek ni QH buat khas untuk adik QH sempena besday dia pada hari Ahad lepas…kebetulan ade kat sini jadi kakaknya ni boleh la buatkan dia kek sebiji…pilihan kali ni adalah kek oreo…sedap tau…

Kek oreo ni dah 2 kali QH buat…pertama kali buat dulu…QH belum aktif berblog lagi masa tu…QH buat versi cupcake seperti resepi asal…kali ni QH buatkannya dalam bentuk sebiji kek…deco kek ni atas permintaannya…


Pilihan deco kek kali ni ala2 Baskin Robbin gitu…tak boleh nak tiru 100% kang nanti kena saman la pulak…hihihi…adik QH ni memang suka makan aiskrim tu…tapi nanti kakaknya la yang kena pawww…huhuhu…

Kami buat kek ni secara berjemaah…keknya tu QH la yang bancuh dan bakar tapi bab deco adik perempuan QH yang melapis dan melepa kek ni…QH pantau saje…ala2 macam professional la konon…hahaha…main pantau2…tapi last touchup QH la yang buat…kemaskan ape yang patut…sangat simple deco kek kali ni…tapi agak menarik jugakkan…hehehe…perasan tahap ape tak tahu la…hahaha…disengajakan buat selekeh2 sikit…baru la nampak berseni sikit…macam ala2 omputih…hihihi…


Resepi kek ni QH ambil dari blog Kak Ita@Masam Manis…kek ni kalau dimakan begitu aje pon sedap jugak…kek ni QH buat menggunakan loyang bersaiz 7inci…QH buat 11/2 adunan untuk kek ni…kalau nak buat 1 adunan pon boleh juga…

Seperti biase kalau QH buat kek yang berlapis ni…QH akan bahagikan adunan tu kepada beberapa bahagian yang kita nak…pastu ianya akan dibakar berasingan…bile masa nak mendeco nanti tak perlu la untuk menyukat ketinggian kek tersebut…tinggal untuk meratakan bahagian atas kek tu saje…buang bahagian yang tak rata saje…untuk kek ni QH menggunakan buttercream untuk toppingnya…pasal nak menghabiskan bahan2 buttercream tu…hehehe…

Pada yang nak mencuba dipersilakan yer…serius sangat sedap dan sangat senang untuk buat kek ni…lembut…pada Kak Ita…mohon untuk kongsikan resepi kek ni di sini pula yer…terima kasih kak…

Dibawah ni QH ade terangkan serba sedikit cara mendeco yang QH gunakan…maaf yea gambarnya takde…tak sempat nak disnap…harap penerangan tu membantu…jika tak faham atau ade nak bertanya ape yang patut…boleh la bertanya dengan QH nanti yer…


Kek Oreo
Resepi Asal: Oreo Cup Cake
Sumber Resepi: Kak Azlita@Masam Manis

Bahan2
250 gm butter
1 cwn gula
2 cwn tepung naik sendiri - ita guna tepung kek
1 sudu kecil baking powder - tepung dan baking powder diayak
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
8-10 keping oreo - kisar halus
(QH kisar sekali dgn krimnya)

Caranya
Campurkan butter, gula. tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ye!
Campurkan oreo dan kacau rata.
Tuangkan adunan dalam paper cup. Susun atas tray.
Adunan QH bahagi kepada 3 dan dibakar berasingan.
Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 10 - 15 minit
20-25 minit atau sehingga masak.


BUTTERCREAM

Bahan2
80 gm mentega
200 gm krimwell
350 gm golden syrup

Caranya
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang
Masukkan golden syrup perlahan2 dan pukul lagi hingga rata.
Bolehlah letakkan pewarna mengikut kehendak anda.


Cara mendeco kek
(maaf gambar tidak disnap ketika proses mendeco kek)

Bahan2
Buttercream
Serbuk oreo secukupnya (buang krimnya)

Caranya
Permukaan setiap kek hendaklah diratakan.
Ambil kek pertama dan disapukan buttercream di atasnya. Selepas tu taburkan serbuk oreo tadi sehingga menutupi permukaan buttercream tadi.
Lapiskan dengan kek yang kedua. Ikut seperti proses yang pertama tadi.
Lapiskan kek yang ketiga dan lepa kek seperti biase sehingga selesai. Deco ikut pilihan sendiri.


HIASAN COKLAT

Bahan2
Coklat compound secukupnya

Caranya
Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. Masukan ke dalam piping bag. Gunting hujungnya dan paipkan ditepi kek yang telah disiap dilepa. Biarkan coklat tu jatuh dengan sendirinya. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Lelehan coklat tu akan mengeras jadi semasa memotongnya pastikan pisau direndam dahulu dengan air panas. Lapkan pisau tadi hingga kering baru la potong kek tersebut.

Lebih elok jika menggunakan coklat ganache untuk buat deco seperti di atas.


Thursday, November 1, 2012

ACAR a.k.a JELATAH a.k.a PENCUK



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Bertemu lagi untuk kesekian kalinya…apa khabar semua?? Diharap semua diberikan kesihatan yang baik2 saje…diharap juga semuanya dapat menjaga kesihatan diri masing2 waktu ni…maklum la sekarang ni…elok2 cuaca panas…tetapi bile terpandang semula keluar…hujan pula dengan selebatnya…begitu juga sebaliknya…

Wednesday, October 31, 2012

AYAM LAKSAMANA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Bertemu lagi kita pada hari ni…entri hari ni juga dibuat secara autopost…tu yang dapat bersiaran seawal pagi macam ni…malam tadi dah QH siapkan…kalau tidak tak tahu la waktu bile QH dapat bersiaran nanti…silap2 dan boleh jadi…besok la baru kita berjumpa…pagi ni QH ade taklimat…kalau tak silap mengenai harta baitulmal…nampak sangat tak prihatinkan…sampai lupa ape nama taklimat tu sepenuhnya…dapat surat tu terus simpan kat tray…hehehe…harap nanti dapat la QH mengutip sedikit ilmu yang dikongsikan tu nanti…jangan tertido sudahhhh…hahaha

Tuesday, October 30, 2012

NASI SERAI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Terlebih dahulu di kesempatan ini QH ingin mengucapkan SeLaMaT hArI rAyA aIdIlAdHa buat semua umat islam tak kira di mana saje anda semua berada...

Cakkkk...hari ni QH kembali bersiaran setelah beberapa hari mendiamkan diri dan meninggalkan blog kesayangan ni buat seketika...agak kesibukkan sedikit semasa cuti 3 hari tu...rasa macam tak cukup dengan cuti yang ade tu...macam nak sambung lagi saje...tetapi memandangkan cuti pon dah paras2 hidung aje orang kata...terpaksa hasrat untuk bersenang lenang dan bersantai2 di rumah tu dihentikan!!! hehehe

Wednesday, October 24, 2012

AGAR-AGAR SIRAP ROSE



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali bertemu untuk kesekian kalinya…
Tinggal lebih kurang 2 hari sajekan seluruh umat islam di dunia ni akan menyambut hari raya haji atau qurban…mesti sekarang ni ramai yang dah mengambil cuti lebih awal untuk pulang ke kampung halaman...kalau pulang awal boleh mengelakkan kesesakan jalan raya yea tak...langkah yang bijak tu tau...kalau di belah semenanjung meriahkan kalau sambutan raya korban ni berbanding dengan negeri2 yang lain...

Tuesday, October 23, 2012

NASI GORENG BUNGA KANTAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Bertemu lagi kita hari ni...
Agak lewat juga hari ni QH bersiaran...memberi lalu pada iklannn...iklan?? iklan la sangattt...hehehe...agak sibuk la hari ni...
ok takpe...happy sangat hari ni bile dapat menyelesaikan 1 masalah di blog ni...dari hari tu lagi QH perasan dan berasa hairan bin ajaib kenapa gambar untuk entri2 terbaru ni semuanya comel2 saje...bile disetkan ke original size...kemain besau la pulak...sampai terlebih2 dari margin post ni...bile disetkan extra large pula...gambar alahai tersangat la comel gitu...nak tengok jadi tak puas...sampai perlu kena kanta pembesar rasanya...hehehe

Monday, October 22, 2012

BISKUT KACANG MAZOLA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Salam penuh kerinduan buat semua pengunjung blog QH ni…apa khabar anda semua hari n?? maklum la sekarang ni dah mula musim hujankan… mudah2an semuanya dalam keadaan sihat2 la yea…bile tiba musim hujan ni kemungkinan ramai yang kurang sihat waktu ni…kalau nak baik jangan lupa makan ubat tau…yang sihat tu jangan main hujan pulak ehhh…hehehe

Friday, October 19, 2012

BILE OMBRE KEK MENJADI KEK BALDU MERAH...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…


Bertemu kembali kita pada hari ni…semalam QH tak sempat  untuk bersiaran kerana memberi laluan kepada kerja2 yang perlu diselesaikan...ok cukup..tak mau cakap bab kerja2 dalam ni..hehehe...

Baik la…hari ni QH nak menunaikan janji agar ditepati…hihihi…maaf yea lambat kek ni nak ditayangkan…hehehe…QH nak kongsikan kek yang QH buat sempena 1st Bloggersary tempoh hari…ketika membuat kek ni banyak perkara lucu terjadi dan agak menghampehkan la pada QH…lain yang kita nak…lain pula yang jadi…

Wednesday, October 17, 2012

KENTANG WEDGES



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Mohon maaf…janji tidak ditepati…
Semalam QH nak kongsikan resepi kek kan…tapi yang ditayangkan untuk hari ni lain pulak yer…
Sebabnya gambar tersebut…belum siap diedit sepenuhnya…hehehe

Baik la hari ni masa tak mengizinkan untuk QH berlama2 depan blog…sebab ade kerja2 yang perlu diselesaikan dengan segera…macam dah bermula kembali hari2 sibuk dengan kerja yang mendatang ni…huhuhu

Tuesday, October 16, 2012

1st BLOGGERSARY QASEY HONEY


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Alhamdulillah…hari ni genap setahun blog Qasey Honey…sekejap betul masa berlalu…sedar tak sedar sudah setahun rupanya QH berblog…rasa2nya macam baru semalam aje QH mula berblog…TERIMA KASIH diucapkan kepada semua pengunjung blog Qasey Honey...terima kasih jugak buat 352 orang follower Qasey Honey setakat ni...terima kasih sekali lagi atas sokongan yang diberikan...kehadiran anda semua amat la dialu-alukan...berblog tapi takde yang pengunjung dan yang melihatnya...tidak bermakna la kan...setakat syok sendiri aje nanti...hehehe...tanpa anda semua siapa la QH ni...ngeee...harapan semoga lagi ramai yang akan menjadi follower QH yer...

Friday, October 12, 2012

KIWI CHEESE TART


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Yeahhh kembali bersiaran untuk hari ni…
Wah nampak sangat gembira la QH ni yea hari ni…sebab ape?? haaa sebab besok cutiiiiiii…amboi panjang la pulak…hehehe…boleh la nak bermalas-malasan di rumah…yebedabedu…

Entah ape la agaknya yea aktiviti QH selama 2 hari cuti tu…plan macam2 entah mane satu yang jadi pon tak tahu la...harap peminat dan pengunjung blog QH tunggu aje la ehhh…hehehe…PEMINAT??? Perasan retissss la pulak…sudahh...saje nak buat gempakkan…padahal takde ape2 yang berlaku pon…hihihi…