Thursday, December 29, 2011

CUCUR CRABSTICK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Selamat petang semua….

Dah buat hidangan untuk makan di waktu petang nanti…agaknya ape yek menu yang semua buat kann…

Sebelum kita ke resepi seterusnya ni…ape kata kita berceloteh sekejap…hehehe…sudi2 la yea membacanya…

Hari tu QH ade bagitau kan… yang mak QH ade datang ke rumah kan…memang best la sangat2 bile mak dating ni…rasa macam nak tercabut lutut…asyik berjalan jea…makan memang dah confirm la kat luar…balik ke rumah jea mak akan mengeluh la kepenatan…tapi bile berjalan takde komplen lak…banyak tempat juga QH bawak pegi jejalan2…


Salah satunya ke Aquaria KLCC…tengok ikan dan hidupan haiwan lain yang jarang kita jumpa pon…tapi tau2 aje la…bile berjalan2 di waktu cuti sekolah ni…ditambah pula cuti sempena Krismas…semua tempat yang nak dikunjungi memang ramai sangat pengunjung…memang padat tapi masih terkawal lagi…terpaksa beratur panjang nak beli tiket…dekat sejam juga lak beratur tunggu giliran…yang penting bukan QH yang beratur…adik QH yang beratur…hahaha…padan muka dia kannnn…


Tapi bile dah dapat masuk ke dalam Aquaria tu…macam QH lak yang macam terlebih sudah excitednya…macam tak penah masuk…hehehe…terlebih seronok la tu…tengok mak QH pon seronok sangat dia…memang mak pon yang nak sangat ke sana…QH layan kan aje…janji tiket freee…yang best tu dapat tengok show...diorang bagi makan kat ikan2 tu makan...tapi sayang si jerung tu semua boleh jual mahal lak...tak nak makan...lalu lalang aje...

Nanti kalau ade masa terlebih2…ntah bile la agaknya masa tu kan…cakap jea lebih nanti…QH akan merajinkan diri untuk upload gambo2 tu semua yea…tapi gambo2 tu tak bape cantik…kebanyakkan gambo2 yang diambil kat Aquaria tu bergegar la…takut tengok jerung kot…


Ok bile dah berceloteh serba sedikit…kita masuk ke resepi la yea…nanti tujuannya ke lain pula…resepi yang nak dikongsi hari ni...menu simple sangat2…Cucur Crabstick…boleh la buat minum petang atau sarapan pagi ke kalau tak abisss…hehehe…ok la jom tengok resepi yang tak seberapa ni…agaknya dah berlambak kot resepi ni kat internet…ape2 pon kita layannn je…


CUCUR CRABSTICK

Bahan2
3 cwn tepung gandum
6 btg crabsctik – dipotong dadu
3 tangkai daun ketumbar – dihiris kecil2
1 biji cili merah – dihiris kecil2
1 biji bawang besar*
10 gm udang kering*
10 gm ikan bilis* - *dikisar
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Caranya
Satukan semua bahan2 di atas kecuali air.
Gaul rata dan tuang air dan adun hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat atau cair. Biar sekejap.
Panaskan minyak untuk goreng terendam.
Sudukan 1 camca besar adunan tadi dan biar hingga masak.
Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda/sambal tumis.


Wednesday, December 28, 2011

TUTTI FRUTTY RAINBOW CAKE

Assalamualaikum….

Selamat petang semua….

Hari ni QH lambat sikit bersiaran…banyak benda harus dibereskan terlebih dahulu…


Hari ni merupakan hari istimewa bagi QH dan hubby…hari ni merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami berdua yang ke dot dot…rahsia…tapi kami takde sambut secara besar-besaran...cuma sambut dengan keluarga terdekat aje…seperti tahun2 sudah jugak…kebiasaannya mesti sambut anniversary di kampong…termasuklah hari ni…nape ntah????


Hadiah untuk anniversary kali ni macam takde aje…tengok hubby pon slumber…macam takde ape2…huhuhu…sedih…saje nak tulis disini…biar dia tau…sebab dia pon pembaca setia blog ni…kalau ade komen mengenai resepi dalam blog ni…dia yang bagitau…QH bagi sepasang kasut aje pada hubby…advance lagi…masa tu kami jalan2 kat Times Square…tengok kat Sembonia lak ade sale…so terus suruh hubby pilih mane yang dia berkenan…termasuklah QH pilih mane yang diri sendiri berkenan juga…hahaha…tapi QH tak kisah sangat kot…kalau hubby tak bagi…sebab permintaan QH sebelum2 ni…dah melebihi hadiah anniversary…advance dah bape kali advance…setiap kali mintak dibelikan…hehehe…nasib hubby QH la kannn3x…


Jadi bersempena hari istimewa ni…QH ade lah membaking kek untuk anniversary kami…QH buat Rainbow Cake…resepi ni QH ambil dari blog Resepi Citarasawan…dari hari Kak Wan publish kek ni lagi…terus berkenan menengoknya…asyik menghitung hari bile la dapat buat kek ni…pastu QH tengok ramai juga blogger2 lain pon memcuba buat kek ni…lagi la tak sabo dibuatnya…siap cakap ngan kawan2 nak buat kek ni nanti…risau buat tak jadi yea juga…


Dengan lafaz bismillah…hari Isnin lepas QH buat la kek ni…sebelum balik ke kampong…tak boleh nak tunggu lagi…kebetulan mak pon ade kat rumah QH…boleh la dia tolong2 ape yang patut…basuh pinggan ker…hahaha…alahai kejamnya…

Pertama kali buat kek sebiji ni…amik masa yang lama gak QH membakingnye…setengah hari jugak kot…campur tolak darab bahagi amik gambar siap…hehehe…loyang lak ade 1 aje…jadi bergilir2 la adunan tu masuk ke loyang…memang tak teringat langsung nak beli loyang lebih…jadi QH buat 3 color jer dari resepi asal…QH juga tambah paste buah2an pada setiap adunan kek tersebut…bile dah siap kek ni memang sedap…terima kasih pada Kak Wan sebab sudi share resepi kek yang sedap ni…


Untuk toppingnya pula…QH juga tak menggunakan whip topping macam Kak Wan…QH guna buttercream yang tak akan cair walau keadaan panas…resepi ni QH ambil dari My Resepi oleh Kembangkempis…QH guna buttercream ni sebab kek ni nak dibawa ke kampong…perjalanan jauh…dari KL ke Kluang, Johor…so buttercream ni memang sesuai…QH siap singgah Melaka lagi…kredit pada empunya resepi asal ni…jadi pada sesape yang sekiranya nak bawak kek jauh2 boleh la guna buttercream ni…

Pada Kak Wan dan Kembangkempis…QH mintak izin untuk letak resepi awak berdua di sini pula yea…jom kita tengok resepinya pula yea…


Tutti Frutty Rainbow Cake

Bahan2
430gm tepung gandum all purpose – QH guna tepung kek
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam – QH letak jugak utk hilangkn hanyir telur
pewarna pink + strawberry paste*
pewarna violet + blueberry paste*
pewarna hijau + lemon paste* - *QH tambah
serbuk koko secukupnya (K1 tambah) – QH xletak

400ml whip topping krim - di putar hingga kembang
(untuk disapu pada setiap lapisan dan seluruh kek) – QH xguna

Loyang 8" di alas dan di gris – QH guna loyang size 9”

Cara-cara :


1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.

3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.
6. Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.
7. Letak lapisan pertama di atas papan cake, sapu krim secukupnya, ayak serbuk koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua, buat yang sama hingga habis.
8. Sapu tipis seluruh badan kek dengan krim dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 jam atau semalaman. Simpan krim selebihnya di dalam peti sejuk.
9. Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya.


BUTTERCREAM – xpyh simpan dlm peti sejuk..xcair

Bahan2 ( sebiji kek )
  • 250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)
  • 125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell)
  • 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)

Cara-cara
1. Pukul butter + marvello hingga putih. Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek. 
2.  TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masa lah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.


Tuesday, December 27, 2011

KARIPAP KENTANG

Assalamualaikum


Ape khabar semua???? Alhamdulillah hari ni QH kembali bersiaran. Tapi tak tau lak nanti akan kembali berdiam lagi ker…hehehe...bukan ape…bulan ni macam agak sibuk lak sedikit…lepas minggu lepas kawan dari kampong tu balik…minggu ni family QH lak datang…so memang takde masa untuk berblog…walaupon menyedari banyak resepi yang tertangguh untuk diupdate…takpe akan diusahakan untuk update kesemua resepi tersebut…:-)

 

Hari ni QH nak coleteh panjang sikit la kot…dah 5 hari tak berceloteh kat blog ni kan…tapi bab resepi aje la hari ni…banyak benda yang nak diceritakan tapi tunggu la kat enrti yang seterusnya nanti…kalau nak cerita semua nanti kat enrti berikut…QH takde idea lak untuk menaip mukadimah…huhuhu…mane la tau kot2 ade yang kat luar sana tuuu…rindu dengan celotehan QH macam pada entri sebelum2 ni…tupon kalau ade yang membacanya…ntah terus kepada resepi aje tak…hehehe…macam best aje tukar panggilan diri dari saya ke QH…hahah…singakatan dari Qasey Honey…nama pena untuk blog ni…


Resepi yang QH nak share kali ni…Karipap Kentang aje…untuk membuat doh karipap QH ambil resepi ni dari kawan QH…memang sedap dan rapuh…semasa membuat karipap ni…kat kepala ni asyik fikir aje…jadi ker tak karipap yang QH nak buat ni…macam mane rasanya…untuk karipap ni QH menggunakan acuan karipap sebab QH tak pandai nak klim tepi karipap tu...dah cuba sampai hitam la doh tu tapi masih tak jadi2...penyudahnya guna la acuan karipap...alhamdulillah bile dah siap semuanya…memang tidak mengecewakan walaupon rupanya agak tak cantik dan rasanya sedapppp…dengan kulit karipap yang rapuh


KARIPAP KENTANG

INTI KENTANG
Bahan2
5 biji ubi kentang
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering*
1 sudu besar ikan bilis* (dikisar)
3 cawan air@secukupnya
1 paket kecil serbuk kari Babas
1 sudu serbuk lada
2 tangkai daun kari
Garam dan gula secukupnya

Caranya
Tumiskan bahan yang telah dikisar hingga wangi dan agak kering airnya.
Kemudian  masukkan rempah kari dan serbuk lada. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
Bila dah terbit minyak, masukkan daun kari kacau hingga naik bau.
Kemudian masukkan ubi kentang dan air secukupnya. Jangan bubuh air banyak sangat nanti kentang jadi hancur. Letak air cukup kentang tu tenggelam saje.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masakkan hingga kering.
Bila dah agak2 nak kering, perasakan dan masukkan garam jika perlu.
Kacau lagi hingga kering inti tadi atau airnya dah takde tutup api dan sejukkan.



DOH
Bahan2
4 cawan tepung
1/2 butter
1/2 shortening
Garam secukupnya
Air ais secukupnya


Caranya
Mula2 campurkan sedikit garam dalam air sejuk.
Di dalam mangkuk yang berasingan, campurkan tepung, butter, shortening dan gaul hingga rata hingga jadi crumble.
Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua.
Uli sampai tak melekat doh tu pada mangkok dan tangan. Bila dah dpt doh camni maknanya betul la tu.
Kemudian balut doh dgn plastic dan rehatkan doh dalam 10minit dalam peti sejuk untuk mendapatkan doh yang rapuh.
Bagus tips balut doh ni dengan plastik sebab doh tu akan lembut sentiasa dan doh tu tak kering kalau kita buat banyak pun dohnya.


Boleh la mulakan proses menggelek doh dan mengisi inti.
Ambil sedikit tepung dan tebarkan tepung tu sebelum gelek setiap doh.
Gelek nipis dan bolehla isi inti.
Saya guna acuan karipap sebab tak pandai nak klim tepi karipap tu.
Mana yang geti klim tepi karipap tu boleh la acu doh bulat2 untuk dapatkan bentuk yg sekata.



Cara nak mengoreng karipap ni penting juga yea…untuk dapatkan permukaan karipap yang cantik dan licin…kurang atau tak berjerawat atau yang gelembung2 udara tu…kalau cara QH…pastikan minyak dipanaskan terlebih dahulu…lagi satu pastikan minyak banyak dan biarkan karipap tu berenang2 kat dalam kuali…biar betul2 panas…bile nak mengoreng karipap tu…matikan api dapur dahulu…kemudian baru masukkan karipap satu persatu…tapi jangan masukkan terlalu banyak lak…nanti lambat masak…dan minyak akan meyejuk pula…bile dah masukkan karipap tadi…hidupkan api dan goreng macam biase dengan api sederhana…kena rajin balik2 kan…untuk warna yang sekata…bile dah agak kekuningan atau keemasan…angkat dan toskan…dengan cara mengoreng diatas…karipap akan cantik dan tidak berminyak…dan kurang la gelembung udaranya…selamat mencuba…