Monday, November 28, 2011

AYAM GORENG KUNYIT DAN TELUR DADAR CRABSTICK

Assalamualaikum…

Selamat tengah hari semua…masih dlm mood bercuti lagi kan bagi sesetengah negeri…sempena cuti ganti menyambut Maal Hijrah 1433H semalam…

   
Mesti ramai yg kat luar sana mengambil kesempatan cuti 3 hari ni pegi bercuti bersama keluarga…bawak anak2 berjalan…saya aje duduk umah x pegi mane2…saya mmg xbape suka kalau pegi bercuti kalau ade cuti2 panjang mcm ni…byk sebab…keadaan jalan yg agak sesak…tempat2 tumpuan pon ramai sgt yg berkunjung… ssh dapat parking keta…mcm2 lagi la…tp saya bukan antisocial yea…cuma xnk berserabut je kalau dh ramai sgt…suka suasana yg tenang…relax aje…



Ok…skrg kita tukar topic lak…kali ni saya nak share menu utk tengah hari tadi…ayam goreng kunyit dan telur dadar crabstick…lauk utk hari ni xberkuah la pulak…utk  resepi telur dadar tu…saya dah cilok dari blog Dapur Tanpa Sempadan…masa CMG publish hari tu resepi telur tu…geram je tengok…gebu sgt…mcm pancake dah jadinya…


Saya nk mintak izin pd CMG utk share pula resepi telur dadar tu di sini yea…jom layannnnn


AYAM GORENG KUNYIT

Bahan2
Ayam
3 ketul ayam - dipotong kecil
1/2 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa

Utk menumis
1 biji bawang besar – dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - diketuk
6 batang kacang panjang – dipotong 1 inci
1/4 kobis bunga – dipotong
1/4 capsicum merah
1/4 capsicum kuning
1/4 capsicum oren
1/2 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa
secubit pak aji

Lumurkan ayam dgn garam dan kunyit. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Kemudian masukkan capsicum merah, kuning dan oren.
Masukkan kobis bunga dan kacang panjang dan gaul rata.
Masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit.
Apabila sayur sudah masak, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
Gaulkan ayam telah digoreng bersama sayuran.
Siap untuk dihidang dan dimakan.


TELUR DADAR CRABSTICK
By: Dapur Tanpa Sempadan

3 biji telur
3 batang jejari ketam @ crabstick, hiris
1 biji cili merah, hiris halus – letak capsicum merah, kuning oren
4 pokok kuchai, hiris halus – ganti daun sup
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca besar mayonnaise
2 camca besar susu sejat – xletak
3/4 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Satu kan semua bahan2 diatas, kacau rata dengan whisk hingga sebati. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci (atau ikut suka), tuang 1/2 camca teh minyak masak (mat guna minyak zaitun), ratakan dan tuang 1/2 bancuhan telur, masak dengan api kecil, tutup permukaan pan dengan tudung periuk kecil hingga permukaannya kental. Berhati2 terbalikkan dan masak hingga kuning keemasan, angkat dan ulang proses yang sama untuk baki adunan..Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...


PAVLOVA

Assalamualaikum dan selamat malam semua…

Ade lagi rupanya entri dari saya…yg pasti ni enrti terakhir utk malam ni…


Hari ni…hari terajin saya agaknya…lepas 1…1 resepi saya buat dan cuba…spi ke malam ni ha…masih lagi mengetuk keyboard utk update enrti…


Petang tadi saya mencuba buat PAVLOVA pula…utk dibuat kunyah2 di malam hari…tengok la dah malam pon masih nak makan lagi…ish2 kalau ditimbang agaknya…bpe KG la pulak berat badan ni agaknya…takut rasanya nak menimbangkan diri…


Teringin sangat nk cuba buat Pavlova ni bukan ape…nak tau mcm mane la agaknya rasanya tu…ade yg kata rasa lebih kurang mcm macaroons…manis sangat la…sudahnya utk mendapatkan kepastian kena buat jugak la…dan terus jenguk ke blog Masam Manis…saya penah terbaca enrti blog beliau…bkn penah tp mmg hari2 pon tengok blog beliau…tu yg tau ape aje resepi yg ade di blog beliau…hehehe


Nak buat pavlova ni tidak la serumit mcm nk buat macaroons…sape yg dah penah buat macaroon tau la mcm mane rasanya kesabaran tu…pavlova ni rasanya lagi sedap bile dah dimakan dgn buah-buahan yg agak masam sedikit mcm strawberry atau blueberry…rasa masam2 manis…


Yg penting kalau nak buat pavlova ni adalah meringue nya…saya pon buat 2 kali jugak tadi…adunan pertama boleh lak ade setitik kuning telur termasuk…mcm mane leh gitu xtau la tangan ni…tp saya cuba jugak memutar…hasilnya mmg xkembang2 dan kaku…dah tengok mcm tu…tanpa membuang masa terus buat yg lain…kali ni lebih berhati2 masa nak mengasing putih dan kuning telur…dan hasilnya amat memuaskan hati saya…jadi pon…


Ok tanpa melengah-lengahkan masa lagi…jom jenguk resepi di bawah ni…sebelum terlupa saya nak mintak izin dari Kak Ita utk copy and paste resepi pavlova ni di sini pula yea…


PAVLOVA

4 biji putih telur
1 cawan gula castor - ita letak 3/4 cawan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka makan
Sediakan Loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Lorek atas baking paper bulatan berdiameter  8inc
Terbalik kan kertas. Kalau ade ring bulat pun boleh juga gunakan
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C


Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau rata hingga semua bahan larut


Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.


Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya
 

Bahan Hiasan
Wiping Cream
Strawberry - di dadu
tangerine - didadu
blueberry 
Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar



Sunday, November 27, 2011

KANGKUNG GORENG BELACAN

Assalamualaikum

Ini adalah enrti bisu…hehehe…boleh kannn...entri ke-3 utk hari ni...agak2 ade lagi ker enrti seterusnya utk hari ni...tungguuuuuu



Kita layan je la yea resepi di bawah…



KANGKUNG GORENG BELACAN

Bahan2
Sayur kangkung secukupnya ( dipotong dan dibersihkan)
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah* (*dihiris)
6 biji cili padi - diketuk
Sedikit belacan - dibakar seketika
Garam dan gula secukup rasa

Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah dan belacan sehingga bawang layu/terbit bau.
Masukkan sayur kangkung. Kacau rata.
Masukkan sedikit air dan perasakan dengan sedikit gula dan garam. Sedia dihidang. 



IKAN SIAKAP MASAK PEDAS

Assalamualaikum

Dah makan tengahari semua…menu ape hari ni? Tentu la dh makan yea x...dah pukul berape skrg ni kan…Saya masak lewat skit hari ni…kerana masih terasa kenyang lagi sarapan cucur keledek pagi tadi…so makan pon lewat jugak…


Utk menu tengahari tadi pula saya masak…Ikan Siakap Masak Pedas, Kangkung Goreng Belacan dan Tempe Goreng…tengok diam x diam 3 jenis lauk jugak yea saya masak…terlebih rajin la tu…tengok bahan2 pon ade…drpd bahan2 tu layu atau busuk baik kita manfaat kan…masak ape yg patut…selagi tekak dan perut ni dpt menerima…hehehe…xkisah 1 hari hingga 4 atau 5 jenis lauk…mcm saya hari minggu aje la dpt nk masak berbagai jenis menu…kalau hari bekerja xde la…balik umah dah penat…yg tau nak tido je…



Ok la baik kita terus ke resepi hari ni drpd terus merapu ntah ape2… resepi ikan ni agak pedas sedikit…kalau ade yg xtahan pedas boleh kurangkan sikit cili kering atau cili padi tu…jom layannnnnn…


IKAN SIAKAP MASAK PEDAS

Bahan2
1 ekor ikan siakap
1 sudu tepung jagung
1 sudu tepung goreng Seriaji
2 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Bahan kisar
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Bahan hiris dan potong
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji cili merah - dibelah dua dan dipotong
6 biji cili api - dipotong bulat
1 batang serai - dihiris

Mula2 lumurkan ikan dengan garam dan kunyit
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga garing
Setelah itu diangkat dan diketepikan

Tinggalkan agak2 dalam 5 sudu besar minyak
Tumis bahan kisar sehingga garing dan naik minyak
Kemudian masukkan bahan hiris dan potong
Masukkan sos tiram, sos cili, gula, garam dan air asam jawa
Setelah cukup garing dan naik minyak
Tutup api dah siramkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi

 p/s: ikan siakap boleh digantikan dengan ikan kembung atau ikan kerapu
 


CUCUR KELEDEK oren

Assalamualaikum


Dikesempatan ni saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433H kepada kawan2 dan seluruh umat islam xkira berada dimana…semoga hijrah kali ini akan membawa seribu kebaikan buat kita semua dan semuga tahun ini akan lebih baik dari yang sebelum2nya...InsyaAllah.


Skrg ni xboleh nk membebel panjang2 sbb nk pegi ke dapur lagi utk sambung memasak utk menu tengah hari lak…Ok la…jom jenguk menu ape pula dari saya utk pagi ni…utk sarapan tadi saya buat cucur keledek…


CUCUR KELEDEK oren

Bahan2
I biji keledek oren
2 cwn tepung gandum @ secukupnya
1/2 tsp baking powder
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa
air secukupnya

Satukan semua bahan2 di atas kecuali air. Gaul rata dan tuang air dan adun hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat atau cair. Biar sekejap.
Panaskan minyak untuk goreng terendam. Sudukan 1 camca besar adunan tadi dan biar hingga masak.
Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
Hidangkan bersama sambal kicap atau sos pencicah kegemaran anda/sambal tumis.


SAMBAL KICAP

Bahan2
10 btg cili padi
3 biji bawang putih
2 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan gula
kicap secukupnya
garam secukup rasa
air panas secukupnya

Satukan semua bahan di atas dan kisar. Sedia untuk dihidang.


Saturday, November 26, 2011

MUFFIN PANDAN

Assalamualaikum dan selamat malam…

Selamat bertemu sekali lagi…seperti  yg saya maklumkan pd enrti sebelum ni…ni merupakan enrti kedua dan terakhir utk hari ni…rancangan asal nak mencuba resepi yg lain…tp keadaan x mengizinkan…terasa letih lak hari ni…seperti biase dgn kerja2 mingguan yg perlu diurus dan dibereskan segera…xde masalah bile nak memcuba resepi lain tp kerja selepas itu…bile bab nak mengedit gambar dan mengupdate blog tu nti…byk jugak kejenya…dan mengambil masa yg agak panjang juga…xpe sok2 ade lagi…insyaAllah… 


Selepas sarapan pagi tadi…saya buat muffin pula…muffin ni saya buat utk dibawa ke rumah kawan…anak beliau bertunang hari ni…so rasa mcm xsedap lak ke rumah beliau berlenggang aje tanpa membawa ape2 kan…dah la beliau 1 opis dan 1 bahagian dgn saya tu yg rasa xsyok … takut nti dlm hati dia berkata2 (dtg dgn tangan kosong jerk) agaknya kot…hehehe…memandai kata kt org…sbb sejak saya menceburkan diri dlm dunia blogger masakan ni…ape yg saya buat mesti akan dibawa ke opis bagi kawan2 merasa lak…



Semasa saya sampai ke rumah beliau tadi majlis dh selesai dh…xsempat nk tgk dan tahu berapa hantarannya tu nti…hehehe…xpe lepas cuti ni nti…saya akan cuba tanye tupon kalau empunya diri nak menjawab…huhuhu…harap2 beliau suka la muffin yg saya buat tu...


Ok sekarang kita masuk bab resepi lak…resepi muffin ni saya ambil dari blog Secubit Garam…hari tu saya dh pernah mencuba 1 resepi dari blog beliau…muffin juga…tp masa tu muffin saya xsecantik mcm muffin yg dibuat oleh K.Nor…utk muffin ni pulak…rupa muffin saya agak ok la kot…tp masih harus belajar lagi utk mendapatkan kejadian muffin yg sempurna…


Muffin pandan ni mmg sedap rasanya…nak2 lak time kuar dari oven…semerbak baunya dan rasa sedang2 aje xberapa manis…kalau ikut citarasa saya kandungan gula perlu ditambah sedikit bile nak membuatnya lain kali…

Pada K.Nor saya nak minta izin utk berkongsi pula resepi muffin pandan tu kat sini pula yekk…jom zasss tgk resepi kt bawah…



MUFFIN PANDAN
Sumber : Cari.com &
Rinnchan
sumber :
K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya http://rinnchan.fotopages.com/images/smilies/wink.gif.

Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.


NASI GORENG KAMPUNG

Assalamualaikum…

Selamat petang semua…


Ape dah petang!!! Alamak lambat lagi utk update entri hari ni…byk sgt agenda utk hrni…tu yg x sempat2 nak menekan keyboard atau  melihat enrti blogger yg lain…


Boleh x…nk update entri tanpa perlu bercerita ape2 kali ni…kita tgk gambar2 jerk kali ni…sbb lepas ni pon ade entri tertangguh lagi…


Kali ni saya nak share pulak menu sarapan pagi tadi...nasi goreng kampong…tanpa membuang masa…jom kita intai resepi yg xseberapa kat bawah ni…


NASI GORENG KAMPUNG

Bahan2
3 cwn nasi sejuk - dileraikan
1 keping isi ayam – didadu kecil
10 biji cili padi*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 gm ikan bilis* (*dikisar)
1/4 biji kobis – dihiris halus
2 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng – utk hiasan

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan isi ayam kacau rata sehingga masak.
Masukkan kubis dan garam secukup rasa. Kacau rata.
Masukkan nasi dan gaulkan hingga rata.
Pecahkan telur di tengah dan kacau rata dengan semua bahan.
Rasakan garam.
Sediakan untuk hidangan keluarga.

Monday, November 21, 2011

MAGGI BANDUNG

Assalamualaikum dan Selamat Malam

Gol! Gol!...mesti ramai malam ni yg menonton TV tgk perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Indonesia kan…

Saya pon xketinggalan jugak…walaupon pd asalnya mmg xminat langsung bab bola2 ni…tp memandangkan malam ni adalah penentu@final...nk tau sape yg menang…gagahkan jugak la menonton Harimau MUDA kita beraksi…nti xtau cite lak bile sana sini org sibuk mengatakan mengenai perlawanan malam ni…


Dah xdpt nk tengok rancangan Masterchef Malaysia…apa la cabaran hari ni yekk…boleh ker Ary Malik menewaskan Chef Profesinal tu nti…nasib baik la ade ulangan!! Itu pon nth bile dh tengok…huhuhu…sabo2

Fuhhh…nasib baik la tangan ni xgatal menekan remote nk tukar ke channel 104…kalau tidak mesti terlepas tengok Malaysia GOLLL!! Go..go..go Harimau Muda…eh2 excited la pulok…oppss terlebih sudah…So skrg setakat ni Malaysia seri 1 - 1 dgn Indonesia…mmg sengit tul game malam ni…nebesssss…rasa mcm kita lak yg nak main bersama dgn diaorang tu...


Jom kita nyanyi lagu Mentera Hitam Kuning dari DJ Era.Fm...Pak Nil, Hanif dan Ray…utk bagi semangat kt Harimau Muda kita…diorang xdgr xpe…janji kita happy dan syok sendiri…hahaha...harap2 Malaysia menang la malam ni...

Lirik Lagu Mantera Hitam Kuning (Go Tigers) - DJ Era.Fm

Wiraku tak gentar...
Wiraku tak tercabar...

Aku pernah gentar...

Wiraku...
Sarung bajumu...
Hitam kuning...hitam kuning

Hitam kuning..hitam kuning
Hitam kuning..hitam kuning
Go tigers...go tigers

Hitam kuning..hitam kuning
Hitam kuning..hitam kuning
Go tigers...go tigers

Hitam kuning..hitam kuning
Hitam kuning..hitam kuning
Go tigers...go go tigers

Salam dari kami di Malaysia..
Diharap pihak lawan sedia bersedia..
Harimau...
Belangnya sudah dibuka
Didalam AFF membuka tirai semangat berkobar...
AKu janji taat setia pada negara
Menjaga..
Harimau datang nak baham lagi ...aauumm
Harimau masih lapar lagi...
Harimau masih lapar lagi...

Wiraku tak gentar...
Wiraku tak tercabar...hitam kuning

Hitam kuning..hitam kuning
Hitam kuning..hitam kuning
Go tigers...go tigers

Hitam kuning..hitam kuning
Hitam kuning..hitam kuning
Go tigers...go go tigers

Kami..
Memang layak digelar juara
Sebab..kami berjiwa wira
Tanah...
Tumpah darah kita
Ayuh kita laung bersama-sama..aaummm
Perwiraku selesai kerja...aauummm
Itu semangat perwira kita
Memang tiada ukuran budi bahasa
Tapi adat resam budaya masih dijaga...yoo

Hitam kuning..hitam kuning
Hitam kuning..hitam kuning
Go tigers...go tigers

Hitam kuning..hitam kuning
Hitam kuning..hitam kuning
Go tigers...go go tigers

Wiraku tak gentar...
Wiraku tak tercabar...aaaumm


Bola…bola jugak…perut tu jgn dibiar kosong lak…ok sempena final bola malam ni…menu makan malam…saya buat Maggi Bandung!! (ape kena mengena ekk) Ubah sikit…asyik mee kuning je kan…maggi pon ape kurangnya…boleh di pelbagaikan…mmg marvelous…ditambah pula...air teh O ais laici...perghhh...kelam kabut juga tadi utk menyiapkannya…sebelum bola start. Resepi senang jek…tp sendiri yg kalut xtentu pasalll…

Resepi ni adalah olahan suami saya…utk resepi ni saya yg menjadi pembantu beliau...boleh gitu…jom kita layan skrg…zassssss


MAGGI BANDUNG

Bahan2
2 paket maggi + perencah
3 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih* (*dihiris)
2 biji telur
2 sudu makan cili giling
5 sudu makan sos cili
1/3 cawan kacang tanah – dikisar
10 ekor udang saiz sederhana
3 tangkai sawi
1 biji tomato
3 cawan air – ikut kepekatan kuah
Gula secukup rasa

Mula2 tumiskan bawang merah, bawang besar dan bawang putih hingga bau harum dan garing.
Masukkan cili giling gaul hingga garing dan masukkan air. Kacau rata.
Masukkan 2 paket perencah maggi. Kacau rata. Biarkan seketika.
Masukkan sos cili dan kacang tanah. Kacau rata.
Masukkan telur dan biarkan hingga telur kaku.
Kemudian masukkan udang dan biarkan seketika.
Masukkan maggi, sawi dan tomato lagi 2 minit sebelum kuah betul2 masak.

* garam tidak perlu diletak krn perencah kari maggi tu dh masin.