Sunday, November 13, 2011

UDANG MASAK LEMAK CILI API DENGAN KACANG PANJANG


Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu. Salam manis kepada kawan-kawan semua…semoga sihat dan ceria selalu. Dh makan tengah hari semua? Menu ape anda semua utk tengah hari ni…mesti sedapkan. Hari ni saya masak awal…saje masak awal nti nk snap gambo lg utk update entri…dh 2-3 hari ni line broadband jap ok jap x…silap2 mlm bru dpt update…so sementara tgh ok ni…bleh terus update laju2…


Ok…utk menu tengah hari ni saya masak yg simple jerk…walaupon resepi ni xsemengah mane pon…tp rasanya sedap dan sesuai dgn selera saya…xsemestinya resepi yg MELETOP jerk bleh buh kt blog…masak campak2 pon bleh ape…kadang2 kita mencari jugak resepi2 yg ringkas dan senang utk dibuat yek x…janji sedap…jom kita intai resepi kt bwh ni…sekali pjg la tajuk resepi ni…


UDANG MASAK LEMAK CILI API DENGAN KACANG PANJANG

Bahan2
8 - 10 tangkai kacang panjang – kerat2, cuci dan toskan
10 ekor udang sederhana besar - dibersihkan
12 biji cili padi*
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 btg serai*
1 inci halia* (* dikisar)
1 biji bawang besar – dihiris
1/2 btg cili merah – dihiris
1 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
secubit pak aji
sedikit asam jawa Adabi
2 sudu minyak masak

Mula2 tumiskan dulu bahan2 kisar dan bawang besar sehingga wangi.
Masukkan santan, kacau dan biar mendidih sebentar.
Masukkan udang dan masak udang sehingga bertukar warna.
Kemudian masukkan kacang panjang dan kacau rata.
Akhir sekali masukkan garam, gula, pak aji dan asam jawa. Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu.
Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.


No comments: