Qasey Honey. Powered by Blogger.

KUETIAU GORENG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah bersarapan? Sarapan di mana???? dh nk masuk tengahari pon...:-) (br dpt update). Memang nk update pagi td tp broadband lak buat hal...


Saya sarapan di rumah aje hari ni...dulu2 rajin bersarapan di luar... sesekali ingin bertukar selera ye x...nk merasa jugak airtangan sendiri...sarapan kt luar pon asyik menu yang sama jer...terasa jugak bosannya...hidangan sarapan saya utk pagi td ringkas aje...




Sajian hidangan saya pagi ni...Kuetiau Goreng. Hari ni saya nk kongsikan penyediaan hidangan Kuetiau Goreng yang sangat mudah, ringkas dan yang paling penting ianya sedap!!! (perasan). Resepi ni saya buat ikut selera sendiri...lain org lain seleranya x...jom kita intai penyediaan hidangan yang cukup ringkas ni...kalau rasa teringin cuba2 la yek dan sila la komen...


KUETIAU GORENG

Bahan2
1 bungkus kuetiau
12 ekor udang - di buang kulit
3 ekor sotong - bersihkan dan dipotong kecil
6 tangkai daun kucai - dipotong 1 inci
2 keping tauhu basah - digoreng dan dipotong kecil
1 biji telur

Bahan Tumis
12 tangkai cili kering* - buang biji dan rendam air panas seketika
4 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
15 gm udang kering*
10 gm ikan bilis* (* dikisar bersama)
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan minyak masak - untuk menumis
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg telah dikisar sehingga wangi.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram kicap dan kicap pekat.
Masukkan sotong dan sedikit air. Kemudian kacau rata.
Masukkan udang dan kacau rata. Biarkan seketika.
Pecahkan telur dan biarkan keras sebentar. Kemudian kacau sebati.
Masukkan kuetiau, tauhu dan kucai.
Kacau rata dan perasakan. Matikan api.
Hidangkan panas-panas bersama cili jeruk jika suka.



No comments